Perhatian Kepada Pendatang!!

Terima Kasih Kerana Sudi Menyinggah.. Segala Komen Dari Kalian Amat Dialu-alukan.. Maaf Jika Terdapat Kasar Bahasa Atau Tersalah Kata.. Diri Ini Hanyalah Hamba Allah Yang Lemah.. Sekian..

Saat Hilang Cintamu... (Episod 4)

Saat Hilang Cintamu...
(Episod 4)

Di Keesokan Paginya, Iaitu Hari Sabtu Shahrul Bangun Agak Lewat Kerana Mengikut Giliran, Dia Bercuti Pada Hari Tersebut. Selesai Dari Solat Subuhnya Pagi Tadi, Dia Terus Tertidur Kerana Keletihan Dengan Kejadian Semalam. Ya. Kejadian Yang Menimpa Wanita Tersebut Membuatkan Dia Berasa Penat. Jam Diatas Mejanya Sudah Menunjukkan Pukul 10.22 Pagi. Shahrul Bingkas Bangun Dan Masuk Ke Bilik Air. Selesai Mandi Dia Pun Menyarung Kain Pelekat, Mengenakan Baju T-Shirt Dan Melangkahkan Kaki Turun Ke Bawah. Dia Turun Sampai Ke Anak Tangga Yang Terakhir Dan Sesampainya Disitu, Dia Melihat Amir Sedang Tidur Nyenyak Diatas Sofa. Lalu Shahrul Pun Menepuk-Nepuk Pipi Amir Untuk Membangunkannya.. Pap!! Sedas Di Pipi Amir Membuatkan Dia Terus Terjaga.

"Aik Bang. Letih Nampak. Sampai Pukul Berapa Kau Teman Perempuan Tu? Kau Balik Tadi Naik Apa?" Tanya Shahrul Sejurus Melihat Amir Menggeliat.

"Hoi, Sakitlah. Tampar Macam Apa Entah. Aku Balik Dalam Pukul 2.30 Pagi Kot. Aku Temankan Najihah Sampai Ibu Bapa Dia Datang. Lepas Diorang Datang Aku Cabutlah Naik Teksi. Bas Mana Ada Pagi-Pagi. Disebabkan Mengantuk Sangat, Aku Tidur Atas Sofa Ni." Jawab Amir.

"Ni Siapa Pulak Najihah Ni? Perempuan Mana Pulak Kau Cakapkan Ni?" Tanya Shahrul.

"Najihah Tu, Nama Awek Yang Kau Selamatkan Semalamlah. Aku Tengok Pada Kad Pengenalannya Masa Registerkan Dia.

"Ohh.. Kau Nak Sarapan Tak? Jom Keluar Makan.. Aku Belanja.. Tapi Cepat Siap. Offer Ni Akan Tamat Dalam Masa 3 Saat!" Kata Shahrul Ingin Mengenakan Amir Yang Sedang Mamai.

"Kau Nak Belanja? Kau Bagi Aku 5 Minit. Aku Siap.. Rezeki Jangan Ditolak. Bahaya Jangan Dicari. Aku Kalau Orang Nak Belanja Ni Memang Terima Sahaja Dengan Hati Terbuka.." Jawab Amir Seraya Tergelak.

"Tumpang Lalu? Nanti Aku Lambat Offer Tamat Pulak. Kau Tu, Nak Pergi Pakai Kain Pelekat Ke?" Amir Sempat Membahan Shahrul Yang Sedang Berdiri Disebelahnya.

"Ish Dia Ni. Pergi Jelah Mandi. Aku Nak Salin Pakaian Dahulu." Pintas Shahrul.

Dalam 10 Minit Kemudian, Shahrul Pun Turun. Dilihatnya Amir Sudahpun Berada Di Bawah Menghisap Rokok.

"Lambatlah Kau Ni. Bersolek Ke Apa?" Herdik Amir.

"Kau Nak Cepat-Cepat Nak Buat Apa? Tunggu Sajalah. Pergi Makan Di Kedai Abang Karim Sajalah. Mahu Tak?" Tanya Shahrul.

"Emm.. Bolehlah.. Bagus Juga. Dapat Kita Ceritakan Kejadian Semalam Kepadanya. Sekaligus Mengambil Motosikal Aku Yang Ditinggalkan Di Sana Semalam. Harap-Harap Budak Lelaki Yang Kau Kau Belasah Semalam Tak Buat Apa-Apa Pada Motosikal Aku. Itu Sajelah Harta Pusaka Aku." Rintih Amir Cemas.

"Dah Dah. Jom Pergi. Jangan Fikir Bukan-Bukan." Desak Shahrul Supaya Amir Mempercepatkan Langkahnya.

Di Atas Motosikal, Amir Menceritakan Segala Yang Berlaku Selepas Mereka Berpisah Apabila Dia Menaiki Ambulan Untuk Menemani Najihah. Dari Waktu Dia Didalam Ambulans Sampailah Ke Waktu Najihah Membukakan Matanya. Mengikutnya, Najihah Adalah Pendiam. Tidak Langsung Bertegur Sapa Dengannya Apabila Dia Menegur. Mungkin Kerana Masih Trauma Dengan Apa Yang Terjadi Padanya. Sesampainya Ibu Dan Bapa Najihah, Dia Menerangkan Apa Yang Terjadi Dan Terus Balik Ke Rumah. Selebihnya, Sehinggalah Dia Bangun Dikejutkan Shahrul. Shahrul Hanya Mendengar Dengan Tenang...

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Sampai Saja Di Restoran Abang Karim, Amir Pun Memberitahu Apa Yang Telah Terjadi Semalam. Abang Karim Kelihatan Agak Geram. Mukanya Naik Merah Mendengar Cerita Yang Dikeluarkan Oleh Amir. Shahrul Hanya Duduk Di Meja Sambil Membaca Surat Khabar. Air Minuman Sudah Lama Dibuatnya. Dia Lebih Suka Pergi Ke Dapur Tempat Dia Bekerja Untuk Membuat Sendiri Makan Minumnya. Dia Kelihatan Tidak Berminat Dengan Apa Yang Berlaku.
Sedang Dia Asyik Membelek Surat Khabar, Dia Didatangi Oleh Amir.

"Shah, Marah Sungguh Abang Karim Bila Tahu Ada Budak-Budak Buat Hal Dekat Dengan Restorannya. Tengok Sajalah Mukanya Itu. Merah Padam Kerana Marah." Kata Amir Dengan Nada Perlahan Takut Didengar Oleh Majikannya Itu.

"Biarlah Amir. Janji Kita Sudah Beritahu Apa Yang Patut Sudahlah." Jawab Shahrul Selamba.

""Eh, Kita Pergi Melawat Najihah Sebentar Lagi Mahu Tidak? Aku Rasa Elok Juga Dia Bertemu Dengan Jejaka Yang Telah Menyelamatkannya. Tak Begitu?"Ajak Amir Dengan Sambil Tersenyum.

"Malaslah Aku. Kau Nak Pergi, Pergilah Seorang. Aku Nak Berehat Saja Hari Ini."Balas Shahrul Menolak.

"Ala Kau Ni Shah. Besok Pun Cuti Lagi. Janganlah Pemalas Sangat. Lepas Makan Kita Pergi Ya!" Desak Amir.

"Ish, Yalah Yalah."Jawab Shahrul Dengan Nada Terpaksa.

Nasib Baiklah Motor Yang Ditinggalkannya Malam Tadi Tidak Apa-Apa. Dia Yang Sejak Dari Rumah Bimbang Jika Motosikalnya Diusik Oleh Geng-Geng Lelaki Semalam Berasa Lega Kerana Motosikal Kesayangannya Itu Tidak Dipengapa-Apakan. Selesai Saja Sarapan, Mereka Pun Berangkat Menuju Ke Hospital Dimana Wanita Yang Ditolong Mereka Semalam Berada.

====To Be Continued====


PA : Selesai Sudah Chapter 4.. Bersambung Lagi..

Happy Birthday To U

Bismillah,

Pagi Ini Hujan Yang Teramat Lebat.. Starting Dari 5.30 Pagi.. Kenapa Pengarang Boleh Tahu? Tingkap Bilik Terbuka, Jadi Bila Hujan Lebat Turun, Habis Disembur Ke Pengarang.. Kakaka.. Abeh Basah Tadi.. Tu Nasib Baik Terjaga.. Pengarang Ingatkan Abang Pengarang yang Ayah Pengarang yang Kejutkan Pengarang Untuk Bangun, Sebab Pengarang Bila Tido, Tido Mati Yer. Tapi Rupa-Rupanya Hujan Yang Kejutkan..


Al-Kisah, Masa Nak Datang Kerja Pagi Tadi Basah Kuyup Redah Hujan Pulak, Pengarang Terserempak Dengan Dua Kemalangan. Satu Kereta Dan Satu Motor. Pengarang Pun Ada Tolong Mereka Ni Tolong Tengok.. Tapi Taklah Teruk. Mungkin Sebab Hujan Tu Menyebabkan Mereka Ni Kemalangan..

But, That's Not The Point Speaking Londonlah Pulak Kau Ni, Entry Kali Ini Untuk Mengucapkan Selamat Hari Jadi Kepada Seorang 'Kawan Baik' Pengarang Yang Bernama..... Aisha. Semoga Panjang Umur Dan Dimurahkan Rezeki. Kerja Rajin-Rajin. Nanti Boleh Belanja Makan Eh, Tak Malu Betul.. Kakaka.. Semalam Pengarang Ada SMS Kata-Kata Carutan Indah Pada Dia Dan Directly Terus Dia Call.. Hehe..

Sudah Berjanji Padanya Untuk Belikan Kek Serta Hadiah Dia Paksa.. Haihhh... Kek, Yang Mana Sesuai? Lihat Gambar Dibawah :

VS

(Gambar Google Saja.. Kakaka)

Hadiah Apalah Nak Dibagi Ni.. Ada Suggestion Apa-Apa Tak? Hehehe.. Sebab Hari Sabtu Ni Baru Nak Sambut, Kerana Dia Sekarang Ada Diluar Negeri(Luar Dari Selangor)Study. Sabtu Ni Dia Nak Balik Untuk Celebrate Bersama Pengarang.. Hihi.. So, Sempat Lagi Mencari Hadiah.. Kakaka..

PA : Apa-Apa Pun, Pagi Yang Gelap, Kini Sudah Terang.. Yeah.. Hujan Semakin Berhenti.. Sejuknya.. Ya.. Saya Peminat Band Hujan.. Kakaka.. Sokonglah Barangan Band Buatan Malaysia.. Selamat Meneruskan Hari Anda.. Hiksss..

Award Dari Cik Dazz

Bismillah,

Yeah.. Pengarang Dapat Award.. Yea Yeah... Kakaka.. Award Ni Datang Dari Cik Dazz Tapi Rasanya Penulis Dari GoodGirlBadBlog.Blogspot.Com Tuan Empunya Yang Asal.
Apa-Apa Pun, Terima Kasih Diucapkan Pada Dazz Sebab Ingat Pada Pengarang Ni.. Hiksss..


1. The Winner Can Put The Logo On His/Her Awesome Blog.
2. Link The Person You Received Your Award From.
3. Nominate At Least 7 Other Blogs.
4. Put Links Of Those Blogs On Yours.
5. Leave A Message On The Blogs Of Those You've Nominated!

So, Kepada Yang Masih Belum Ada Menerima Award Ini, Dinasihati Untuk Ambil Yer..Ugut Nih. Jangan Segan Silu.. Heee..

PA : Lawa Award Dia.. Pink Gitu..

Cikgu Nurul Ain

Bismillah,

Semenjak Tiga Menjak Ini, Pengarang Asyik Teringatkan Peristiwa Masa Silam, Iaitu Semasa Umur Belasan Tahun.(Sekarang Dah Puluhan) Banyak Peristiwa Yang Terjadi Pada Pengarang Antaranya Kemalangan Masa Form 5(Tingkatan 5). Teruk Jugak Tapi Nasib Baik Tak Ada Yang Patah.

Semasa Di Sekolah Dulu, Pengarang Sering Menjadi Tumpuan Oleh Cikgu-Cikgu Kelas, Terutamanya Cikgu Matematik. Entahlah, Tak Tahu Apa Yang Dia Tertarik Sangat Dengan Pengarang, Tapi Setiap Kali Dia Masuk Kelas Untuk Mengajar, Bila Tiba Je Time Soalan, Pengarang Mesti Kena Dengan Dia.. Confirm.. Bukan Nak Megah Tapi.. Tak Suka Ar Cikgu!!! (Member-Member Kelas Semua Cop Pengarang Murid Kesayangan Cikgu.. Kakakaka) Jeles Ar Tuh..

Memang Malu Pun Ada Sampaikan Rasa Nak Menyorok Je Belakang Member Bila Tiba Time Soalan. Hahaha.. Tapi Nyorok Macammana Pun Tetap Kena Jugak.. Dah Nasib Kaulah Labu..
Apa-Apapun, Pengarang Mengucapkan Berbanyak Terima Kasih Pada Kesemua Cikgu Yang Mengajar Pengarang Dahulu. Sehingga Berjaya Hidup Sekarang Ni, Semua Atas Jasa Cikgu..

Sedih Sangat Bila Tengok Ada Anak Murid Zaman Sekarang Yang Tak Reti Langsung Nak Hormat Cikgu. Kecik Lagi Dah Berani Tendang Cikgu, Siap Bawak Geng Semua.. Apa Nak Jadilah Dengan Dunia Sekarang Ni..

PA : Cikgu Math, Yang Namanya Cikgu Nurul Ain(Macam Nama Erra Fazira Dalam Cerita Mertua VS Menantu).. Masa Kat Kelas Dulu Selalu Sebut-Sebut Nama Pengarang, Tapi Masa Jumpa Waktu Pengarang Ambil Sijil SPM Dulu, Usahkan Sebut, Tegur Pun Tak.. Dah Lupa Kot Kat Pengarang.. Kakaka..

Rindu Pada Kampung

Bismillah,

Sebenarnya Ini Tag Yang Pengarang Terima Daripada PakCikDot. Terima Kasih Kerana Masih Ingat Pada Pengarang. Walaupun Setahu Pengarang Masih Ada Tag Dari PakCik Yang Pengarang Belum Jawab Lagi.. Heeee.. Tak Ada Masa.. Hari Ni Ada Free Sikit, Tu Yang Jawab Tu.. Soalannya Seperti Berikut :

(Upload Picture Yang Anda Gemari Dan Jawab Soalan Dibawah)



Kenapa Anda Suka Gambar Ini?

Ya.. Pengarang Amat Sukakan Gambar Ini.. Tajuknya, Perumahan Kampung.. Sangat Indah Dan Cantik(Gambar FlickR, Tak Tau Sape Punya.. Pinjam Ye)
. Sukakan Gambar Ini Sebab Pengarang Terlalu-Lalu Merindukan Kampung Pengarang, Nenek, Makcik Dan Saudara-Mara Serta Suasana Kampung Yang Sunyi, Aman, Cantik, Sejuk, Banyak Nyamuk Dan Macam-Macam Lagilah.. Rindunya....

Bila Kali Terakhir Makan Pizza?

Agaknya Adalah Dalam Dua Bulan Lepas.. Pengarang Jarang Makan Pizza.. Tak Kenyang.. Kakakaka..


Lagu Terakhir Yang Anda Dengar?


Betul Nak Tahu Ni?? Jangan Menyesal.. Hahaha.. Pengarang Last Dengar Lagu Dari Band OAG. Lagu Pertama yang Berjaya Membawa Nama Mereka Naik --> Slumber (Klik Kat Lagu Kalau Nak Download).. Wah.. Promot Lagu Pulak Tu.. Kakakaka..


Apa Yang Anda Buat Selain Selesaikan Tag Ini?


Hmmm.. Tengah Buat Apa Yer.. Duduk Tersipu-Sipu Ajer.. Hiksss.. Tak Buat Apa Pun.. Heee...

Selain Nama Sendiri Anda Suka Dipanggil Dengan Panggilan Apa?

Hmmm... Nama Muhammad Atau Shahrul.. Tak Tahu Kenapa, Tapi Minat Dua Nama Ni.. Nama Asal(Sebenar) Pengarang Tiada Muhammad Dan Berhampiran Dengan Nama Shahrul.. Hihi.. Nama Sebenar Pengarang?? Tekalah Sendiri.. Kakakaka..

Tag Lagi 5 Orang *Soalan Seterusnya Ada Kaitan Dengan Org Yang Anda Tag!

Tak Ada Sesiapa Kot.. Maaf.. Huhu.. Tapi Kalau Ada Yang Nak Buat, Silakan.. Hiksss..

PA : Rindukan Kampung... Huhu..

Award Yang Cantek..

Bismillah,

Ya.. Pengarang Berhasil Mendapatkan Award Dari Seseorang Bernama Cik Kak Rerama.. Ehehe.. Suka Dia Panggil Pengarang Sebagai Enchek Abang PA.. Hahaha.. Tak Tahu Kenapa..


Tengoklah Tu Posing Dia.. Posing Maut.. Ahahaha.. Apa-Apa Pun Mekasih Diucapkan..


PA : Dah Lama Rasanya Tak Dapat Award.. Mekasih Yann... Hiksss...

Encik Lee Pas Yang Handsome

Bismillah,

Okeh.. Hari Ini Pengarang Nak Bercerita Pula Tentang Encik Lee Pas. Pada Orang Perempuan Mesti Geli Kan Bila Tajuk Yang Pengarang Letak Adalah Lipas?? Itu Fasal Pengarang Bubuh Tajuk Entry Encik Lee Pas Yang Handsome.. Hehehe..

Cerita Ini Berkisar Mengenai Lipas Yang Berada Di Dalam Rumah Pengarang. Kadang-Kadang Pengarang Juga Pelik, Lepas Dah Dibunuh, Mesti Datang Pulak Lipas Yang Lain. Mesti Kes Balas Dendam Nih. Hmm.. Mungkin Sebab Pengarang Dah Terbunuh Abang Atau Ahli Keluarga Serta Sepupu Sepapat Dia Dengan Ridsect.

Pernah Dua Tiga Kali, Semasa Pengarang Sedang Sedap Tidur, Tiba-Tiba Diganggu Oleh Makhluk Allah Yang Kecil Ini. Tengah Sedap Mimpikan Sesuatu, Terasa Seperti Ada Rasa Berduri-Duri Di Lengan Yang Membuatkan Pengarang Rasa Tak Selesa. Rupa-Rupanya Dia Tengah Duduk Bertenggek Dekat Lengan Pengarang.. Duduk Diam-Diam Sudahlah, Ni Tergesel-Gesel Tangan Dia Yang Berduri Tu Dekat Lengan Orang. Karate Kang Baru Tahu..(Lepas Tu Pengarang Tepis Terus Hilang Dia Ntah Ke Mana)

Ada Juga Pernah Berlaku Sekali Tragedi Di Mana Pengarang Kena Ambush Dengan Lipas Ni(Masa Zaman Sekolah Dulu). Masa Tu Pengarang Baru Terbangun Dari Tido. Itupun Sebab Pengarang Ada Terdengar Bunyi Bising. Tiba-Tiba Saje Dia(Lipas) Terbang Ke Depan Muka Pengarang. Apa Lagi, Pengarang Yang Tengah Mamai Tadi Pun Terkejut Lalu Mengelak Dan Melompat Dari Atas Katil. Nasib Baiklah Sedar Masa Tu. (Kalau Pengarang Tengah Menguap Tak Tutup Mulut, Memang Confirm Telan Lipas Tu) Hahaha.. Trauma Sampai Sekarang. Ish Ish Ish, Kalau Masuk Dalam Mulut Tak Tahulah Apa Jadi. Bahaya Betullah Lipas Zaman Sekarang Nih.. (Disebabkan Ini, Pengarang Tak Tidur Dalam Bilik Tu Selama Seminggu Sebab Takut Lipas Ni Bersembunyi Bawah Katil.. Haha..)

PA : Pastikan Rumah Anda Bersih Yer. Sebab Kalau Tak, Toksah Kata Lipas, Semut/Anai-Anai/Tenuk Pon Boleh Datang.. Hahaha.. Amaran Oleh Pujangga Asmara.. Bukan Pihak Kerajaan Yer.. Ahakss..

Rumah Berhantu...

Bismillah,

Di Keheningan Malam.. Termenung Ku Berseorang.. Tak Lena Mata Dipejam(Eceh, Lagu Bila Rindulah Pulak.. Heee) Ya!! Di Malam Yang Sunyi Ini Kita Bercerita Tentang Cerita Hantu Pulak.. Start Over Balik.. Dikala Bulan Mengambang.. Hahaha.. Tipu Ajer.. Topik Yang Dibuat Semata-Mata Menarik Perhatian.. (Kalo Orang Takut Cerita Hantu Tak Masuk Kot.. Huhu)

Cerita Hari Ini Berkisar Mengenai Penduduk Di Rumah Pangsa Tempat Abang Sulung Pengarang Yang Tinggal Bersama Isteri Dan Anak-Anaknya(Padahal Seorang Anak Je, Perempuan). Ya, Kadang-Kadang Pengarang Pelik Bila Datang Bertandang Ke Rumah Abang Pengarang. Apabila Siang Pengarang Datang Singgah, Rumah Tertutup Bersama Tingkap. Tak Satu Rumah Pun Yang Terbuka. Manakala Waktu Malam Pula, Semua Lampu Rumah Menyala Tapi Tak Dengar Suara Walau Sikit Pun.

Kadangkala Berada Di Sana, Membuatkan Pengarang Rasa Seram Sejuk. Paling Kuat Pun Dapat Dengar Azan. Itu Aje. Bila Ditanya Pada Abang Pengarang, Katanya "Orang Kat Sini Kurang Bergaullah Dik. Dah Lebih Setahun Yop(Ya, Dia Bahaskan Dirinya Sebagai Yop) Tinggal Sini, Orang Sebelah Rumah Pun Jarang Menegur. Kalau Kita Tegur, Itu Jelah. Nak Harap Dia Tegur Balik, Entah Bila. Apatah Lagi Bila Bagi Juadah Macam Kuih Ke, Bihun Ke, Mee Goreng Ke. Nak Diharapkan Diorang Pulang Balik Dulang/Bekas Memang Susah.. Nak Minta Sendiri Macam Kurang Sopanlah Pulak."

Bila Pengarang Dengar Macam Tu, Timbul Rasa Pelik. Kenapa Penduduk Di Sini Sebegitu Rupa Perangai Mereka. Mungkin Pendapat Korang Mereka Ini Sibuk. (Ya, Sibuk.. Tapi Takkan Sampai Setahun Sibuknya) Dan Rasanya, Lebih Elok Bergaul Mesra Sesama Jiran Dan Bukan Duduk Terperuk Dalam Rumah. Agaknya, Nama Jiran Sebelah Rumah Abang Pengarang Pun, Abang Pengarang Tu Tak Tahu Atau Lupa..

Well, Internet Di Rumah Pengarang Dah Beroperasi Seperti Sedia Kala.. Alhamdulillah.. (Yeay, Boleh Online Hari-Hari!!)

PA : Kenalilah Jiran Sebelah Menyebelah Anda. Sambil Mengeratkan Silaturrahim Sambil Membuat Kenalan.. Macam Kita Ini, Blogger. Rajin Berkunjung Ke Blog Lain Dapat Mengeratkan Silaturrahim Sesama Kita.. Hiksss..

Kemalangan Kereta..

Bismillah,

Huh.. Lega Rasanya Sekarang Ni.. Sedang Dalam Proses Memberhentikan Diri Daripada Syarikat Yang Sekarang Ini.. Dalam Sibuk-Sibuk Bekerja Sekarang Ini Pun Pengarang Sempat Pergi Interview Merata Tempat. Dan, Pengarang Sudah Mendapat Kerja Yang Baru.. Gaji Dan Kerja Boleh Tahan. Alhamdulillah.. (TAPI!!)

Dua Hari Ni, Berturut-Turut Jalan Yang Pengarang Selalu Gunakan Ada Kemalangan.. Dan Kedua-Duanya Adalah Kereta. Yang Peliknya, Kenderaan Itu Remuk Sekalipun Bukan Ada Sesiapa Yang Menolong. Kebanyakan Yang Tolong Pun Adalah Tolong Tengok. Inilah Tabiat Orang Malaysia. Membuatkan Traffic Jam Ajer.

Pernah Sekali Terjadi. Pengarang Hendak Balik Kerja Dahulu Di Office Lama(Masa Tengah Malam About 12.00am). Ketika Itu Kenderaan yang Pengarang Gunakan Rosak. Jadi Pengarang Pun Panggil Abang Pengarang Datang Untuk Menunda. Dalam Lebih Kurang 30 Minit, Dia Pun Sampai Bersama Kawannya. Tak Tahulah Nak Katakan Nasib Atau Apa, Tapi Pengarang Dan Abang Pengarang Dapat Melihat Sendiri Kemalangan Di Depan Mata. Diantara Kelisa Bertembung Dengan Mazda(RX-8). Sang Kelisa Melompat Dan Bergolek Seperti Besi Buruk Manakala Mazda Pula Remuk Di Bahagian Buntutnya. Amatlah Kesian Bila Pemandu Kelisa Itu Adalah Perempuan. Dia Dimaki Oleh Pemandu Mazda, Chinese.

Jikalau Nak Diikutkan Bukan Kesalahan Pemandu Kelisa, Tetapi Pemandu Mazda. Dia Yang Bersalah Kerana Tiba-Tiba Masuk Ke Junction Dan Tanpa Segan Silu(Tak Bagi Signal) Terus Masuk Dan Kelisa Yang Berada Rapat Di Belakangnya Pun Mengelak Dan Melanggar Bontot Kereta Mazda ItuMembuatkan Kereta Itu Terbabas Dan Terbang Tinggi. Pengarang Dan Abang Pengarang Ada Pergi Menolong Perempuan Itu Dan Kesian Apabila Dia Keseorangan Dan Tiada Kawan Yang Dapat Membantunya.

Kami Yang Berada Di Situ Pun Menelefon Ambulans Dan Polis. Banyak Darah Yang Keluar Daripada Bahagian Kepala Wanita Tersebut. Kereta? Habis Remuk. Dah Tak Serupa Kereta Lagi. Bonet Tertanggal. Tayar Tercabut. Boleh Katakan 30% Saja Yang Masih Elok. Alhamdulillah Dalam Pada Dia Kemalangan Itu, Ada Juga Manusia Lain Selain Kami Yang Datang Menolong. Chinese Tadi Yang Sedar Ramai Orang Melayu Menolong Pun Mengundurkan Diri. Tak Berani Kot. Silap Cakap Agaknya Memang Kena Belasah Kat Situ Jugak.. (Jangan Ingat Anda Kaya, Punya Kereta Sport Boleh Buat Apa Yang Anda Suka Ya!)

PA : Kepada Pemandu-Pemandu Sekalian, Pandu Dengan Cermat Dan Selamat. Biar Lambat Asal Sampai Ke Destinasi. Terutama Kaum Wanita. Sebab Selalunya Orang Akan Ambil Kesempatan Pada Kaum Wanita Ni. Jaga Diri Baik-Baik.. Rasanya Kami Ada Mengambil Video Kemalangan Itu. Nanti Pengarang Akan Check Dan Masukkan Jika Ada...

Pengarang Kembali Semula..

Bismillah,

Setelah Hampir Seminggu Pengarang Bercuti, Akhirnya Pengarang Kembali Semula Untuk Menyepahkan Blog Buruk Ini. Cuti 5 Hari Dari Sabtu Lepas Sehingga Ke Rabu Hari Itu Teramatlah Bosan. Duduk Rumah Tak Tahu Nak Buat Apa.

Hari Sabtu Pengarang Dan Kawan Pergi Ke Satu Majlis Perkahwinan. Sememangnya Meriah Dan Ramai Orang. Mata Sibuk Melilau Mencari Jodoh.. Hahaha.. Mencari Lokasi Membuatkan Kami Tersesat Dan Melambatkan Kami Untuk Tiba Ke Lokasi Perkahwinan Itu Dalam Kira-Kira 40 Minit. (Penunjuk Arah Pun Salah Jalan, HAMPEH!!). Masa Balik Pulak, Semua Ikut Haluan Masing-Masing Kerana Tempat Tinggal Yang Berbeza. Apa Lagi, Pengarang Pun Sesat. Memang Malu Rasanya Bila Ada Kawan Yang Mengata, "Kau Ni Duduk Je Dekat KL, Tapi Jalan KL Pun Tak Tahu!!". Pedih Betul.. (Selalu-Selalulah Keluar Berjalan!!)

Ya.. Mengenai Earth Hour Pada Sabtu Lepas, Seluruh Kawasan Kejiranan Pengarang Bergelap. Rasanya Dari Pukul 8.30 Malam Sampai 10.00 Malam (Extra 30 Minit Tuh!!) . Ada Juga Rumah Yang Pengarang Lihat Bergelap Sampai Ke Tengah Malam. (Sure Sampai Ke Pagi, Tido Ke Hape Ntah). Dan, Ada Jugak Yang Pasang Lampu, Lagu Dan TV Kuat-Kuat Channel ASTRO RIA 104!! Akademi Fantasia Lah, Ape Lagi.. (Tak Tahu Pasal Earth Hour Tu Kot)..

Dekat Rumah Pulak, Kadang-Kadang Bila Bosan, Pengarang Akan Mengemas Rumah, Mengemas Bilik, Sapu Sampah, Dan Sebagainya. Nak Online Memang Tak Dapat Jadi Terpaksa Menghabiskan Masa Dengan Buat Benda Berfaedah Macam Gitu. Sometimes Tengok TV, Dengar Lagu, Main Gitar, Termenung Adalah Kebiasaan Bagi Pengarang. (Makan, Minum, Tidur)

Untuk Dua Tiga Hari Ini Pengarang Tidak Dapat Membuat Entry Kerana Kerja Yang Melambak. Memang Standard Bila Sekembali Dari Bercuti. Kerja Setinggi Gunung. Dan Sekarang Pengarang Sedang Sibuk Dengan Interview Kerja. Sangat Terkejut Dua Hari Yang Lepas Kerana Ada Satu Syarikat Yang Menawarkan Kerja Yang Baik Dan Gajinya Dua Kali Ganda Daripada Sekarang. Maklumlah Dengan Keadaan Ekonomi Yang Tidak Seimbang Ini, Peluang Macam Ni Tak Selalu Datang. Dan Temuduga Tersebut Adalah Pada 9.30 Pagi Ini.. Pelik Bukan? (Malangnya Pengarang Tidak Dapat Menghadiri Temuduga Itu Kerana Faktor Tidak Tahu Jalan. Ya, Pengarang Adalah Seorang Yang Dungu Mengenai Jalan. Pengarang Sudah Minta Tunda Temuduga Tersebut Ke Tarikh Yang Lain.. Itupun Jika Syarikat Itu Masih Berminat Mengambil Pengarang Untuk Bekerja Di Sana.. Huwaaaa...!!)

PA : Buat Warga Malaysia Terutama Di Kuala Lumpur, Kenalilah Bandar Dan Jalanraya Di Tempat Anda..