Perhatian Kepada Pendatang!!

Terima Kasih Kerana Sudi Menyinggah.. Segala Komen Dari Kalian Amat Dialu-alukan.. Maaf Jika Terdapat Kasar Bahasa Atau Tersalah Kata.. Diri Ini Hanyalah Hamba Allah Yang Lemah.. Sekian..

Dukacitanya...

Alhamdulillah Keadaan Kesihatan Pengarang Sekarang Beransur Sihat Setelah Hampir 2 Hari Terlantar Di Atas Katil.. Demam, Sakit Tekak, Batuk, Selsema, Sakit Kepala, Semuanya Ada.. 5 In 1 Pakej.. Tetapi, Walaupun Demam Dah Tiada, Tapi Sakit Kepala Tak Juga Hilang-Hilang.. Redha Sajalah..

Di Sini Nak Dimaklumkan Bahwasanya Pengarang Menghadapi Masalah Untuk Online Seperti Selalu.. Internet Problem.. Bukan Kerna Streamyx Kena Potong, Bukan Kerana Pengarang Potong Streamyx Dan Bukan Kerna Bajet(Sebenarnya Ada).. Tetapi Disebabkan Modem Yang Telah Uzur(Short Circuit.. Kilat)

Jadi, Oleh Kerana Itu Pengarang Tidak Dapat Selalu Menyemakkan Diri Di Blog Anda Seperti Kebiasaanya Dulu(Rasanya Sekarang Ni Pon Tak Lah Selalu Kunjung Blog Korang, Sorry).. Pengarang Hanya Dapat Online Di Tempat Kerja(Office) Sekarang Ini.. Pada Yang Bertandang Diucapkan Berbanyak Terima Kasih..

Pengarang Akan Bercuti Selama 5 Hari Bermula Hari Ini.. So, See You Guys Soon..

YAHOOOOO!! LAGI SEKALI.. CUTI-CUTI MALAYSIA....


PA : Segala Hutang Tag Akan Diselesaikan Selepas Cuti Yea.. Terima Kasih..

Sungguh Tidak Sehat..

Buat Masa Sekarang, Pengarang Sedang Sakit.. Demam Dan Juga Sakit Kepala.. Aduh..Hi5 Comment Emoticons Onion head Tidak Tertahan Rasanya Dengan Hidung Yang Asyik Bersin.. Membuatkan Kepala Berdenyut-Denyut.. Batuk Pun Turut Serta.. Sungguhpun Pengarang Dah Makan Ubat Panadol Tapi Rasa Macam Tiada Efek..

Semuanya Kerana Pagi Tadi.. Pengarang Pulang Ke Rumah Dengan Menaiki Motor Selepas Selesai Kerja Malam.. Tiba-Tiba Aje Hujan Pagi Tadi Dengan Tersangat Lebatnya.. Selalunya Antibodi Pengarang Agak Kuat Dan Kebal, Tapi Rasanya Sekarang Dah Kurang.. Selsema Sudah Masuk 4 Hari Tak Berkurangan.. Malas Pulak Rasanya Nak Berjumpa Doktor..

Makan Tak Lalu.. Tidur Tak Lena.. Badan Terasa Kesejukan Dan Kepala Makin Sakit.. Buat Masa Ini, Pengarang Akan Membaringkan Diri Dan Menyelimutkan Badan.. Malah Pengarang Juga Berfikir.....

Yeah Yeah.. Esok Nak M.C.. Yahoooo!!


PA : Mood : Tidak Sehat..Hi5 Comment Emoticons Onion head

Fakta - Tahukah Anda??

Hari Ini Tak Tau Nak Update Apa.. Sebab Duduk Rumah Aje.. Bosan Sungguh.. Nak Keluar Makan Pun Malas Sebab Ramai Orang Kata Makan Kat Luar Kurang Sehat.. Hehe.. (Padahal Selalu Makan Luar Cuma Hari Ni Malas)...

Ada Terbaca Sedikit Info Tadi.. Antaranya :

1. Cuba Tengok Zip Seluar Anda (Kalau Pakai Seluar Lah), Tertera Huruf YKK.. YKK Bermakna Yoshida Kogyo Kabushikikaisya Iaitu Sebuah Kilang Membuat Zip Terbesar Di Dunia Yang Menghasilkan Zip Yang Korang Pakai Sekarang Ini..

2. Bunyi (Kuek) Yang Dihasilkan Oleh Itik Tidak Bergema Dan Beralun. Sehingga Kini Kita Tidak Tahu Mengapa.

3. Kebanyakan Lipstick Yang Kita (Org Pompuan Je, PA Tak Gunakan Yer) Pakai Sekarang Ini Mengandungi Sisik Ikan Yang Telah Diproses..

4. Tidak Terdapat Satu Pun Jam Di Las Vegas Gambling Casinos. Dengan Ketiadaan Jam Akan Melekakan Penjudi-Penjudi Dengan Taruhan Mereka..

5. Kerana Ketangkasan Bruce Lee.. Pengarah Terpaksa Memperlahankan Sedikit Filem Yang Diambil Kerana Terlampau Laju Dan Pergerakan Aksinya Tidak Dapat Ditangkap Melalui Lensa Kamera. Sesuatu Yang Agak Luar Biasa Dari Orang Lain.

6. Pakar Dan Doktor Gigi Mengesyorkan Berus Gigi Hendaklah Diletakkan Sekurang Kurangnya 6 Kaki Jauh Dari Tandas Untuk Menghalang Kuman Berterbangan Ketika Anda Menggunakan Flush Tandas.

7. Jika Nombor 111,111,111 Didarab 111,111,111 Anda Akan Dapat Jawapan 12345678987654321.

8. Otak Burung Unta Lebih Kecil Dari Matanya..

9. Purata Sebatang Pensel Boleh Melakar Garisan Lurus Sepanjang 56 KM Atau Menulis 50,000 Perkataan. America Menghasilkan 2 Billion Batang Pensel Setiap Tahun. Jika Kesemua Pensel Itu Digunakan Untuk Membuat Garisan Lurus, Ia Boleh Membuat Bulatan Mengelilingi Bumi Sebanyak 9 Kali.

10 . Manusia Bernafas Kira-Kira 23,000 Kali Dalam Tempoh 24 Jam.

11 . Orang Lelaki Mudah Mendapat Buta Warna,10 Kali Ganda Berbanding Wanita.

12 . Jika Semua Salur Darah Dalam Tubuh Manusia Dicantumkan Ia Boleh Meliputi Jalan Raya Sepanjang 96,000 KM.

13. Panjang Daripada Pergelangan Tangan Anda Ke Siku Anda Adalah Sama Panjang Dengan Kaki Anda.

14. Lelaki Boleh Melihat Dengan Lebih Jelas Berbanding Wanita, Tapi Wanita Boleh Mendengar Lebih Jelas Berbanding Lelaki..




And The Last But Not Least.......

Tahukah Anda Bahawa..

Dragon Ball Ada 7 Biji Kesemuanya.. Hahaha..

PA : Tahukah Anda Bahawa Anda Telah Mencuba Fakta No. 13?.. Kekekekekekke..... Sapo Yang Cuba Tu...

Jumaat Yang Mengantuk..

Hari Ni Hari Jumaat.. Sure Semua Orang Tahu.. Tinggal 3 Hari Lagi Cuti Untuk Budak Sekolah.. Gembiranya Aku Sebab Diorang Ni Memekak Aje Kat Rumah.. Menjeritlah.. Macam-Macamlah..
Nak Tido Pon Susah.. Tapi Bagus Jugak Diorang Cuti, Jalan Pun Lengang.. Ehehehe..

Hari Ni, Aku Sangat-Sangat Mengantuk.. Mungkin Sebab Semalam Tidur Lewat.. Pagi-Pagi Lagi Dah Dikejutkan Dengan Panggilan.. Daripada ....... Abah Aku.. Adoihh.. Macam Gini Ceritanya..

Tengah Aku Sedap Tido..Hi5 Comment Emoticons Onion head 2

Kring Kring... (Handphoneku Berbunyi)

Aku Yang Sedang Mamai, Pun Pelik Bila Tengok Nama Yang Tertera Di Skrin Handphone Tu Nama Abah Aku..


Abah : Dik.. Kau Ni Dah Bangun Ke Belum? Kerja Pagi Kan?

PA : A'ah Kerja Pagi.. Abah Kat Mana Ni?(Tengah Lalok)

Abah : Dah Kerja Pagi Tu Bangunlah.. Kau Ni Kalau Tido Susah Nak Kejutkan..

PA : Yelah Yelah.. Dah Bangun Dah Ni.. Semalam Tido Lewatlah.. Abah Ni Pon.. Abah Kat Mana Ni??(Dua Kali Dah Tanya)

Abah : Eh, Kau Ni Sah Mabuk.. Abah Ada Kat Ruang Tamu Nih Haa Lah.. Kat Mana Lagi??

PA : Larh... Abes Tu Sampai Bercall Nak Kejut Orang Ni APESAL?? Bukan Jauh Pun Ruang Tamu Dengan Bilik Orang.. Usah Kata Seminit, 30 Saat Pon Tak Sampai..

Abah : Malas Abah Kejut Kau.. Liat Sangat.. Dah Dah.. Bangun.. Solat!!

PA : Haishhh.. Yelah Abah..


Selepas Itu Rutin Harianku, Bangun Mandi Dan Solat.. Ermm.. Abah Aku Ni Nak Manja-Manjalah Tu Dengan Anak Dia Yang Sorang Ni.. Selalu Tu Aku Bangun Sendiri Aje Takde Pon Sesape Kejut.. Well, Maybe Adalah Kot.. Tapi Alarm Handphone.. Hehe.. Den Tido Mati Meh.. Ahaha..

PA : Ingat Ada Apa-Apa Jadilah Kan Dekat Dia.. Lain Kali Panggil Jelah Tak Payah Call-Call.. Haishhh.. Hi5 Comment Emoticons Onion head 3

Kereta Oh Kereta...

Sudah Beberapa Hari Aku Memeningkan Kepala Memikirkan Hal Ini.. Selama Ni Aku Asyik Meminjam Kereta Abang Aku Aje.. Rasanya Sudah Tiba Masa Aku Berkereta Sendiri.. Sebabnya?

1) Menyenangkan Kerja Aku @ Nak Pergi Kemana-Mana /Bersiar-Siar..

2) Bosan Pergi Kerja Naik Motor Asyik Hujan Aje..Hi5 Comment Emoticons Onion head 2

3) Malas Nak Pinjam Kereta Adik-Beradik.. Kang Kalo Calar Ke Apa Ke, Kena Ganti Rugi La, Ape La.. Padahal Bukan Salah AkuHi5 Comment Emoticons Onion head 2 (Benda Dah Jadi Banyak Kali, Aku Rasa Memang Sebelum Time Aku Pinjam Lagi Dah Calar Balar..Cis!)

4) Kadang-Kadang Bila Nak Pinjam, Dia(Abang Aku) Pulak Nak Pakai Kereta.. Ambik Aweklah, Ambik Adik Angkatlah, Ambik Kawanlah.. ALASAN!!Hi5 Comment Emoticons Onion head 2

So, Ini Antara Kereta Pilihan Aku.. Nak Tahu Kalau Korang Akan Pilih Kereta Apa? Juz Bagi Opinion.. Of Courselah Diantara Kereta Yang Disenaraikan Nih :-
http://www.airmaster.com.my/products/bodykits/proton/saga_BML/P.Saga-BML.jpg
PROTON SAGA BLM
Saga BLM Price List by Saga BLM The Album.

ATAUPUN

http://rjuna.net/wp-content/uploads/2008/10/myvi-se-brochure-2-large1.jpg
PERODUA MYVI
http://kereta.info/wp-content/uploads/2008/10/myvi-se-price.JPG


Aku Fikir Nak AMbil Kereta Baru Je Sebab Secondhand Ni Takut Banyak Problem.. Kot Ada Accident Ke Kan, Kita Bukan Tahu Pon.. So Kat Sini Aku Selitkan Sekali Harganya.. Pasal Duit Tu Belakang Cerita.. Nak Mohon Korang Punya Pendapat Agaknya Yang Mana Better?

PA : Cuma Tanya Pendapat Je Yea.. Tamo Gadoh-Gadoh Dan Sewaktu Dengannya.. Andai Kata Pilihan Korang Sama Dengan Aku, Aku Maybe Akan Beli Kereta Tu, Dan Andainya Bukan, Terpaksalah Aku Fikir Dan Pilih Sebetul-Betulnya.. Sokonglah Buatan Malaysia.. Mekasih.. Hi5 Comment Emoticons Onion head 2

Abang D

Ah... Hari Ini Barulah Ada Kesenangan Untuk Aku Mengupdate Blog.. Busybody Betul Aku Dua Tiga Hari Ni.. Dua Hari Lepas Sibuk Dengan Meeting.. Meeting Tu, Semua Staff Yang Dipanggil, Semua Kena Maki.. Ada Saja Yang Tidak Kena.. Aku Pun Tak Tahu Kenapa.. Asal Panggil Meeting, Mesti Ada Benda yang Nak Dimarahkan.. Cubalah Panggil Meeting Kata Nak Buat Dinner Night Satu Office Lagi Sekali Ke, Bagi Bonus Ke, Gaji Naik Ke.. Adalah Semangat Bekerja Sikit..

Oh Ya, Rasa-Rasanya Kami Akan Adakan Family Day Di Cherating Bulan Jun Nanti.. Tapi Entahlah, Aku Macam Tak Mengharap.. Mula Perancangan Nak Buat Bulan 12.. Lepas Tu Tunda Bulan 4 Dan Sekarang Bulan 6 Pulak.. Tak Faham Aku.. Perancangan Tak Boleh Diharapkan Langsung.. Hangat-Hangat Tahi Ayam Ajer.. Kejap Kata Macam Ni.. Kejap Kata Macam Tu..

Ada Sorang Abang Ni, Memang Kamceng Dengan Aku.. Selalu Berborak Dengan Dia.. Memang Baik Orangnya.. Dah Berumah Tangga.. Ada Sekali Tu Aku Pergilah Lunch Dengan Dia, Dan Bersembang :

Abang D : Abang Tak Tahulah PA, Kerja Kat Sini.. Abang Dah Penat Dah..

PA : Eh, Kenapa Pulak Tiba-Tiba Cakap Macam Tu Bang? Demam Ke?

Abang D : Ish Kau Ni, Tak Adalah.. Abang Kerja Dah 6 Tahun Dekat Sini.. Bermacam-Macam Abang Dah Lalui.. Kena Maki, Pressure Dan Lain-Lain Semua Abang Dah Rasa.. Tapi Abang Tak Tahan Satu Aje....

PA : ..........................(Tak Layan Dia Sebab Tengah Sedap Makan)

Abang D : Kau Ni Kalau Dah Makan Nasi, Abang Cakap Pun Kau Buat Tak Tahu..Hi5 Comment Emoticons Onion head 3

PA : Hihihi.. Sori-Sori.. Rezeki Jangan Ditolak.. Aha.. Abang Sambunglah Cerita Tadi.. Saya Dengar..(Sambil Ratah Ayam)

Abang D : Hmm.. Seronok Abang Tengok Ko Makan..

PA : Huh.. Saya Suruh Pesan Makan Abang Tak Mahu.. Pesan Air Aje.. Saya Nak Belanja Ni Abang Malu-Malu Kambeng Pulak.. Order Cepat.. Jangan Tenung Saya Makan Macam Gitu.. Malulah..Hi5 Comment Emoticons Onion head Hahaha..

*************Selesai Dia Order Makan*************

Abang D : Abang Ingat Nak Berhenti Kerjalah.. Buat Bisnes Sendiri.. Lagi Senang.. Kerja Makan Gaji Ni Teruk.. Banyak Pressure Dekat Abang.. Dari Dulu Sampai Sekarang Tak Pernah Berkurang.. Dah Dekat 6 Tahun, Abang Buat Kerja Tu Sorang-Sorang.. Macam Kau, Call Centre Ada Jugak Staff Lain Boleh Bantu.. Abang Ni Daripada Dulu Dok Mintak-Mintak Assistance Tak Dapat Langsung.. Abang Tensionlah..Hi5 Comment Emoticons Onion head 3

PA : ..................... (Tak Layan Dia.. Tengah Tengok Cerita Best Kat TV Restoran Tu)Hi5 Comment Emoticons Onion head 2

Abang D : Hoi.. Abang Cakap Kau Buat Dek Je Yer...!!

PA : Hihihi.. Sori-Sori.. Awat Nak berhenti Pulak Bang.. Rileklah.. Zaman Sekarang Ni Bukan Senang Nak Cari Kerja.. Lagi-Lagi Dekat KL Ni..

Abang D : Itu Abang Tahu.. Tapi Abang Bukannya Nak Bukak Kedai Runcit Ataupun Warung Makan.. Abang Kan Salesmen.. Jual Insuran.. Pandai-Pandailah Abang Cari Makan.. Kau Bayangkan, Kalau Abang Dapat Buat Sales, Patut Adalah Dapat Komisen.. Tapi Kat Sini Tak Dapat Apa & Futhermore, Kalau Outstation.. Selalunya Bagi Advance.. Macam Kawan Abang, Kalau Outstation Dapat Advance, Tak Payah Keluar Duit Sendiri.. Dekat Sini Kena Keluar Duit Sendiri.. Lepas Tu Claim Balik.. Kalau Claim Hari Ni, Esok Lusa Dapat Tak Apa.. Ini Tak, Dekat Dua Tiga Minggu Baru Dapat.. Letihlah Abang Macam Ni.. Kadang-Kadang Akak Kau Tanya Mana Duit Abang Lesap.. Ada Perempuan Lain Dekat Luar Ke? Abang Dah banyak Kali Cakap Dengan Dia Duit Perhabis Dekat Kompeni.. Outstation.. Kang Tak Pasal-Pasal Rumah Tangga Abang Terjejas Sebab Kompeni..Hi5 Comment Emoticons Onion head 3

PA : Hmm Bang.. Betul Jugak Apa Abang Cakap Tu.. Saya Dulu Pun Ada Outstation Pakai Duit Saya Jugak.. Saya Claim Awal Bulan, Tapi Masa Gaji Baru Dapat Duit Tu.. Abang Nak Tahu Apa Saya Makan Sepanjang Bulan Tu? Megi.. Kuih.. Pasir.. Abang Tak Apa Lagi, Ada Bini.. At Least Akak Kerja.. Abang Tak Ada Duit, Akak Boleh Lagi Tanggung Keluarga.. Saya Ni? Usahkan Bini, Awek Pon Tak Ada.. Lepas Je Dari Tu, Mana Nak Dah Saya Outstation Lagi Bang.. Rela Lagi Saya Duduk Dalam Office.. Kita Punya Admin/HR Teruklah bang.. Lembab Buat Kerja..Hi5 Comment Emoticons Onion head 2 OT Saya Pun.. Dua Tiga Bulan Baru Dapat.. Dah Lah OT Kira Gaji Hari.. Abang Saya, Kalau OT Dapat Triple Tau, Takpun Double..

Abang D : Itulah Fasal.. Kau Dah Dapat Ke Kerja Baru Yang Kau Mintak Tu?

PA : Belum Lagilah Bang.. Tunggu Dia Panggil Interview.. Tak Tahu Bila..Hi5 Comment Emoticons Onion head 3

Abang D
: Itulah PA.. Kau Kalau Dapat Kerja, Pergilah.. Jangan Stay Sini Lagi.. Boss Teruk, Management Teruk.. Masa Dia Nak Pakai Kita, Teruk Dikerahnya Kita Sampai Nak Mati.. Bila Dah Tak Nak, Ada Jelah Nanti Caranya Dia Buat Kita Pergi.. Abang Dah Faham Sangat.. 6 Tahun PA.. Abang Tengok Aje Staff Keluar Masuk Office.. Ada Yang Masuk Tak Sampai Setahun Pun, Berhenti..

PA : Tahu Bang.. Memang Nak Cabut Lekas-Lekas Pun.. Hihi.. Abang Kalau Berhenti Nanti, Ambiklah Saya Kerja Sama Abang.. Ehehe.. Gaji Mestilah Banyak Tau..Hi5 Comment Emoticons Onion head

Abang D : Insyallah.. Eh Lekas Makan.. Kang nak Sambung Kerja Balik..

PA : Ha'ahlah.. Nanti Buncet Marah Pulak...

Abang D : .....(Tertanya-Tanya Siapa Buncet)

Sekarang, Aku Sendiri Dah Mendengar Rintihan Orang Lama Yang Kerja Kat Syarikat Ni.. Dengar Kata Ramai Jugak Lagi Staff Yang Nak Berhenti.. Biar Padan Muka Buncet.. Staff yang Elok Tak Dihargai, Tapi Staff Yang Entah Apa-Apa Tulah Yang Dia Jaga.. Pelik-Pelik.. Tapi Aku Memang Suka Sembang Dengan Abang D.. Seronok.. Sekepalalah Katakan.. Baik Orangnya.. Kadang-Kadang Bila Aku Tak Ada Duit Nak Makan, Dia Belanja & Of Course, Bila Ada Duit, Aku Belanja Dia Pulak.. Biar Mati Berbudi.. Kan Kan?

PA : Semoga Lekas-Lekas Aku Dapat Cabut Dari Sini.. Amin...

Pujangga Asmara
Regresa A Mi~~

Cinta Funky Monkey

Cinta Monyet Atau Dalam Bahasa Inggeris Nyer Love Monkey Membawa Erti Pada Cinta Zaman Kanak-Kanak @ Remaja..Hi5 Comment Emoticons Onion head 3 Boleh Dikatakan 90% Berlaku Pada Remaja Yakni Zaman Persekolahan Tidak Kiralah Di Sekolah Rendah Mahupun Sekolah Menengah.. Selalunya Memang Berlaku Masa Sekolah Menengah Kerana Pada Masa Ini Jiwa Sudah Mampu Menerima Cinta Dari Insan Lain Selain Keluarga.. Tak Banyak Yang Bercintan-Cintun Semasa Masih Bersekolah Rendah Sebab Masa Ini Ingat Nak Main Ajer.. Belajar Pun Tak Sangat.. Betul?Hi5 Comment Emoticons Onion head 3

Itulah Yang Dapat Aku Lihat Ketika Memandang Remaja-Remaja Zaman Sekarang.. Tak Kira Yang Kecil Mahupun Yang Besar, Kebanyakannya Sudah Mempunyai Handphone Sendiri.. Tak Tahulah Sendiri Beli, Mak Bapak Kasi, Dan Lain-Lain.. Pastinya, Handphone Tersebut Ada Kegunaannya .. Selain Menghubungi Keluarga, Pastilah Menghubungi Yang Tersayang.. Ehem, Macam Nak Hubungi Isterilah Pulak.. Hi5 Comment Emoticons Onion head 3

Selalu Aku Duduk Termenung Di Dapur Melihat Orang Ramai Dengan Telatah Masing-Masing.. Yang Tua Dan Yang Muda.. Tak Lupa Pada Remaja Melayu Kita.. Duduk Berdua-Duaan Dekat Taman.. Tidak Kira Siang Ataupun Malam.. Bab Malam-Malam Ni, Korang Mesti Pelik Macam Mana Aku Boleh Nampak, Kan?Hi5 Comment Emoticons Onion head 2 Ehem.. Ehem.. Aku Guna Binocular.. Atau Nama Melayunya Teropong Sakti.. Wahahaha.. Mata Aku Ni Kalau Tengok Benda Tak Baik Macam Tu Lekas Je Nampak Walaupun Gelap.. Hihihi.. (Puji Diri Sendiri Pulak)..Hi5 Comment Emoticons Onion head 2 Tapi Rasanya Sepanjang Aku Skodeng, Tak Pernah Lagi Nampak Yang Berbuat Maksiat.. Setakat Duduk Berdua Aje.. Yang Tak Nampak, Allahualam..

Aku Dahulu Pun Bercinta Monyet Jugak.. Tapi Tak Adalah Sampai Duduk Berdua-Duaan(Tak Nak Ngaku).. Bila Dikenang-Kenang Kembali, Kemanalah Agaknya Cinta Yang Pernah Aku Berikan Masa Sekolah Dulu.. Dah Kahwin Ke Dia Pun.. Lose Contact Terus.. Hmmm.. Korang Macam Mana?Hi5 Comment Emoticons Onion head 2

PA : Seingat Kembali, Rasanya Nama Dia Nur Ellis.. Hmmm..Hi5 Comment Emoticons Onion head

Pujangga Asmara
Regresa A Mi~~

Assalamualaikum Semua...

Ya.. Aku Kembali..Hi5 Comment Emoticons Onion head 2 Hihihi.. Rasanya Sudah Terlalu-Lalu Lama Aku Tidak Mengupdate Blog Ku Ini.. Warna Sudah Berubah, Semua Sudah Ditukar.. Yang Tinggal Cuma Authornya yang Pemalas Untuk Mengupdatenya.. Agak Lama Aku Menyepi, Bukan Apa Kerana Kerja, Sakit Yang Tak Menentu, Dan Juga Pelbagai Masaalah Lain..

Rasanya Aku Bukanlah Seperti Mereka Yakni Blogger Tegar Yang Sentiasa Mengupdate Cerita Mengenai Mereka Setiap Hari..Hi5 Comment Emoticons Onion head Dahulunya Niatku Begitu Tetapi Apakan Daya, Ibarat Melepaskan Batuk Ditangga, Hangat-Hangit Tahi Ayam(Macam Karam Singh Walia)..
Apa Benda Jelah Peribahasa Aku Pakai Ni..Hi5 Comment Emoticons Onion head Hahahaha..

Kadang-Kadang Aku Ada Nak Update Blog, Tapi Bila Tengok Dan Bukak Blog, Tiba-Tiba Rasa Malas Itu Memuncak..Hi5 Comment Emoticons Onion head 3 Rasanya Setan Banyak Kat Sebelah Kot Takpon Memang Aku Ni Pemalas.. Hihihi.. Sori Semua.. Terima Kasih Pada Yang Sudi Datang Jenguk Blog Ni.. Rasanya Kena Update Blog Ni Hari-Hari Lepas Ni, Kalau Tak Maybe Orang Akan Ingat Pujangga Asmara Sudah Mati..Hi5 Comment Emoticons Onion head 2

Dua Minggu Ni Berturut-Turut Ada Kenduri Kahwin.. Hi5 Comment Emoticons Onion head 3 Hi5 Comment Emoticons Onion head 3 Meriahnya.. PA Suka Tengok Orang Kahwin, Mendirikan 'Masjid'.. Ada Yang Datang Makan, Ada yang Berkaraoke.. Dan Malam-Malam Pulak Joget Lambak.. Banyak Gelagat Manusia Dapat Diperhatikan.. Seronok Jugak..

PA : Bila Lah Aku Nak Kawin Ni.. Hi5 Comment Emoticons Onion head 3 Orang Dah Suruh Masuk Meminang Tapi Aku Macam Belum Ready Ajer.. Haishhh... Penin2..

Pujangga Asmara
Regresa A Mi~~