Perhatian Kepada Pendatang!!

Terima Kasih Kerana Sudi Menyinggah.. Segala Komen Dari Kalian Amat Dialu-alukan.. Maaf Jika Terdapat Kasar Bahasa Atau Tersalah Kata.. Diri Ini Hanyalah Hamba Allah Yang Lemah.. Sekian..

Saat Hilang Cintamu... (Episod 3)

Saat Hilang Cintamu...
(Episod 3)

Didalam Perjalanan Mereka Ke Arah Motosikal Mereka Itu, Tiba-Tiba Mereka Dikejutkan Dengan Jeritan Oleh Seorang Wanita Yang Meminta Tolong..


"Eh Amir, Kau Ada Dengar Tak Jeritan Itu?" Tanya Shahrul.

"Aku Dengarlah.. Aku Belum Pekak Lagi.. Masakan Aku Tidak Mendengar Jeritan Yang Kuat Itu.. Rasanya Ada Wanita Yang Perlukan Pertolongan Kita.." Balas Amir.

"Yalah.. Aku Pun Rasa Begitu.. Jom Segera Pergi Menolongnya.." Kata Shahrul Lagi.

Selepas Itu Mereka Bergegas Pergi Ke Arah Jeritan Itu Tadi.. Kedengaran Lagi Suara Jeritan Itu Datang Daripada Lorong Belakang Restoran Abang Karim.. Sesampainya Mereka Berdua Di Situ, Dia Melihat Seorang Wanita Berumur Lingkungan Remaja Sedang 'Diratah' Oleh Sekumpulan Lelaki.. Shahrul Merasa Pelik Kerana Tidak Lama Selepas Mereka Menutup Resoran, Tiba-Tiba Boleh Ada Kumpulan Yang Sedang Membuat Dosa Sebegitu Walhal Tadi Tiada Sebarang Bunyi Pun Kedengaran Semasa Mereka Sedang Mengemas Restoran.. Barangkali Wanita Itu Berlari Dan Dikejar Oleh Kumpulan Itu Sampai Ke Sini..

Tanpa Rasa Takut, Shahrul Pun Bergegas Pergi Ke Arah Kumpulan Itu Dan Melayangkan Sebuku Penumbuk Sulung Ke Arah Salah Seorang Lelaki Yang Sedang Kusyuk Menjamah Nafsunya Terhadap Wanita Itu.. Tersentak Dan Terduduk Akibat Terkena Penangan Shahrul Itu, Mereka Pun Mengerumuni Shahrul.. Masing-Masing Dengan Muka Yang Tidak Berpuas Hati..

"Apa Kau Orang Buat Dengan Perempuan Ini?Apa Dosa Dia Sampai Kamu Semua Perlakukan Dia Sebegitu? Kamu Semua Tiada Otakkah??" Tengking Shahrul.

"Hei, Apa Kami Nak Buat, Apa Yang Kami Nak Lakukan Pada Perempuan Itu Tidak Ada Kena Mengena Dengan Kau Langsunglah.. Lebih Baik Kau Pergi Daripada Sini Atau Kau Kami Kerjakan Secukup-Cukupnya.." Balas Salah Seorang Daripada Mereka.

"Oh, Tiada Kena Mengena Ya? Kau Orang Ingat Aku Akan Biarkan Kamu Semua Perlakukan Perempuan Ini Semacam Itu? Tidak Sekali.. Lebih Baik Kamu Semua Pergi Dari Sini Atau Aku Akan Berikan Pengajaran Secukupnya Sehingga Nanti Kamu Semua Makan Pakai Straw!!" Kata Shahrul.

"Kurang Ajar.." Kata Mereka. Lantas Oleh Kerana Hilang Sabar, Mereka Menyerbu Ke Arah Shahrul Dan Hendak Membelasahnya. Tetapi Pantas Dielak Oleh Shahrul. Shahrul Pun Mula Berikan Tentangan Hebat Kepada Mereka.. Dia Dahulunya Pernah Belajar Seni Pertahankan Diri Semasa Kecil, Jadi Ilmu Itu Dapat Digunakannya Sekarang. Seorang-Seorang Tumbang Dikerjakan Oleh Shahrul. Akibat Ketakutan, Mereka Pun berlari Bertempiaran Dan Terus Hilang Dari Pandangan Mata Shahrul.

Shahrul Pun Segera Melihat Keadaan Wanita Tersebut. Kiranya Wanita itu Telah Pengsan Akibat Dipukul Oleh Kumpulan Lelaki Itu.. Banyak Darah yang Mengalir Dari Hidung Dan Juga Kepalanya.. Shahrul Segera Menyarungkan Baju Jaketnya Kepada Wanita itu Tadi. Selang Beberapa Ketika, Amir Datang..

"Shah, Aku Dah Telefon Ambulans. Sekejap Lagi Mereka Sampai. Eh, Inikah Wanita Yang Menjerit Itu?? Cantiknya..." Kata Amir.

"Sudah Sudah.. Jangan Nak Menggatal. Aku Letihlah. Aku Nak Papah Wanita Ini Ke Depan Restoran Agar Senang Ambulans Itu Mengesan Kita Nanti.. Kau Tolong Aku.." Kata Shahrul.

"Yalah, Aku Bergurau Saja.. Marilah Lekas.." Ujar Amir Seraya Menolong Shahrul Mengangkat Wanita Tadi Ke Belakang Shahrul.

Digendongnya Wanita Tadi Sampai Ke Hadapan Restoran Dan Mendudukkannya Di Atas Kerusi.. Kelihatannya Wanita Itu Masih Tidak Sedarkan Diri.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Tidak Lama Selepas Itu, Ambulans Pun Datang.. Selepas Menerangkan Apa Yang Berlaku, Mereka Pun Membantu Para Petugas Ambulans untuk Memapah Wanita itu Naik. Shahrul Tidak Mengikut Ambulans Itu Kerana Keletihan Katanya.. Sebaliknya Amir yang Menaiki Ambulans Itu.. Shahrul Pula Pulang Ke Rumah..


====To Be Continued====


PA
: Episod 3 Tamat.. Akan Bersambung Lagi.. Bagi Yang Tidak Tahu Mengenai Karangan Ku Ini, Boleh Klik Di Sini.. NOVEL.. Perah Otak.. Idea-Idea..Hi5 Comment Emoticons Onion head 3

Dikarang Oleh Pujangga Asmara Pada 20.01.2009

5 Kata-Kata Puitis:

elL berkata...

waah.
ada novel rupanya PA ni..
keep writing k.
sy akan bc.
=))

kuIna Jentayutiara berkata...

aya...sambung lepas iklan ke berita nie...

Pujangga Asmara berkata...

Sesaje jer menaip tgh boring2 ni.. huhu..

~PakKaramu~ berkata...

Kunjungan dari Pak Karamu

~d!b@~ berkata...

rajin!