Perhatian Kepada Pendatang!!

Terima Kasih Kerana Sudi Menyinggah.. Segala Komen Dari Kalian Amat Dialu-alukan.. Maaf Jika Terdapat Kasar Bahasa Atau Tersalah Kata.. Diri Ini Hanyalah Hamba Allah Yang Lemah.. Sekian..

13.08.2009 Kembalinya Pujangga Asmara

Bismillah,

http://img159.imageshack.us/img159/3918/diaryfm7.jpg

~Diari Ku~

Assalamualaikum Buat Semua Teman Blogger.. Lama Sudah Rasanya Daku Tak Mengupdatekan Blog A.K.A Diari Burukku Ini.. Luka Pemergian Bonda Tercinta Kian Terubat.. Sekarang Hidupku Mulai Tenang Namum Kadangkala Fikiran Melayang Memikirkan Ibunda.. Tapi Aku Redha Dengan Kepergiannya.. Ayah Sudah Pun Berhijrah Ke Kampung.. Itulah Hajatnya Dari Dulu, Balik Ke Kampung Untuk Menjaga Nenekku Di Sana..

Sekarang Hidupku Mulai Sibuk.. Sibuk Mencari Duit, Bekerja Untuk Menghilangkan Rasa Sunyi Dan Sedih.. Kawan-Kawan Lamaku Pun Sudah Lama Tidak Aku Hubungi.. Bukan Sombong, Tapi Aku Sememangnya Sibuk.. Apa-Apa Pun, Terima Kasih Pada Kawan Blogger Semua Yang Mengambil Berat.. Aku Akan Menjengah Ke Blog Kalian Nanti..

Tadi, Sewaktu Aku Sedang Tidur Dalam Lebih Kurang Pukul 6.30 Petang, Lepas Pulang Dari Tempat Kerja Aku Dikejutkan Dengan Panggilan Seorang Kakak.. Dikenali Sebagai Kak Ros.. Menyampaikan Berita Buruk.. Katanya, Fisha(Seorang Kawan Aku) Dah Masuk Ke GH Kuantan Kerana Positive H1N1.. Lagi Katanya, Dia Cuma Ada 30% Untuk Hidup Dan Sekarang Berada Di ICU Untuk Rawatan Selanjutnya.. Hati Aku Mulai Tak Tenang Sejak Mendapat Berita Ini.. Jadi Pada Kawan Semua, Pastikan Korang Jaga Kesihatan Elok-Elok Kerana Setahu Aku Sudah Banyak Kematian Yang Disebabkan Influenza A H1N1 Ni.. Di Hospital Aku Sendiri Sudah Lebih 30 Orang Yang Disyaki Menghidap H1N1.. Ya Allah, Semoga Fisha Sembuh...

Lastly, Takziah Dan Al-Fatihah Buat Ustaz Asri Dan Yasmin Ahmad.. Semoga Roh Mereka Ditempatkan Dikalangan Yang Soleh Dan Solehah... Sekian..

Jaga Kesihatan Elok-Elok Ya Semua.. Aku Akan Kembali Lagi Untuk Mengupdate Blog Sekiranya Ada Kelapangan... Amin..