Perhatian Kepada Pendatang!!

Terima Kasih Kerana Sudi Menyinggah.. Segala Komen Dari Kalian Amat Dialu-alukan.. Maaf Jika Terdapat Kasar Bahasa Atau Tersalah Kata.. Diri Ini Hanyalah Hamba Allah Yang Lemah.. Sekian..

Menjual Barangan Avon..

Bismillah,

Pengarang Sedang Membelek-Belek Semua Barang Avon Yang Telah Dibeli Semalam.. Hehehe.. Terkejut Sorang Akak Tu Apabila Melihat Pengarang Membeli Barang Avon Banyak Sangat :

Kak Sue : Wah Kau Ni Beli Untuk Girlfriend Ke Banyak Benar Kau Borong..

PA : Alahai Kak, Saya Beli Je.. Sebab Dah Lawa.. Hahaha.. Makwe Pon Bukan Ada Nak Bagi Hadiah-Hadiah Nih.. Kalau Tak Saya Bawak Dia Biar Dia Pilih Sendiri Mana Dia Nak.. Saya Ni Dahlah 'Kayu' Bab Memilih Barang Ni. Tapi Jam Ni Lawa Kan Kak?(Sambil Telek-Telek) Talinya Putih.. Seswai Untuk Perempuan.. Heh..

* * * * * * * * * * * * * * * *

Whose The Lucky Girl.. Hihihi.. Warghhhh.. Akak, Tak Boleh Kasi Diskaun Ke Ambik Barang Banyak Nih?? Saya Ambik Bukan Nak Meniaga Macam Akak..

PA : Wahhhh!!! Bila Kira-Kira Balik, Semua Barang Pengarang Ambil Berjumlah Dalam RM170.70. Terkezuttt.. Ada Sesiapa Nak Beli? Hehehe..

Kawan Makan Kawan..

Bismillah,

Salam Kepada Semua Blogger.. Today I Want To Discuss About Friendship.. Yer, PA(Bukan Pengarang Buat Entry Ini) Nak Bertanya, Apa Maknanya Kawan Pada Anda? Adakah :

1. Kawan Itu Suatu Makanan?
2. Kawan Itu Satu Permainan?
3. Kawan Itu Yang Sering Berada Di Samping Kita Sewaktu Kita Susah Dan Senang..
4. Atau Kawan Itu Orang Yang Paling Backstabber?

Ya.. Jawapan Anda Itu Pilihan Anda.. PA Yakin Mesti Anda Pilih No. 3 Bukan? Kadangkala Kita Selalu Mengangungkan Kawan, Betul Tak? Ya, PA Pernah Dengar Tentang "Kawan Lebih Bagus Dari Kekasih Kerana Kawan Sentiasa Ada Bersama Ketika Suka Dan Duka", Yeah.. Something Like That..

Semalam PA Dapat Satu Call Dari No. Yang Tak Dikenali. Perbualan Adalah Seperti Begini :

Watak Utama : Unknown(Orang Yang Menelefon), PA(Myself)

PA : Err.. Halu...

Unknown : Aku Nak Balik.. (Her Crying Made Me Barely Hear What She Said And Yes, It's She-A Girl)

PA : Eh, Nak Balik Mana Pulak Ni?? Sapo Nih? Cik Salah No. Ke Nih??

Unknown : Salah No Apa Pulak.. Ini Kau Kan PA.. Kau Ni Saje Je Buat Tak Kenal Aku.. (Menangis Makin Kuat)

PA : Lar.. Engkau Ke.. Mana Aku Nak Cam.. Menangis Kuat Sangat Buat Apa..

Unknown : Aku Sedihlah.. Aku Tersangat Sedih..

PA : Apa Dah Jadi? Cuba Cerita Dekat Aku.. Dah Dah.. Janganlah Nangis.. Aku Lemah Betul Kalau Orang Perempuan Nangis Nih.. Pengsan Aku Kang..

Unknown : Kau Ni Melawak Pulak Yer.. Pakwe Aku Pukul Akulah PA.. Huhuhu(Sambil Menangis Teresak-Esak)

PA : Eh, Dia Pukul Kau Lagi? Kan Aku Dah Cakap, Pergi Lapor Polis.. Dia Boyfriend Kau Aje Tahu Tak? Bukan Tunang Apatah Lagi Suami Kau.. Dia Tak Ada Hak Nak Pukul Anak Orang..

Unknown : Itu Aku Tak Kisah Sangat.. Tapi Aku Marah Sangat Pasal Benda Lain...

PA : Kau Ni Dah Gila Ke? Laki Tu Pukul Kau Tapi Kau Kata Tak Apa? Dah Pening Ke Lepas Kena Pukul Dnegan Dia? Dayus Punya Laki.. Mangkuk Hayun Betul.. Pukul Perempuan.. Bla Bla Bla(Menyumpah-Nyumpah Pakwe Dia)

Unknown : Aku Bengang Dengan Kawan Akulah PA.. Dia Cerita Yang Bukan-Bukan Dengan Pakwe Aku.. Aku Tak Tahulah Kenapa Dia Buat Aku Macam Tu.. Segala Fitnah Dia Tabur.. Bila Pakwe Aku Tahu Tu Yang Dia Mengamuk Tu..

PA : Kau Confirmkan Ke Kawan Kau Tu Yang Cerita Tu? Ntah Kau Pun Tuduh Dia Jugak..

Unknown : Aku Confirmlah.. Geramnya Aku.. Tadi Aku Cuba Call Dia Tapi Dia Tak Angkat.. Makin Betullah Apa Yang Aku Fikir..

PA : Ish.. Cuba Slow Sikit Cakap Tu.. Nak Pekak Telinga Aku Dengar Kau Menjerit.. Janganlah Nak Marah Aku Pulak.. Hahaha.. Hmm.. Mana Tahu Kot Kawan Kau Tu Tengah Buang Air Besar Ke...

Unknown : Aku Tampar Jugak Kau Ni Karang.. Sedihnya Aku.. Kawan Baik Aku Sendiri Buat Aku Macam Ni PA.. Aku Ingat Dia Kawan Aku.. Tapi Kawan Makan Kawan.. Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi..

PA : Wah.. Macam Karam Singh Walia Lah Kau..

Unknown : Malaslah Aku Nak Cakap Dengan Kau.. Aku Cakap Betul-Betul Kau Main-Main Pulak..

PA : Weh Rileklah.. Aku Bergurau Ajer.. Abes Tu, Kau Nak Aku Buat Apa? Nasihat Aku Bukan Kau Dengar Pun.. Aku Suruh Bagitahu Polis Kau Taknak.. Pakwe Kau Tu, Ni Bukan Pertama Kali Kau Bagitahu Aku Dia Pukul Kau... Tapi Banyak Kali...

Unknown : Itu Bukan Topiknya, Tapi Kawan Aku.. Orang Yang Aku Anggap Kawan Baik, Yang Aku Sharekan Masalah Aku, Rahsia Aku, Sanggup Buat Aku Macam Ni.. Aku Nak Balik Rumahlah.. Tak Mahu Bertentang Mata Dengan Dia.. Sakit Hati Aku..

PA : Ler.. Kau Bagitahu Aku Pon, Bukan Aku Boleh Ambil Kau.. Kau Kat Mana, Aku Kat Mana.. Jauh Tu.. Jangan Buat Kerja Gila.. Siasat Dulu, Jangan Main Tuduh.. Fitnah Nanti Jadinya..

Unknown : Yelah Yelah..

PA : Weh, Mak Kau Sehat?

Unknown : Tuppp...(Letak Telefon)..

PA : Eh, Salah Ke Aku Bertanya.. Ceh... Main Letak Je..


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


PA : Kesimpulannya, To Friends.. Bila Kawan Dicerita Masalah Apatah Lagi Rahsia.. Keep It And Guard It As Your Own Live... Itu Amanah Yang Diberikan.. Kalau Terjadi Macam Gini Siapa Yang Susah.. Aihhh.. Aku Jugak Yang Susah.. Ish Ish Ish.. Hahaha..

Kenapa??

Bismillah,

Kenapa? Kenapa??

Kenapalah Bosan Sesangat Hari Ni.. Hate This Work.. Kerja Sorang-Sorang Masa Weekend Macam Gini.. Kalau Ada Member Sorang Dua Kan Bagus.. Boleh Sembang-Sembang.. Haihh... Tersangat Mengantuk Tersangat Bosan.. Jadi, Pengarang Saja-Saja Menyemakkan Entry.. Sampai 3 Entry Dalam Sehari.. Memang Jarang Nampak Pengarang Sebegini Rajin Menghupdate Blog.. Hahaha..

Well, Sambung Kerja Balik.. Balik Pukul 3.. Yahooo..

PA : Tak Sabar Nak Tunggu Habeh Shift Dan Bertemu Dengan Sayangku... Gitar.. Yeah.. Pengarang Petik Kau Kaw Kaw Karang.. HuaHuaHua..

She's Gone

She's Gone

She's Gone,
Out Of My Life.
I Was Wrong,
I'm To Blame,
I Was So Untrue.
I Can't Live Without Her Love.

In My Life
There's Just An Empty Space.
All My Dreams Are Lost,
I'm Wasting Away.
Forgive Me, Girl.

Lady, Won't You Save Me?
My Heart Belongs To You.
Lady, Can You Forgive Me?
For All I've Done To You.
Lady, Oh, Lady.

She's Gone,
Out Of My Life.
Oh, She's Gone.
I Find It So Hard To Go On.
I Really Miss That Girl, My Love.

Come Back Into My Arms.
I'm So Alone,
I'm Begging You,
I'm Down On My Knees.
Forgive Me, Girl.

Lady, Oh, Lady.
My Heart Belongs To You.
Lady, Can You Forgive Me?
For All I've Done To You.

PA : ............

Akademi Fantasia VS Bola

Bismillah,

Jika Ditanya, Lagu Apakah Yang Dibawa Oleh Pelajar-Pelajar Akademi Fantasia 7 Minggu Ke-7 Ini, Pengarang Tidak Tahu!!

Jika Ditanya, Pelajar Mana Yang Tersingkir Dalam Konsert Kali Ini, Juga.. Pengarang Tidak Tahu..

TAPI!!

Jika Ditanya Siapa yang Menjaringkan GOALLL!!! Untuk Selangor VS Kelantan Final Hari Ini, Sudah Tentu Hasil Jaringan Amri Yahya Yang Membuatkan Keputusan Seri 1-1.. Well, Kelantan Mendahului Pada Mula-Mula..

Jika Ditanya Pasukan Mana Yang Menang Piala FA Tahun Ini, Sudah Tentulah Selangor.. YAHOO!! Seronok Sangat Bila Pasukan Disokong Menang..

Last Sekali Perlawanan Bersambung Masa Tambahan(Masa Ni Lah Berbalas Goal) Dan Akhirnya Sampailah Ke Penalti..

Kesian Pada Kelantan Sebab Miss 2 Sepakan Penalti.. Apa-Apapun, Usaha Lagi Lain Kali.. Hahaha.. Best Menjerit Depan TV.. GOALLL!!!..

PA : Uihhh.. Berita Harian Pun Tak Keluar Beritanya Lagi Ni.. Hahaha.. Lagi Seperkara, Entry Ini Mungkin Agak Panas Bagi Penyokong Kelantan.. Hehe.. Nasib Ler.. Kui Kui Kui..

Mekar Di Hujung Layu..

Mekar Di Hujung Layu

Haruskah Ku Terus Melayani Perasaan
Meski Pun Ku Tahu Ini Hanyalah Khayalan

Cintaku Padamu Haruskah Aku Teruskan
Kerana Ku Tahu Dirimu Sudah Berteman

Tiada Ertinya
Apakah Akhirnya Percintaan

Pohon Cinta Yang Dulu Mekar Berbunga
Kini Tandus Tiada Bermaya
Bunga Cinta Yang Dulu Mekar Mewangi
Kini Layu Di Pusara Bumi

Tidak Mungkin Kembang Lagi Dan Berseri

PA : Oh Chenta...

Hari Yang Memenatkan; Medically Check Out..

Bismillah,

Hari Semalam Agak Memenatkan Buat Pengarang.. Sebelah Paginya, Pengarang Pergi Ke Hospital Untuk Membuat Medical Check Up Untuk Pekerjaan Baru Pengarang Itu.. Alhamdulillah, Selepas 5 Jam!!! Selesai Check Up Nya.. Dari Pukul 10 Pagi Sampai Ke 3 Petang.. Menunggu Dan Terus Menunggu.. Memang Leceh.. Tetapi Berbaloi..

Pukul 10 Pagi, Sampai Di Hospital, Pergi Kaunter Kesihatan, Disuruh Pergi Ke Kaunter Mata.. Lepas Tu, Pergi Balik Ke Kaunter Kesihatan.. Lepas Tu Pergi Test Urin, Buat Ujian Darah, Dan X-Ray Dada.. Macam-Macamlah Kena Buat.. Semuanya Semata-Mata Untuk Kerja Hospital.. Hihihi.. Ya!! Pengarang Akan Bekerja Di Hospital Lepas Ni.. Nak Merasa Jugak Jadi Nurse.. Kui Kui Kui...

Tapi!!

Balik Rumah Terus Tidor Mati.. Mungkin Sebab Doktor Ambik Darah Pengarang.. Aduihh.. Pengarang Dahlah Lemah Bila Tengok Jarum, Sampaikan Doktor Yang Nak Ambil Darah Tu Pun Ketawa.. Hahaha..Saat Pengarang Sampai.. Ingatkan Buat Urin Test Saje.. Tapi Lepas Abis Urin, Dia Suruh Duduk Dan Sinsingkan Lengan Baju.. Tiba-Tiba Je Doktor Tu Kata Nak Ambil Darah.. Adoihh.. Lemah Lemah.. Tapi Tetap Digagahi Demi Kerja Baru.. Ihikss..

Hari Ini!!

Pengarang Pergi Menghantar Surat Berhenti Kerja.. Semua Orang Nampak Sedih Je Bila Pengarang Bagi Surat Berhenti Kerja, Terutama Boss Department Pengarang.. Hahaha.. Tak Dapatlah Nak Gurau-Garau Lagi Boss.. Nak Tengok Apa Pengarang Tulis Dalam Surat Tu Untuk Buncet??(Director Besar Syarikat).. Ada Kat Bawah Ni :


PUJANGGA ASMARA
NO 834,
LORONG BAHGIA
TAMAN SEJAHTERA
06600 PENANG
_____________________________________________________________

DIRECTOR BESAR A.K.A BUNCET,
JALAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 BUKIT MINYAK,
SEBERANG PERAI TENGAH,
PENANG 23 APRIL 2009

TUAN,

PER : SURAT BERHENTI KERJA

Saya Seperti Nama Diatas, Ingin Memohon Berhenti Kerja. Saya Berharap Permohonan Ini Dapat Diluluskan. Berikut Adalah Sebab-Musabab Saya Ingin Berhenti Kerja:-

1. Saya Kerap Dibuli Oleh Senior.

2. Makanan Di Kantin Tak Sedap Tapi Mahal Macam KFC. Tambahan Pula Kalau Makcik Senior Yang Kira. Kalah Harga Sebiji BMW..

3. Lagu 5'S Tidak Masuk Dalam Carta ERA.

4. Waktu Rehat Tersangat Pendek 15 Minit Je... Nak
Beratok Pun Dah 20 Minit!!!

5. KERJA BERDIR!!!......... Kasut Takde Sponge Pulak Tuh!!!!!

6. Bas Kilang Tersangat Laju... . Tersangatlah BAHAYA... ..

7. Kalau Setakat Nak Keja Kilang, Lebih Baik Tak Payah Ambil SPM. Indon Tak Ambil SPM Pun Boleh Keja Jugak!!!

8. Pekerja Dipaksa O.T. Ingat Kita Orang ROBOT Ke!!! Kalau Tak O.T., Ugut Nak Bagi Warning Letter Pulakkk.....

9. Pintu Kecemasan Dihalang. Bila BOMBA Audit Baru Kalut. KESELAMATAN TIDAK DIUTAMAKAN!!

10. Scan In/Out Sikit Nak Masuk Kena Beratok Sampai GATE HOUSE Nak Balik Kena Beratok BULEH TAWAF Satu Kilang..

11. Pintu Keluar Masuk Ada 2 Sahaja. Pekerja Beribu.... Masuk LATE Marah!!! Balik LATE Driver BAS Marah!!!! Sampai Rumah Mak Bapak Pulak Yang Marah... KAMI Selalu Kena MARAHHHHHH...

12. Boss Kadang-Kadang Ok,
Kadang-Kadang Tension Sampai Tak Ingat Dunia Yang Kami Ni Orang Jugak..

13. Faedah-Faedah Lain Tak Memuaskan. Contoh Kerja Bagai Nak Tecabut Kepala Lutut Profit Sharing.... HAMPEHHH

14.
Bonus Tahun Ni Takde Macam Hampeh... Orang Gaji Besar Je Yang Dapat, Orang Bawahan Yang Paling Berpenat Lelah Semua Tak Dapat...Kalau Macam Ni Biar Boss Besar Mati Cepat!!!! Baru Adil.....

15.
BANYAK LAGI NAK HABAQ TAPI KUT TAK SANGUP DENGAQ KUT!!!!

Untuk Pengetahuan Tuan, Saya Telah Berjaya Menabung Sebanyak RM 1.5 Juta Selama Saya Bekerja Sebagai Operator. Wang Itu Telah Saya Laburkan Dalam Bentuk Dinar Emas. Setiap bulan, Pendapatan Saya Adalah Sebanyak RM890. Inilah Faktor Utama Saya Ingin Berhenti Kerja. Terima Kasih Atas Segala Kerjasama.......... Tunjuk Ajar Tuan Selama Ini Dengan Saya. **Akhir Kata, Terimalah Sebuah Pantun MAUT Dari Saya....... IKAN KELI, IKAN KEMBUNG; ANGKAT KAKI, LAAAMMMBBBBUUUUNNNNGGG...........


Sekian,

Pujangga Asmara


Ok Tak Surat Ni? Hahaha.. Actually Ambil Dari Sini >>PORTAL<<

PA : Apa-Apapun, Selamat Bekerja.. Hiksss..

Tag Lagi..

Kali Ni Oleh Cik Sri.. Hutang Selesai Yer..

1. What Do The Majority Of People In Your Life Call You?
Errmm.. Entahlah.. Banyak Sangat Gelaran..

2.Last Thing/Person Make You Smile?
Nurse Kat Hospital.. Hahaha..

3.Something Bothering You Right Now?
Tak Ada Pun.. I'm Happy Go Lucky..

4.Do You Prefer Someone Taller Or Shorter Than You?
I Hope Someone Shorter.. Kakaka..

5.Have You Ever Broken Someones Heart?
Yup.. I Do.. Long Times Ago..

6.What Did You Do Last Saturday Night?
Sleeping..

7.Do You Currently Hate Someone?
Na'ah.. Nobody..

8.Name Something Great That Happened Today?
I Got The Job.. Yahoooo!!!

9.Do You Like Your Life As Of Now?
Not Yet.. Wish I Was A Millionnaire.. Hahaha..

10.Do You Have A Crush On Anyone?
Ermm.. Don't Know.. Maybe..

11.Where Do You Hide Your Money?
Shhh... It's Between Us.. Dalam Tabung Bawah Katil.. Kakaka..

12.How Did You Wake Up This Morning?
Wake Me Up When September Ends.. Well, My Father Woke Me Up.. And He Call Again!!

13.What Are You Excited About?
Starting My New Job..

14.Do You Curse A Lot?
10%/100%

15.Was Your Last Kiss A Mistake?
Never Kiss No One..

16.What Did Your Last Text Message On Your Mobile Say?
Kenapa Check Dada? What The

17.Has Anyone Disappointed You Recently?
Nope.. Last Year Someone Did.. And It Change My Life... Especially About Girlz..

18: Where Are You?
Home..

19.What Color Are Your Eyes?
Chocolate Black..

20.When Is The Last Time You Were Embarrassed?
Didn't Remember..

21.How Many Pills Do You Take A Day?
Pengarang Tidak Sakit.. Buat Masa Ini..

22.What Was The Last Item You Bought?
Cigarrete For My Father.. I'm Not A Smoker Ok!!

23.At What Age Do You Want To Be Married?
24 To 25 Years Old.. Hopefully...

24.Manusia-Manusia Yang Bakal Di Tag?
Nobody..

PA : Sekian Sudah Edisi Tag...

Tag Yang Layanzz..

Terlupa Pulak.. Dulu Ada Kena Tag Dengan Purple Roses.. Lupa Nak Buat.. Ni Dia Tagnya :

1.Bekas Kekasih Saya Adalah :
-->Perempuan..

2.Saya Sedang Mendengar :
-->Bunyi Air Aquarium Dan Keyboard Ditenyeh..

3.Mungkin Saya Patut :
-->Tido.. Hahaha.. Mana Boleh!! Ada Kat Tempat Kije Nih..

4.Saya Suka :
-->Tido.. Hahahahaha.. Lagi Sekali..

5.Sahabat-Sahabat Baik Saya :
-->Nak Senarai Banyak Sangat.. Tapi Ini Antaranya, Aie.. Lan..

6.Saya Tak Paham :
-->Macammana Orang Boleh Tido Mata Celik.. Hohoho.. Mati Kot Tu..

7.Saya Kehilangan :
-->Cinta Tiga Dimensi.. Lefthanded.. Hahaha..

8.Ramai Yang Berkata :
-->Saya Segak Berambut Pendek.. From My Mum & Friend Lorh..

9.Makna Nama Saya :
-->Matahari Kot Tak Silap.. (Boleh Tahukah Sekarang Apa Nama Saya?) Hehe.. Tapi Bukan Matahari Kat TV3 Tu Yer.. Hihi..

10.Cinta Itu Adalah :
-->Perasaan Sayang Atau Suka Yang Terbit Dari Hati Dua Insan Untuk Memupuk Sesuatu Hubungan Khusus Yang Akrab Lagi Rapat..

11.Di Suatu Tempat, Seseorang Sedang :
-->Berak.. Uikss.. Tak Baik Ngintailah..

12.Saya Akan Cuba :
-->Jawab Tag Ini Dengan Main-MainBersungguh-Sungguh..

13.Ayat SELAMANYA Membawa Maksud :

-->Sehingga Ke Akhir Hayat/Waktu.. Macam Belajar BM Je Dah..

14.Telefon Bimbit Saya :
-->Scroll Entry Bawah Untuk Gambaran Lebih Jelas..

15.Bila Saya Terjaga Dari Tidur :
-->Saya Tidur Balik.. Haha.. Ngantuklah..

16.Saya Paling Meluat Apabila :

-->Tengok Budak Lelaki Buat Wilie/Pacak(Mat Rempit).. Tak Sayang Nyawa Ke???

17.Pesta/Parti Adalah :
-->Pesta Rock.. Acam Punya Blog.. Hahaha..

18.Haiwan Yang Paling Comel Yang Saya Pernah Temui Ialah :
-->Ikan Bandaraya.. Di Samping Menjaga Kebersihan Akuarium, Dia Juga Senyap.. Hoho..

19.Peringkat Umur Yang Paling Menyeronokkan Bagi Saya Ialah:

-->Masa Baru Lahir.. Bestnya Jadi Tumpuan.. Tak Perlu Fikir Apa Pun Masa Tu.. Lapar Ada Orang Suapkan.. Nak Buang Air Ada Orang Tolong..

20.Hari Ini :
-->Hari Selasa Ler.. Ape Lagi...

21.Malam Ini Saya Akan :
-->Tido.. Yeah!!.. Hahaha..

22.Esok Pula Saya Akan :
-->Datang Kerja Lagi.. Bosannya...

23.Saya Betul-Betul Inginkan :

-->Hidup Yang Senang.. Isteri Yang Solehah.. Dan Keluarga Yang Bahagia..

24.Ketika Anda Lihat Wajah Anda Di Hadapan Cermin Pagi Ini :
-->Tak Tengok Pun.. Takut Nanti Cermin Tu Bagitahu ' Kau Adalah Pemuda Paling Kacak ' Aiyak.. Cermin Bisa Berkata-Kata.. Actually Dah Bosan Tengok Cermin.. Apatah Lagi Cermin.. Mesti Dah Bosan Tengok Pengarang.. Hari-Hari Pulak Tu.. Hahaha..

25.Pusat Membeli-Belah Atau Arked Permainan :
-->Arked Permainanlah.. Membeli Belah Ni Sesak Ler.. Malas..

26.Makanan Barat Atau Jepun :
-->Makanan Kampung.. Fuh.. My Faveret..

27.Bilik Yang Terang Atau Gelap :
-->Gelaplah.. Terang-Terang Camne Nak Tido.. Hadoihhh..

28.Makanan Segera Adalah :
-->Ape Menda Tuh? Hahaha.. Megi?(Jarang Makan) KFC? McD?(Boikot) Takmoh.. A&W Best.. Fuhh.. Float Dia Best Wa Cakap Lu.. Hahaha.. Sangat-Sangat Sedap.. Tapi Sekali Je Pun Baru Pegi Tahun Ni.. Hahah..

29.Ayat Terakhir Yang Anda Katakan Pada Seseorang?
-->Boleh Cover Ek Makcik Ni Kak? Ok.. Bye-Bye.. (Mesti Korang Tak Paham Ape Benda Pengarang Cakap Ni Kan? Hahaha)

30.Siapa Yang Anda Nak Tag?
-->Hoho.. Tiada Sesiapa.. Enjoy Je Buat Tag Ni.. Maceh Cik Purple Roses..

Semua Dalam Satu.. Entry Yang Berjela-Jela..

Bismillah,

Firstly, Pengarang Sudah Kena Tag.. Banyak Woo.. Sampai Tak Ingat.. Ada Antaranya Yang Pengarang Volunteer Buat Dan Ada Yang Terkena.. Hohoho..

Tag Pertama :

1. Orang Kat Luar Sana Tak Kenal Kamu. Perjelaskan Siapa Kamu?
-->Seorang Lelaki.
-->Berumur Lingkungan Awal 20-an.
-->Homeplace : Selangor ; Kampung : Perak.
-->Bekerja.
-->Lurus BadigolBendol.
-->Suka Bermain Gitar Bila Sunyi.. Sepi.. Tiada Teman..
-->Like To Drive.
-->Suka Membaca. Suka Tidur. Suka Segalanya.

2.Sikap Kamu Yang Mantap?
-->Suka Berkawan, Tapi Tak Tahu Kalau Orang Tu Suka Berkawan Dengan Pengarang.
-->Independence.
-->Loving Person. Lagi-Lagi Bila Dah Jatuh TanggaCinta
-->Sukakan Kekemasan.
-->Suka Tidur. Hahaha.. Mantap Tak Tu?
-->Tidak Suka Menonjolkan Masalah Pada Orang. Tapi Dalam Blog Bukan Main Lagilah.. Hoho..

3.Sikap Kamu Yang Sangat Jelek..
-->Kadangkala Moody Tak Tentu Fasal.
-->Pencemburu. Tapi Taklah Tahap Tertinggi.
-->Terkadangkala Emosional.
-->Selebihnya, Ntahlah...

4.Apakah Gadjet Yang Kamu Selalu Bawa?
-->Gadget? Hmm.. Apa Yer.. Tak Ada Apa Kot. Handphone Taklah Penting Sangat. Rasanya Tak Pakai Pon Takpe. Kalau Mp3 Player Pun Sama. Nak Dengar Kat Office Boleh, Kat Rumah Pon Boleh, Dah Ada Speaker Dah.. So, Tiada Gadget Yang Pengarang Selalu Bawa.. Kalau Motosikal Boleh Terima Tak? Kakakaka..

5.Dah Berapa Handphone Kamu Pakai Selama Ini? Senaraikan Brandnya.. Termasuk Jenama Hp Yang Tengah Guna Sekarang..
-->Mula-Mula Sekali Pengarang Pakai Hp Kat Bawah Ni. Nokia 3210. Old Skool.. Pakai Hp Ni Masa Umur 15 Tahun. Masih Ada Lagi. Simpan Sebab Kenangan. Cuma Bateri Dia Problem. Cepat Habis..
Kemudian Pengarang Beralih Kepada Nokia 6510 Seperti Gambar Di Bawah, Tak Silap Pakai Hp Ni Masa Umur 16 Tahun. Hp Ni Dah Hilang Ke Mana Ntahlah. Sebab Abang Pengarang Bagi Pinjam Kepada Kawannya Sampai Sekarang Tak Pulangkan.

Lepas Tu, Pengarang Dapat Hadiah Daripada Emak Pengarang, Berupa Nokia 6280. Sampai Sekarang Masih Ada Cuma Pengarang Tak Pakai. Bagi Abang Pengarang. Pengarang Tak Mahu Jual Sebab Berharga. Emak Yang Bagi..



Kemudian, Pengarang Pakai 2 Hp. Masa Ni Kaya Sikit. Sebab Dah Keje. Umur Pun Dah 20-an. Lepas Habis Study. Nokia N-Gage Dan Juga Nokia N70.


Malang Sekali, Hp N-Gage Telah Dijual. N70 Ada Lagi, Tapi Problemnya Sama Macam 3210, Bateri Problem, Cepat Habis. Jadi Pengarang Beransur Kepada Adik Dia. Rasanya Semua Tahu. Tengok Gambar Bawah :

N73 Ni Pengarang Pakai Lagi Sampai Sekarang. Walaupun Rupa Dah Buruk Sikit, Tapi Tak Apalah. Bukan Nak Buat Apa Pun. Pengarang Jarang Pegang Hp. Dulu Yalah Aktif, Masa Ada Makwe. Sekarang Single Mingle Nak Mesej Pun Malas. Terus Call Je Kalau Nak Cakap Dengan Sesiapa. Dan, Kalau Anda Semua Perasan, Pengarang Guna Semua Brand Nokia. Yup. Sebab Senang, Bagus Dan Murah. Pernah Juga Dulu Fikir Nak Tukar Pakai Hp Sony Ericson Tapi Malas. Pakai Je Yang Mana Ada.. Hohoho.. So, Itu Dia Penerangan Ringkas Mengenai Hp-Hp Yang Pengarang Pernah Pakai.

6.Siapakah Best Friends Kamu..
-->Ada Je, Kerja Kot. Aie..

7.Siapakah Yang Paling Kamu Sayang Selain Family Kamu? Dan, Kenapa Kamu Sayang Dia?
--> Tiada Sesiapa Lagi Yang Istimewa Untuk Disayangi.
-->..................................(Blank)

8.Lagi 10 Tahun Kamu Nak Jadi Apa?
-->Nak Jadi Batman Boleh Tak?

9.Kata-Kata Hikmah Yang Pernah Kamu Dengar & Paling Kamu Suka..
-->Pengarang Paling Suka : 'Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu Disembahyangkan.' Hoho..

10.Dalam Blog Kamu Sudah Ade Berapa Followers?
-->Ada 84 Orang. Terima Kasih Pada Yang Follow.. Hikss..

11.Senaraikan Followers Yang Paling Kamu Suka..
-->Semua Pengarang Suka.. Nanti Ada Free-Free, Pengarang Singgah Blog Semua Yer..

12.Makhluk Tuhan Yang Paling Hot Mahu Di Tag :
-->Bunga.
-->Ryehanna.
-->Cik Rerama.
-->Diba.
-->Honey Bee.
-->Purple Roses.
-->Cik Sri
-->LiaZatia.
-->Nurul.
-->Cik Ian.

Mesti Pelik Bukan Kenapa Pengarang Tag Semua Perempuan. Sebab Pengarang Nak Tahu Apa Jawapan Diorang Bab Handphone Tu.. Kakaka. Selalunya Orang Perempuan Ni Pakai Hp Mesti Banyak Tukar-Tukar.. Apa-Apa Pun, Wait N See.. Hohoho.. Buat Tak Ada Gambar Pun Tak Apa, Tapi Pengarang Mahu Anda Yang Ditag Menceritakan Mengenai Handphone Itu.. Hikss.. Buat Jangan Tak Buat.. Pengarang Akan Check Nanti.. Dan Kepada Wanita-Wanita Lain Yang Nak Buat Pon Boleh Buat Jugak.. Hoho..

Tag Kedua :

Arahan:
1) Anda Perlu Printscreen Wallpaper Anda Yang Tengah Gune Sekarang Jangan Tipu-Tipu Ekk Tak Suke...

Okay Siap.. Nah.. Gambo Kereta Turbo. Hohoho.. Desktop Disembunyikan.. Rasanya Tak Perlulahkan? Sebab Banyak Data-Data Office Dekat Desktop Tu.. P&C..

2)Bagitahu Kenapa Anda Suka Wallpaper Anda Itu...
-->Hohoho.. Perlu Ke Diberitahu? Okay.. Kereta Itu Adalah Kereta Idaman Pengarang.. Honda Civic 2.0..

3) Tag 10 People :
-->Kepada Semua Follower, Kawan-Kawan Yang Nak Jawab, Boleh Jawab.. Hehe..

TAG SUDAH SETTLE!!

.
.
.
.

AWARD PULAK!!

FIRST


SECOND

:: RULES ::

* Copy Image Di Atas
** Tulis Sebarang Komen Mengenai Pemberiannya
*** Beri Kepada Mana-Mana Bloggers Yang Kamu Suka (Unlimited)

::ANSWER::

*Done
**
Pengarang Mengenali Kak Eidafatiha Dari Dunia Blog. Walaupun Tak Pernah Berjumpa Tapi Pengarang Tahu Kak Eidafatiha Seorang Yang Penyayang. Lagi-Lagi Dengan Anaknya. Beruntung Anak Itu. Terima Kasih Kak Untuk Award Yang Diberi Ini..
***Semua Orang Boleh Ambil.. Unlimited Tu.. Hikss..

Kedua-Dua Award Ni Diberi Oleh Kak Eidafatiha Dan Juga Cik Dazz. Time Kasih Kerana Masih Ingat Pada Pengarang..

PA : Fuh.. Panjangnya... Letih Menaip..

Aiyok..Tak Tahu.. Encik Polis!!

Bismillah,

Sejak Dari Balik Kerja Tadi.. Pengarang Rasakan Amat Bosan. Sudahlah Bekerja Berseorangan, Melayan Karenah Ahli Di Talian Dan Kerja Bertimbun(Kerja Lama, Belum Quit Lagi). Dalam Kepala Ni Tak Tahu Nak Buat Apa Dah.. Walaupun Dah Berada Dekat Rumah. Nak Keluar, Takde Teman. Nak Duduk Rumah, Bosan. Nak Tengok TV Cerita Tak Menarik.

Tapi Semenjak Dua Menjak Ni, Semasa Pengarang Pulang Dari Tempat Kerja, Ada Saja Polis Trafik Buat Sekatan Jalanraya(Road Block). Tak Tahu Apa Pula Masalah Kali Ni Tapi Kebanyakan Yang Ditahan Adalah Lori Berat, Van, Dan Kereta Modified. Nasib Baiklah Penunggang Motosikal Seperti Pengarang Tidak Ditahan.(Seronok Giler!!) Buat Sekatan Pula Selepas Selekoh, Memang Tak Nampak, Jadi Sesiapa Yang Laju Tu Paham-Paham Jelah. Memang Kena Tahan.

Oleh Kerana Bosan, Pengarang Menyambung Chapter Saat Kehilangan Cintamu Episod 4. Ada Di Bawah. Kalau Nak Baca Yang Sebelum-Sebelum Ni, Klik Pada Labelnya.

PA : Mahu Tengok TV.. Internet Ada Pun Macam Takde. Tak Tahu Nak Buat Apa.. Huhu..

Saat Hilang Cintamu... (Episod 4)

Saat Hilang Cintamu...
(Episod 4)

Di Keesokan Paginya, Iaitu Hari Sabtu Shahrul Bangun Agak Lewat Kerana Mengikut Giliran, Dia Bercuti Pada Hari Tersebut. Selesai Dari Solat Subuhnya Pagi Tadi, Dia Terus Tertidur Kerana Keletihan Dengan Kejadian Semalam. Ya. Kejadian Yang Menimpa Wanita Tersebut Membuatkan Dia Berasa Penat. Jam Diatas Mejanya Sudah Menunjukkan Pukul 10.22 Pagi. Shahrul Bingkas Bangun Dan Masuk Ke Bilik Air. Selesai Mandi Dia Pun Menyarung Kain Pelekat, Mengenakan Baju T-Shirt Dan Melangkahkan Kaki Turun Ke Bawah. Dia Turun Sampai Ke Anak Tangga Yang Terakhir Dan Sesampainya Disitu, Dia Melihat Amir Sedang Tidur Nyenyak Diatas Sofa. Lalu Shahrul Pun Menepuk-Nepuk Pipi Amir Untuk Membangunkannya.. Pap!! Sedas Di Pipi Amir Membuatkan Dia Terus Terjaga.

"Aik Bang. Letih Nampak. Sampai Pukul Berapa Kau Teman Perempuan Tu? Kau Balik Tadi Naik Apa?" Tanya Shahrul Sejurus Melihat Amir Menggeliat.

"Hoi, Sakitlah. Tampar Macam Apa Entah. Aku Balik Dalam Pukul 2.30 Pagi Kot. Aku Temankan Najihah Sampai Ibu Bapa Dia Datang. Lepas Diorang Datang Aku Cabutlah Naik Teksi. Bas Mana Ada Pagi-Pagi. Disebabkan Mengantuk Sangat, Aku Tidur Atas Sofa Ni." Jawab Amir.

"Ni Siapa Pulak Najihah Ni? Perempuan Mana Pulak Kau Cakapkan Ni?" Tanya Shahrul.

"Najihah Tu, Nama Awek Yang Kau Selamatkan Semalamlah. Aku Tengok Pada Kad Pengenalannya Masa Registerkan Dia.

"Ohh.. Kau Nak Sarapan Tak? Jom Keluar Makan.. Aku Belanja.. Tapi Cepat Siap. Offer Ni Akan Tamat Dalam Masa 3 Saat!" Kata Shahrul Ingin Mengenakan Amir Yang Sedang Mamai.

"Kau Nak Belanja? Kau Bagi Aku 5 Minit. Aku Siap.. Rezeki Jangan Ditolak. Bahaya Jangan Dicari. Aku Kalau Orang Nak Belanja Ni Memang Terima Sahaja Dengan Hati Terbuka.." Jawab Amir Seraya Tergelak.

"Tumpang Lalu? Nanti Aku Lambat Offer Tamat Pulak. Kau Tu, Nak Pergi Pakai Kain Pelekat Ke?" Amir Sempat Membahan Shahrul Yang Sedang Berdiri Disebelahnya.

"Ish Dia Ni. Pergi Jelah Mandi. Aku Nak Salin Pakaian Dahulu." Pintas Shahrul.

Dalam 10 Minit Kemudian, Shahrul Pun Turun. Dilihatnya Amir Sudahpun Berada Di Bawah Menghisap Rokok.

"Lambatlah Kau Ni. Bersolek Ke Apa?" Herdik Amir.

"Kau Nak Cepat-Cepat Nak Buat Apa? Tunggu Sajalah. Pergi Makan Di Kedai Abang Karim Sajalah. Mahu Tak?" Tanya Shahrul.

"Emm.. Bolehlah.. Bagus Juga. Dapat Kita Ceritakan Kejadian Semalam Kepadanya. Sekaligus Mengambil Motosikal Aku Yang Ditinggalkan Di Sana Semalam. Harap-Harap Budak Lelaki Yang Kau Kau Belasah Semalam Tak Buat Apa-Apa Pada Motosikal Aku. Itu Sajelah Harta Pusaka Aku." Rintih Amir Cemas.

"Dah Dah. Jom Pergi. Jangan Fikir Bukan-Bukan." Desak Shahrul Supaya Amir Mempercepatkan Langkahnya.

Di Atas Motosikal, Amir Menceritakan Segala Yang Berlaku Selepas Mereka Berpisah Apabila Dia Menaiki Ambulan Untuk Menemani Najihah. Dari Waktu Dia Didalam Ambulans Sampailah Ke Waktu Najihah Membukakan Matanya. Mengikutnya, Najihah Adalah Pendiam. Tidak Langsung Bertegur Sapa Dengannya Apabila Dia Menegur. Mungkin Kerana Masih Trauma Dengan Apa Yang Terjadi Padanya. Sesampainya Ibu Dan Bapa Najihah, Dia Menerangkan Apa Yang Terjadi Dan Terus Balik Ke Rumah. Selebihnya, Sehinggalah Dia Bangun Dikejutkan Shahrul. Shahrul Hanya Mendengar Dengan Tenang...

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Sampai Saja Di Restoran Abang Karim, Amir Pun Memberitahu Apa Yang Telah Terjadi Semalam. Abang Karim Kelihatan Agak Geram. Mukanya Naik Merah Mendengar Cerita Yang Dikeluarkan Oleh Amir. Shahrul Hanya Duduk Di Meja Sambil Membaca Surat Khabar. Air Minuman Sudah Lama Dibuatnya. Dia Lebih Suka Pergi Ke Dapur Tempat Dia Bekerja Untuk Membuat Sendiri Makan Minumnya. Dia Kelihatan Tidak Berminat Dengan Apa Yang Berlaku.
Sedang Dia Asyik Membelek Surat Khabar, Dia Didatangi Oleh Amir.

"Shah, Marah Sungguh Abang Karim Bila Tahu Ada Budak-Budak Buat Hal Dekat Dengan Restorannya. Tengok Sajalah Mukanya Itu. Merah Padam Kerana Marah." Kata Amir Dengan Nada Perlahan Takut Didengar Oleh Majikannya Itu.

"Biarlah Amir. Janji Kita Sudah Beritahu Apa Yang Patut Sudahlah." Jawab Shahrul Selamba.

""Eh, Kita Pergi Melawat Najihah Sebentar Lagi Mahu Tidak? Aku Rasa Elok Juga Dia Bertemu Dengan Jejaka Yang Telah Menyelamatkannya. Tak Begitu?"Ajak Amir Dengan Sambil Tersenyum.

"Malaslah Aku. Kau Nak Pergi, Pergilah Seorang. Aku Nak Berehat Saja Hari Ini."Balas Shahrul Menolak.

"Ala Kau Ni Shah. Besok Pun Cuti Lagi. Janganlah Pemalas Sangat. Lepas Makan Kita Pergi Ya!" Desak Amir.

"Ish, Yalah Yalah."Jawab Shahrul Dengan Nada Terpaksa.

Nasib Baiklah Motor Yang Ditinggalkannya Malam Tadi Tidak Apa-Apa. Dia Yang Sejak Dari Rumah Bimbang Jika Motosikalnya Diusik Oleh Geng-Geng Lelaki Semalam Berasa Lega Kerana Motosikal Kesayangannya Itu Tidak Dipengapa-Apakan. Selesai Saja Sarapan, Mereka Pun Berangkat Menuju Ke Hospital Dimana Wanita Yang Ditolong Mereka Semalam Berada.

====To Be Continued====


PA : Selesai Sudah Chapter 4.. Bersambung Lagi..

Happy Birthday To U

Bismillah,

Pagi Ini Hujan Yang Teramat Lebat.. Starting Dari 5.30 Pagi.. Kenapa Pengarang Boleh Tahu? Tingkap Bilik Terbuka, Jadi Bila Hujan Lebat Turun, Habis Disembur Ke Pengarang.. Kakaka.. Abeh Basah Tadi.. Tu Nasib Baik Terjaga.. Pengarang Ingatkan Abang Pengarang yang Ayah Pengarang yang Kejutkan Pengarang Untuk Bangun, Sebab Pengarang Bila Tido, Tido Mati Yer. Tapi Rupa-Rupanya Hujan Yang Kejutkan..


Al-Kisah, Masa Nak Datang Kerja Pagi Tadi Basah Kuyup Redah Hujan Pulak, Pengarang Terserempak Dengan Dua Kemalangan. Satu Kereta Dan Satu Motor. Pengarang Pun Ada Tolong Mereka Ni Tolong Tengok.. Tapi Taklah Teruk. Mungkin Sebab Hujan Tu Menyebabkan Mereka Ni Kemalangan..

But, That's Not The Point Speaking Londonlah Pulak Kau Ni, Entry Kali Ini Untuk Mengucapkan Selamat Hari Jadi Kepada Seorang 'Kawan Baik' Pengarang Yang Bernama..... Aisha. Semoga Panjang Umur Dan Dimurahkan Rezeki. Kerja Rajin-Rajin. Nanti Boleh Belanja Makan Eh, Tak Malu Betul.. Kakaka.. Semalam Pengarang Ada SMS Kata-Kata Carutan Indah Pada Dia Dan Directly Terus Dia Call.. Hehe..

Sudah Berjanji Padanya Untuk Belikan Kek Serta Hadiah Dia Paksa.. Haihhh... Kek, Yang Mana Sesuai? Lihat Gambar Dibawah :

VS

(Gambar Google Saja.. Kakaka)

Hadiah Apalah Nak Dibagi Ni.. Ada Suggestion Apa-Apa Tak? Hehehe.. Sebab Hari Sabtu Ni Baru Nak Sambut, Kerana Dia Sekarang Ada Diluar Negeri(Luar Dari Selangor)Study. Sabtu Ni Dia Nak Balik Untuk Celebrate Bersama Pengarang.. Hihi.. So, Sempat Lagi Mencari Hadiah.. Kakaka..

PA : Apa-Apa Pun, Pagi Yang Gelap, Kini Sudah Terang.. Yeah.. Hujan Semakin Berhenti.. Sejuknya.. Ya.. Saya Peminat Band Hujan.. Kakaka.. Sokonglah Barangan Band Buatan Malaysia.. Selamat Meneruskan Hari Anda.. Hiksss..

Award Dari Cik Dazz

Bismillah,

Yeah.. Pengarang Dapat Award.. Yea Yeah... Kakaka.. Award Ni Datang Dari Cik Dazz Tapi Rasanya Penulis Dari GoodGirlBadBlog.Blogspot.Com Tuan Empunya Yang Asal.
Apa-Apa Pun, Terima Kasih Diucapkan Pada Dazz Sebab Ingat Pada Pengarang Ni.. Hiksss..


1. The Winner Can Put The Logo On His/Her Awesome Blog.
2. Link The Person You Received Your Award From.
3. Nominate At Least 7 Other Blogs.
4. Put Links Of Those Blogs On Yours.
5. Leave A Message On The Blogs Of Those You've Nominated!

So, Kepada Yang Masih Belum Ada Menerima Award Ini, Dinasihati Untuk Ambil Yer..Ugut Nih. Jangan Segan Silu.. Heee..

PA : Lawa Award Dia.. Pink Gitu..

Cikgu Nurul Ain

Bismillah,

Semenjak Tiga Menjak Ini, Pengarang Asyik Teringatkan Peristiwa Masa Silam, Iaitu Semasa Umur Belasan Tahun.(Sekarang Dah Puluhan) Banyak Peristiwa Yang Terjadi Pada Pengarang Antaranya Kemalangan Masa Form 5(Tingkatan 5). Teruk Jugak Tapi Nasib Baik Tak Ada Yang Patah.

Semasa Di Sekolah Dulu, Pengarang Sering Menjadi Tumpuan Oleh Cikgu-Cikgu Kelas, Terutamanya Cikgu Matematik. Entahlah, Tak Tahu Apa Yang Dia Tertarik Sangat Dengan Pengarang, Tapi Setiap Kali Dia Masuk Kelas Untuk Mengajar, Bila Tiba Je Time Soalan, Pengarang Mesti Kena Dengan Dia.. Confirm.. Bukan Nak Megah Tapi.. Tak Suka Ar Cikgu!!! (Member-Member Kelas Semua Cop Pengarang Murid Kesayangan Cikgu.. Kakakaka) Jeles Ar Tuh..

Memang Malu Pun Ada Sampaikan Rasa Nak Menyorok Je Belakang Member Bila Tiba Time Soalan. Hahaha.. Tapi Nyorok Macammana Pun Tetap Kena Jugak.. Dah Nasib Kaulah Labu..
Apa-Apapun, Pengarang Mengucapkan Berbanyak Terima Kasih Pada Kesemua Cikgu Yang Mengajar Pengarang Dahulu. Sehingga Berjaya Hidup Sekarang Ni, Semua Atas Jasa Cikgu..

Sedih Sangat Bila Tengok Ada Anak Murid Zaman Sekarang Yang Tak Reti Langsung Nak Hormat Cikgu. Kecik Lagi Dah Berani Tendang Cikgu, Siap Bawak Geng Semua.. Apa Nak Jadilah Dengan Dunia Sekarang Ni..

PA : Cikgu Math, Yang Namanya Cikgu Nurul Ain(Macam Nama Erra Fazira Dalam Cerita Mertua VS Menantu).. Masa Kat Kelas Dulu Selalu Sebut-Sebut Nama Pengarang, Tapi Masa Jumpa Waktu Pengarang Ambil Sijil SPM Dulu, Usahkan Sebut, Tegur Pun Tak.. Dah Lupa Kot Kat Pengarang.. Kakaka..

Rindu Pada Kampung

Bismillah,

Sebenarnya Ini Tag Yang Pengarang Terima Daripada PakCikDot. Terima Kasih Kerana Masih Ingat Pada Pengarang. Walaupun Setahu Pengarang Masih Ada Tag Dari PakCik Yang Pengarang Belum Jawab Lagi.. Heeee.. Tak Ada Masa.. Hari Ni Ada Free Sikit, Tu Yang Jawab Tu.. Soalannya Seperti Berikut :

(Upload Picture Yang Anda Gemari Dan Jawab Soalan Dibawah)



Kenapa Anda Suka Gambar Ini?

Ya.. Pengarang Amat Sukakan Gambar Ini.. Tajuknya, Perumahan Kampung.. Sangat Indah Dan Cantik(Gambar FlickR, Tak Tau Sape Punya.. Pinjam Ye)
. Sukakan Gambar Ini Sebab Pengarang Terlalu-Lalu Merindukan Kampung Pengarang, Nenek, Makcik Dan Saudara-Mara Serta Suasana Kampung Yang Sunyi, Aman, Cantik, Sejuk, Banyak Nyamuk Dan Macam-Macam Lagilah.. Rindunya....

Bila Kali Terakhir Makan Pizza?

Agaknya Adalah Dalam Dua Bulan Lepas.. Pengarang Jarang Makan Pizza.. Tak Kenyang.. Kakakaka..


Lagu Terakhir Yang Anda Dengar?


Betul Nak Tahu Ni?? Jangan Menyesal.. Hahaha.. Pengarang Last Dengar Lagu Dari Band OAG. Lagu Pertama yang Berjaya Membawa Nama Mereka Naik --> Slumber (Klik Kat Lagu Kalau Nak Download).. Wah.. Promot Lagu Pulak Tu.. Kakakaka..


Apa Yang Anda Buat Selain Selesaikan Tag Ini?


Hmmm.. Tengah Buat Apa Yer.. Duduk Tersipu-Sipu Ajer.. Hiksss.. Tak Buat Apa Pun.. Heee...

Selain Nama Sendiri Anda Suka Dipanggil Dengan Panggilan Apa?

Hmmm... Nama Muhammad Atau Shahrul.. Tak Tahu Kenapa, Tapi Minat Dua Nama Ni.. Nama Asal(Sebenar) Pengarang Tiada Muhammad Dan Berhampiran Dengan Nama Shahrul.. Hihi.. Nama Sebenar Pengarang?? Tekalah Sendiri.. Kakakaka..

Tag Lagi 5 Orang *Soalan Seterusnya Ada Kaitan Dengan Org Yang Anda Tag!

Tak Ada Sesiapa Kot.. Maaf.. Huhu.. Tapi Kalau Ada Yang Nak Buat, Silakan.. Hiksss..

PA : Rindukan Kampung... Huhu..

Award Yang Cantek..

Bismillah,

Ya.. Pengarang Berhasil Mendapatkan Award Dari Seseorang Bernama Cik Kak Rerama.. Ehehe.. Suka Dia Panggil Pengarang Sebagai Enchek Abang PA.. Hahaha.. Tak Tahu Kenapa..


Tengoklah Tu Posing Dia.. Posing Maut.. Ahahaha.. Apa-Apa Pun Mekasih Diucapkan..


PA : Dah Lama Rasanya Tak Dapat Award.. Mekasih Yann... Hiksss...

Encik Lee Pas Yang Handsome

Bismillah,

Okeh.. Hari Ini Pengarang Nak Bercerita Pula Tentang Encik Lee Pas. Pada Orang Perempuan Mesti Geli Kan Bila Tajuk Yang Pengarang Letak Adalah Lipas?? Itu Fasal Pengarang Bubuh Tajuk Entry Encik Lee Pas Yang Handsome.. Hehehe..

Cerita Ini Berkisar Mengenai Lipas Yang Berada Di Dalam Rumah Pengarang. Kadang-Kadang Pengarang Juga Pelik, Lepas Dah Dibunuh, Mesti Datang Pulak Lipas Yang Lain. Mesti Kes Balas Dendam Nih. Hmm.. Mungkin Sebab Pengarang Dah Terbunuh Abang Atau Ahli Keluarga Serta Sepupu Sepapat Dia Dengan Ridsect.

Pernah Dua Tiga Kali, Semasa Pengarang Sedang Sedap Tidur, Tiba-Tiba Diganggu Oleh Makhluk Allah Yang Kecil Ini. Tengah Sedap Mimpikan Sesuatu, Terasa Seperti Ada Rasa Berduri-Duri Di Lengan Yang Membuatkan Pengarang Rasa Tak Selesa. Rupa-Rupanya Dia Tengah Duduk Bertenggek Dekat Lengan Pengarang.. Duduk Diam-Diam Sudahlah, Ni Tergesel-Gesel Tangan Dia Yang Berduri Tu Dekat Lengan Orang. Karate Kang Baru Tahu..(Lepas Tu Pengarang Tepis Terus Hilang Dia Ntah Ke Mana)

Ada Juga Pernah Berlaku Sekali Tragedi Di Mana Pengarang Kena Ambush Dengan Lipas Ni(Masa Zaman Sekolah Dulu). Masa Tu Pengarang Baru Terbangun Dari Tido. Itupun Sebab Pengarang Ada Terdengar Bunyi Bising. Tiba-Tiba Saje Dia(Lipas) Terbang Ke Depan Muka Pengarang. Apa Lagi, Pengarang Yang Tengah Mamai Tadi Pun Terkejut Lalu Mengelak Dan Melompat Dari Atas Katil. Nasib Baiklah Sedar Masa Tu. (Kalau Pengarang Tengah Menguap Tak Tutup Mulut, Memang Confirm Telan Lipas Tu) Hahaha.. Trauma Sampai Sekarang. Ish Ish Ish, Kalau Masuk Dalam Mulut Tak Tahulah Apa Jadi. Bahaya Betullah Lipas Zaman Sekarang Nih.. (Disebabkan Ini, Pengarang Tak Tidur Dalam Bilik Tu Selama Seminggu Sebab Takut Lipas Ni Bersembunyi Bawah Katil.. Haha..)

PA : Pastikan Rumah Anda Bersih Yer. Sebab Kalau Tak, Toksah Kata Lipas, Semut/Anai-Anai/Tenuk Pon Boleh Datang.. Hahaha.. Amaran Oleh Pujangga Asmara.. Bukan Pihak Kerajaan Yer.. Ahakss..

Rumah Berhantu...

Bismillah,

Di Keheningan Malam.. Termenung Ku Berseorang.. Tak Lena Mata Dipejam(Eceh, Lagu Bila Rindulah Pulak.. Heee) Ya!! Di Malam Yang Sunyi Ini Kita Bercerita Tentang Cerita Hantu Pulak.. Start Over Balik.. Dikala Bulan Mengambang.. Hahaha.. Tipu Ajer.. Topik Yang Dibuat Semata-Mata Menarik Perhatian.. (Kalo Orang Takut Cerita Hantu Tak Masuk Kot.. Huhu)

Cerita Hari Ini Berkisar Mengenai Penduduk Di Rumah Pangsa Tempat Abang Sulung Pengarang Yang Tinggal Bersama Isteri Dan Anak-Anaknya(Padahal Seorang Anak Je, Perempuan). Ya, Kadang-Kadang Pengarang Pelik Bila Datang Bertandang Ke Rumah Abang Pengarang. Apabila Siang Pengarang Datang Singgah, Rumah Tertutup Bersama Tingkap. Tak Satu Rumah Pun Yang Terbuka. Manakala Waktu Malam Pula, Semua Lampu Rumah Menyala Tapi Tak Dengar Suara Walau Sikit Pun.

Kadangkala Berada Di Sana, Membuatkan Pengarang Rasa Seram Sejuk. Paling Kuat Pun Dapat Dengar Azan. Itu Aje. Bila Ditanya Pada Abang Pengarang, Katanya "Orang Kat Sini Kurang Bergaullah Dik. Dah Lebih Setahun Yop(Ya, Dia Bahaskan Dirinya Sebagai Yop) Tinggal Sini, Orang Sebelah Rumah Pun Jarang Menegur. Kalau Kita Tegur, Itu Jelah. Nak Harap Dia Tegur Balik, Entah Bila. Apatah Lagi Bila Bagi Juadah Macam Kuih Ke, Bihun Ke, Mee Goreng Ke. Nak Diharapkan Diorang Pulang Balik Dulang/Bekas Memang Susah.. Nak Minta Sendiri Macam Kurang Sopanlah Pulak."

Bila Pengarang Dengar Macam Tu, Timbul Rasa Pelik. Kenapa Penduduk Di Sini Sebegitu Rupa Perangai Mereka. Mungkin Pendapat Korang Mereka Ini Sibuk. (Ya, Sibuk.. Tapi Takkan Sampai Setahun Sibuknya) Dan Rasanya, Lebih Elok Bergaul Mesra Sesama Jiran Dan Bukan Duduk Terperuk Dalam Rumah. Agaknya, Nama Jiran Sebelah Rumah Abang Pengarang Pun, Abang Pengarang Tu Tak Tahu Atau Lupa..

Well, Internet Di Rumah Pengarang Dah Beroperasi Seperti Sedia Kala.. Alhamdulillah.. (Yeay, Boleh Online Hari-Hari!!)

PA : Kenalilah Jiran Sebelah Menyebelah Anda. Sambil Mengeratkan Silaturrahim Sambil Membuat Kenalan.. Macam Kita Ini, Blogger. Rajin Berkunjung Ke Blog Lain Dapat Mengeratkan Silaturrahim Sesama Kita.. Hiksss..

Kemalangan Kereta..

Bismillah,

Huh.. Lega Rasanya Sekarang Ni.. Sedang Dalam Proses Memberhentikan Diri Daripada Syarikat Yang Sekarang Ini.. Dalam Sibuk-Sibuk Bekerja Sekarang Ini Pun Pengarang Sempat Pergi Interview Merata Tempat. Dan, Pengarang Sudah Mendapat Kerja Yang Baru.. Gaji Dan Kerja Boleh Tahan. Alhamdulillah.. (TAPI!!)

Dua Hari Ni, Berturut-Turut Jalan Yang Pengarang Selalu Gunakan Ada Kemalangan.. Dan Kedua-Duanya Adalah Kereta. Yang Peliknya, Kenderaan Itu Remuk Sekalipun Bukan Ada Sesiapa Yang Menolong. Kebanyakan Yang Tolong Pun Adalah Tolong Tengok. Inilah Tabiat Orang Malaysia. Membuatkan Traffic Jam Ajer.

Pernah Sekali Terjadi. Pengarang Hendak Balik Kerja Dahulu Di Office Lama(Masa Tengah Malam About 12.00am). Ketika Itu Kenderaan yang Pengarang Gunakan Rosak. Jadi Pengarang Pun Panggil Abang Pengarang Datang Untuk Menunda. Dalam Lebih Kurang 30 Minit, Dia Pun Sampai Bersama Kawannya. Tak Tahulah Nak Katakan Nasib Atau Apa, Tapi Pengarang Dan Abang Pengarang Dapat Melihat Sendiri Kemalangan Di Depan Mata. Diantara Kelisa Bertembung Dengan Mazda(RX-8). Sang Kelisa Melompat Dan Bergolek Seperti Besi Buruk Manakala Mazda Pula Remuk Di Bahagian Buntutnya. Amatlah Kesian Bila Pemandu Kelisa Itu Adalah Perempuan. Dia Dimaki Oleh Pemandu Mazda, Chinese.

Jikalau Nak Diikutkan Bukan Kesalahan Pemandu Kelisa, Tetapi Pemandu Mazda. Dia Yang Bersalah Kerana Tiba-Tiba Masuk Ke Junction Dan Tanpa Segan Silu(Tak Bagi Signal) Terus Masuk Dan Kelisa Yang Berada Rapat Di Belakangnya Pun Mengelak Dan Melanggar Bontot Kereta Mazda ItuMembuatkan Kereta Itu Terbabas Dan Terbang Tinggi. Pengarang Dan Abang Pengarang Ada Pergi Menolong Perempuan Itu Dan Kesian Apabila Dia Keseorangan Dan Tiada Kawan Yang Dapat Membantunya.

Kami Yang Berada Di Situ Pun Menelefon Ambulans Dan Polis. Banyak Darah Yang Keluar Daripada Bahagian Kepala Wanita Tersebut. Kereta? Habis Remuk. Dah Tak Serupa Kereta Lagi. Bonet Tertanggal. Tayar Tercabut. Boleh Katakan 30% Saja Yang Masih Elok. Alhamdulillah Dalam Pada Dia Kemalangan Itu, Ada Juga Manusia Lain Selain Kami Yang Datang Menolong. Chinese Tadi Yang Sedar Ramai Orang Melayu Menolong Pun Mengundurkan Diri. Tak Berani Kot. Silap Cakap Agaknya Memang Kena Belasah Kat Situ Jugak.. (Jangan Ingat Anda Kaya, Punya Kereta Sport Boleh Buat Apa Yang Anda Suka Ya!)

PA : Kepada Pemandu-Pemandu Sekalian, Pandu Dengan Cermat Dan Selamat. Biar Lambat Asal Sampai Ke Destinasi. Terutama Kaum Wanita. Sebab Selalunya Orang Akan Ambil Kesempatan Pada Kaum Wanita Ni. Jaga Diri Baik-Baik.. Rasanya Kami Ada Mengambil Video Kemalangan Itu. Nanti Pengarang Akan Check Dan Masukkan Jika Ada...

Pengarang Kembali Semula..

Bismillah,

Setelah Hampir Seminggu Pengarang Bercuti, Akhirnya Pengarang Kembali Semula Untuk Menyepahkan Blog Buruk Ini. Cuti 5 Hari Dari Sabtu Lepas Sehingga Ke Rabu Hari Itu Teramatlah Bosan. Duduk Rumah Tak Tahu Nak Buat Apa.

Hari Sabtu Pengarang Dan Kawan Pergi Ke Satu Majlis Perkahwinan. Sememangnya Meriah Dan Ramai Orang. Mata Sibuk Melilau Mencari Jodoh.. Hahaha.. Mencari Lokasi Membuatkan Kami Tersesat Dan Melambatkan Kami Untuk Tiba Ke Lokasi Perkahwinan Itu Dalam Kira-Kira 40 Minit. (Penunjuk Arah Pun Salah Jalan, HAMPEH!!). Masa Balik Pulak, Semua Ikut Haluan Masing-Masing Kerana Tempat Tinggal Yang Berbeza. Apa Lagi, Pengarang Pun Sesat. Memang Malu Rasanya Bila Ada Kawan Yang Mengata, "Kau Ni Duduk Je Dekat KL, Tapi Jalan KL Pun Tak Tahu!!". Pedih Betul.. (Selalu-Selalulah Keluar Berjalan!!)

Ya.. Mengenai Earth Hour Pada Sabtu Lepas, Seluruh Kawasan Kejiranan Pengarang Bergelap. Rasanya Dari Pukul 8.30 Malam Sampai 10.00 Malam (Extra 30 Minit Tuh!!) . Ada Juga Rumah Yang Pengarang Lihat Bergelap Sampai Ke Tengah Malam. (Sure Sampai Ke Pagi, Tido Ke Hape Ntah). Dan, Ada Jugak Yang Pasang Lampu, Lagu Dan TV Kuat-Kuat Channel ASTRO RIA 104!! Akademi Fantasia Lah, Ape Lagi.. (Tak Tahu Pasal Earth Hour Tu Kot)..

Dekat Rumah Pulak, Kadang-Kadang Bila Bosan, Pengarang Akan Mengemas Rumah, Mengemas Bilik, Sapu Sampah, Dan Sebagainya. Nak Online Memang Tak Dapat Jadi Terpaksa Menghabiskan Masa Dengan Buat Benda Berfaedah Macam Gitu. Sometimes Tengok TV, Dengar Lagu, Main Gitar, Termenung Adalah Kebiasaan Bagi Pengarang. (Makan, Minum, Tidur)

Untuk Dua Tiga Hari Ini Pengarang Tidak Dapat Membuat Entry Kerana Kerja Yang Melambak. Memang Standard Bila Sekembali Dari Bercuti. Kerja Setinggi Gunung. Dan Sekarang Pengarang Sedang Sibuk Dengan Interview Kerja. Sangat Terkejut Dua Hari Yang Lepas Kerana Ada Satu Syarikat Yang Menawarkan Kerja Yang Baik Dan Gajinya Dua Kali Ganda Daripada Sekarang. Maklumlah Dengan Keadaan Ekonomi Yang Tidak Seimbang Ini, Peluang Macam Ni Tak Selalu Datang. Dan Temuduga Tersebut Adalah Pada 9.30 Pagi Ini.. Pelik Bukan? (Malangnya Pengarang Tidak Dapat Menghadiri Temuduga Itu Kerana Faktor Tidak Tahu Jalan. Ya, Pengarang Adalah Seorang Yang Dungu Mengenai Jalan. Pengarang Sudah Minta Tunda Temuduga Tersebut Ke Tarikh Yang Lain.. Itupun Jika Syarikat Itu Masih Berminat Mengambil Pengarang Untuk Bekerja Di Sana.. Huwaaaa...!!)

PA : Buat Warga Malaysia Terutama Di Kuala Lumpur, Kenalilah Bandar Dan Jalanraya Di Tempat Anda..