Perhatian Kepada Pendatang!!

Blog Ini Akan Di Ubah Menjadi Sebuah Diari.. Segala Komen Dari Kalian Amat Dialu-alukan.. Maaf Jika Terdapat Kasar Bahasa Atau Tersalah Kata.. Diri Ini Hanyalah Hamba Allah Yang Lemah.. Sekian..

Snooker & Shop Lot

Bismillah,

Setelah Hampir Sebulan Bekerja Di Tempat Baru, Suasana Baru, Kawan Baru, Teman Baru, Awek Baru.. Err.. Silap Sikit Di Situ.. Heheheh.. Sekarang Pengarang Sudah Semakin Kamceng(Rapat) Dengan Teman Se-Department Pengarang Itu..

Minggu Ini Pengarang Bekerja Di Bahagian Shop Lot @ Rumah Kedai Yakni Diluar Hospital Dengan Bekerja Menjadi Supervisor Pada Mat Bangla Untuk Mengangkat Kotak Bersama-Sama Dengan 4 Kawan Pengarang Yang Lain.. Ehem.. Jangan Salah Anggap Pulak, Kami Ni Pun Tolong Jugak Taw.. Umm.. Tolong Tengok.. Hahahah.. Ada Juga Pertolongan Yang Dihulurkan Seperti Tolong Angkat Kotak, Tolong Tarik, Tolong Ketuk Rak Dan Yang Sewaktu Dengannya..

Dari Pukul 7 Pagi Sehingga Ke 6 Petang.. Yang Pengarang Suka Adalah Makanan Dan Minuman Di Sponsor Oleh Executive/Manager Pengarang.. Heheheh.. Yahoo!! Seminggu Lunch Free. Heheheh.. Dah Lah Gaji Belum Masuk Ni, Ada Yang Nak Sponsor, Pengarang Kebas Aje, Begitu Jua Kawan Yang Lain.. Bak Kata Pepatah " Rezeki Jangan Ditolak, Maut Jangan Dicari".. Hohoho.. Selain Itu, Ianya Adalah OT(Overtime Bermula Dari Jam 3 Sehingga 6 Petang. Dari 7-3 Petang Adalah Shif Seperti Biasa)


Ya, Selain Itu, Hari Ini Adalah Merupakan Hari Yang Pertama Pengarang Bermain Snooker.. Selama Ini Tidak Pernah Bermain Snooker Kerna Tahu Sajalah, Tempat-Tempat Seperti Itu Sering Dikaitkan Dengan Perjudian Dan Penjualan Barang Haram.. Tapi Tadi Pengarang Masuk Juga Tempat Snooker Bersama Dengan Kawan Pengarang Itu Tadi Dan Bermain Snooker.. Nampak Senang Bila Main Game, Tapi Kenyataannya.. Susah Jugak.. Tapi,Agak Ok Lah Untuk Permulaan Pengarang Yang Pertama, Walaupun Ada Sekali Dua Bola Putih Melompat Keluar Dari Meja.. Nyaris Tak Kena Sesiapa.. Hahahah..

Tapi, Sure Semua Mesti Tak Paham Dengan Apa Yang Pengarang Cuba Sampaikan Dalam Entry Hari Ini Bukan? So, Besok Pengarang Akan Snap Sedikit Gambar Untuk Kalian Lihat Rupa, Jenis Dan Juga Apa Yang Kami Buat Di Shop Lot @ Rumah Kedai Itu..

PA : Sekarang Pengarang Sangat Letih Dan Penat, Sudah Mahu Tidur Kerna Besok Ada Kerja Di Shop Lot Lagi..

4 Kata-Kata Puitis:

pink_butterfly berkata...

haii pengarang... sehat? cam bz je ari ni... bz tgk org angkat kotakkk...hehe...

Si Pari2 Kecil berkata...

selamat bekerja... pastikan dapat rehat secukupnya..supaya ndak letih n penat lagi...heee

nURmALa mAZLan berkata...

ooo...saya pernah main snooker sekali...wakakaka~ masa tutgh bercuti kat lumut.. x de la segan sgt sbb x ramai org & org x kenal

PenuliS berkata...

PUT UR PICS TOO!!ngee~