Perhatian Kepada Pendatang!!

Terima Kasih Kerana Sudi Menyinggah.. Segala Komen Dari Kalian Amat Dialu-alukan.. Maaf Jika Terdapat Kasar Bahasa Atau Tersalah Kata.. Diri Ini Hanyalah Hamba Allah Yang Lemah.. Sekian..
Memaparkan catatan dengan label Ceritera. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ceritera. Papar semua catatan

Ego..

Bismillah,

Assalamualaikum Semua Dan Salam Satu Malaysia..

Sekarang PA ada satu soalan nak tanya koranglah.. Antara lelaki & perempuan, yang mana satu lagi ego? Hehe.. Confirm perempuan kata lelaki, lelaki kata perempuan. Tapi bagi PA sendiri PA rasa lelaki lebih ego.. Kenapa? Sebab PA lelaki.. Hehe.. Memang selalu PA anggap macam tu sampailah PA kenal dengan seorang perempuan ni.. Dia punya ego, keras kepala serupa batu besar atas kepala ada duduk.. Walaupun salah dia sekalipun, dia takkan mengalah. Kalau PA tegur pun kesalahan dia, mesti PA balik yang kena marah walahal dulu masa kenal dia cakap kalau ada apa-apa salah dia, tegur.

Okay PA admit, PA memang sukakan dia.. Tapi kadang-kadang bila teringat sikap dia memang PA sendiri pun rasa macam malas nak fikir dah. Masa dia sakit, PA temankan. Ada sekali tu dia masuk ke hospital sebab High Fever, PA temankan dia. Daripada rumah PA ke Klang sana ulang alik setiap hari sampai satu hari tu hari malaysia(bulan 9 hari tu) PA stay kat hospital tu untuk teman dia sebab PA sayangkan dia.. Masa dia menangis, dia mesti akan cari dan cerita pada PA & PA mesti ada untuk dengar segala masalah dia. Tapi sekarang, macam dah nampak perubahan pada dia. Bila dia senyap, PA akan risaukan dia dan bila PA tanya kenapa tak bagitahu keluar kemana, dia kata takkan semua nak kena bagitahu kot. Dulu PA keluar kejap pegi makan pun tak bagitahu dia, merajuknya sampai 2 hari.. Bukan apa, PA risau kot apa-apa jadi pada dia & itupun dia kata jangan risaukan dia,kakak dia ada untuk jaga dia. Padahal dia jugak yang kata kakak dia tak jaga dia pon masa kat hospital tempoh hari, datang pon time melawat je.

Kadang-kadang PA terfikir, egonya seorang wanita lebih lagi daripada lelaki.. Betul ke tak? Fikirkan sendiri.. Apa-apapun yang penting, bertolak ansur la sesama pasangan. Jangan bila time susah, time perlukan sokongan, time perlukan pertolongan barulah nak mencari pasangan kita. Memang betul kata orang tua-tua, teman ketawa senang dicari, teman menangis, kau menangis nak cari, hehe.. Terubah sikit.. Jadi PA Ubah balik pilihan PA tadi, PEREMPUAN LEBIH EGO!!


Ini Bukan Cerita Pasal Motosikal Yamaha Ego, Ego S & Sebagainya Ye.. Hehe..

10.03.2010 - Hai..

Bismillah,

Assalamualaikum Semua..

Lama Sudah Rasanya Pujangga Asmara Tak Update Blog.. Dalam 3 Bulan.. Huhu.. Agak Lama.. Sebenarnya, PA Membawa Diri.. Berehat Dari Dunia Blog Buat Seketika.. Apa Khabar Semua? Harap Sihat Sentiasa.. Ada Sesiapa Kat Sini Main Facebook Ke? Well, PA Ada Juga Main Facebook Sekejap.. Tapi PA Sudah Delete.. Tak Sanggup Rasanya Asyik Menghadap Komputer Dok Bukak Facebook Je.. Sampaikan Dah Menjadi Kebiasaan Bila PA Balik Kerja Atau PA Cuti Ataupun Free-Free, PA Mesti Akan Bukak Facebook.. Jadi Pada Yang Tak Tahu, Diulang.. PA SUDAH DELETE FACEBOOK YER.. BEGITU JUGA DENGAN MYSPACE.. Ada Apa-Apa Boleh Datang Ke Blog PA Ni Untuk Tinggalkan Pesanan..

Ya, Dalam Pada Tu Jugak, PA Melayan Semula Drama Korea.. Bertajuk Full House.. Yup, Cerita Ini Memang Lama.. Tahun 2004 Tapi Banyak Kenangan Mengenai Cerita Ini.. Bukan Saja Setakat Lagu OSTnya Yang Best-Best Belaka(Promot Sekejap), Jalan Cerita Pon Menarik.. So, Tak Rugi PA Menunggu Berjam-Jam Dan Berhari-Hari Untuk Download Full Episod Drama Itu.. Bagi Yang Pernah Tengok Cerita Ni Mesti Tahu Siapa Pelakonnya Kan? Dah Lupa? Okay, PA Kasi Tengok Gambar.. Cerita Memang Lawak Dan Sempoi.. PA Suka Tengok Gelagat Han Ji-Eun Dan Lee Young-Jae.. Macam Kucing Dengan Anjing.. Haha.. Photobucket


http://www.asianpopcorn.com/fanpages_images/Full_House-0.jpg
(Kiri: Song Hye-Kyo, Kanan: Rain)

Aha.. Lagi Satu Berita Yang PA Dengar, Akademi Fantasia 8 Akan Bermula Dengan Norman KRU Menjadi Pengetuanya. Banyak Muka Lama Dan Baru Menjadi Tenaga Pengajar.. Tirai Akademi Fantasia 8 Akan Dibuka Pada Sabtu Ini 13 Mac 2010.. So, Kita Tunggu Dan Lihat Nanti.. Hehe.. PA Takdelah Minat Sangat AF Tapi Ada Masa Terluang Tengok Jelah.. Kui3.. PhotobucketCuma Untuk AF8 Ini, Banyak Pelajar Yang Muda-Muda Belaka.. Kita Tengok Ajelah Nanti Apa Pengetua Norman Dapat Hasilkan Untuk Akademi Fantasia Kali Ni..

Sekarang Juga Banyak Berita PA Dengar Mengenai Salah Guna Blog.. Ada Yang Kena Tangkap Masuk Penjara, Masuk Paper & Macam-Macam Lagi.. So, Nasihat PA Untuk Semua Blogger Di Luar, Tak Kira Berapa Popular Pun U All, Jagalah Tata Tertib Ketika Berblog.. Jangan Sampai Menyalahi Undang-Undang Agama Dan Negara.. Jangan Sampai Dah Kena Tangkap Baru Nak Menyesal Wokey? Hehe.. =)

Sekian Dulu Ulasan PA Buat Masa Ni.. Ada Masa Lagi PA Akan Update.. Insyaallah.. Dan Untuk Semua Yang Masih Mengingati PA, Arigato Gozaimasu(Terima Kasih Banyak-Banyak).. PhotobucketAda Masa Terluang Nanti PA Sure Akan Datang Singgah Blog U All.. Cuma Sekarang PA Dah Tak Sesenang Dulu.. Jadi Harapnya Janganlah Ada Yang Mengambil Hati Atau Fikir PA Sombong Dan Sebagainya.. Tinggalkan Link Pada Shoutbox PA.. Ada Masa PA Akan Balas Kunjungan U All Balik.. Di Diharapkan Juga, Janganlah Ada Yang Spam Shoutbox Tu.. Tak Larat Nak Delete Mesej Dah.. Huhu.. Okay.. Take Care Semua.. Jaga Kesihatan Elok-Elok Yer.. Assalamualaikum..

15.11.2009 - Selamat Ulangtahun

Bismillah,

Asslamualaikum Semua, Dan Selamat Pagi.. Wah, Macam Penyampai Berita Pulak.. Hihi.. Apa Khabar Semuanya? Firstly, Nak Ucap Terima Kasih Pada Yang Singgah Jugak Ke Blog Ini, WalaupunLama Sudah Blog Tak Diupdate.. Dulu Masa Mula-Mula Buat Blog Siap Berazam, Setiap Hari Nak Kongsi Cerita, Tapi Makin Lama Jadi Sebulan Sekali.. Ehehe..Photobucket Thanks Banyak-Banyak Ye..

Terasa Macam Baru Minggu Lepas Aku Masuk Sekolah Rendah, Minggu Ni Masuk Sekolah Menengah Dan Baru Dua Hari Lepas Aku Habis SPM.. Tetapi Cepatnya Masa Berlalu.. Umurku Bakal Mencecah 20+ Pada 18.11.2009 Ini.. Hehe... Umur Itu Berapa, Biarlah Rahsia.. Hahaha.. Nak Hadiah Muleh Ke? Kui Kui Kui.. Takdelah Nak Mahal, Nak Menda Alah Ni Je..Photobucket


Tahu Ke Apa Benda Ni? Hehe.. Inilah Harmonica.. Hmmm.. Dulu Masa Sekolah Rendah Ada Juga Main Benda Ni.. Tapi Dah Hilang Lepas Pindah Rumah.. Ada Jugaklah Main Lagi Masa Sekolah Menengah, Tapi Harmonicanya Sudah Hilang.. Keh Keh Keh.. (Tak Reti Jaga Barang Ngko Nih). Tapi Aku Suka Dengan Bunyinya Yang Sedap Didengar Bila Ditiup.. Tambahan Lagi Aku Akan Melancong Pada Bulan 12 Ini.. Oh Ya.. Sebelum Itu, Aku Mahu Tanyakan Semua Kawan-Kawan Bloggerku, Diamanakah Lokasi Pelancongan Yang Sesuai Untuk Orang-Orang Muda Berehat? Hehe.. Aku Dan Kawan Tempat Sekerja Aku Ada Terfikirkan Beberapa Lokasi Seperti :

http://www.cuti.com.my/Sub/Kedah/Langkawi/langkawi_island.jpg
(Gambar Ini Bukanlah Gambar Pulau Helang Tetapi Pulau Langkawi)

Seterusnya :

(Ya Betul!! Bercuti Ke Pulau Pangkor.. P/S : Gambar Atuk Diatas Bukanlah Gambar Merempit, Tapi OTW Nak Pegi Minum Kat Kedai Kopi)

Jadi, Aku Dan Kawan-Kawanku Sedang Memikirkan PhotobucketKemanakah Kami Hendak Pergi Untuk Melancong.. Andai Kata Aku Dapat Harmonica, Bolehlah Main Kat Sana Nanti.. Hehe.. Kalau Korang Ada Idea Dekat Mana Lagi Kami Boleh Pergi, Tolong Suggestkan.. Terima Kasih.. Pertolongan Korang Amat Dialu-Alukan.. Kalau Boleh, Biarlah Tempat Yang Biasa-Biasa Saje, Bajet Rendah Dan Seronok, Santai, Boleh Merayap Dan Menenangkan Minda Dan Badan.. Hehe.. Maklumlah Malaysia Ni Pun Ada Banyak Tempat Pelancongan, Mungkin Korang Boleh Kongsikan Tempat Seronok Yang Korang Dah Pernah Pergi, Bolehlah Kami Rasakan Keseronokan Yang Sama.. Hihihi..Photobucket

Oh, Seperkara Lagi.. Tajuk Utama Untuk Entry Kali Ini.. SELAMAT ULANG TAHUN KE-58 MAK (15.11.1951).. Hari Ini Adalah Merupakan Hari Jadi Ibuku.. Setiap Tahun Kami Sekeluarga Akan Meraikannya Sekaligus Dengan Hari Jadi Aku.. Tapi Nampaknya Tidak Akan Berlaku Tahun Ini..Photobucket Jikalau Korang Perasan, Hari Jadi Aku Tidak Jauh Dari Emakku Yang Telah 'Pergi'.. Aku Sememangnya Anak Emak.. Huhu.. Jadi Hari Ini Aku Coretkan Nukilan Istimewa Ini Untuk Emakku..


Terima Kasih Emak.. Tanpamu Aku Pasti Tidak Berada Di Sini Hari Ini.. Jasamu Membesarkan Aku Tanpa Mengira Letih, Memberikan Aku Makanan Dan Kesenangan Tidak Akan Aku Lupakan Sampai Ke Akhir Hayatku.. Kau Kan Tetap Menjadi Wanita Pertama Didalam Hati Ini.. Semoga Kau Aman Di Sisi-Nya..

29.09.2009 - We Came, We Saw, We Raya!!

Bismillah,

Assalamualaikum Kepada Semua Blogger.. PhotobucketTerlebih Dahulu Pujangga Asmara Ingin Mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin(Walaupun Raya Dah Lebih Seminggu).. Sudah Lebih Sebulan PA Tak Update Blog Ni.. Sawang, Sampah, Debu Semua Pun Ada.. Maklumlah, Sekarang PA Sudah Busy.. Kerja Sekarang Tak Sama Macam Dulu Yang Asyik Menghadap Komputer..
Apa Khabar Semua? Harap Semua Sehat Disamping Keluarga Dan Orang Yang Tersayang.. Photobucket Puasa Sudahpun Selesai.. Ada Segelintir Yang Menyambung Dengan Puasa 6 Takpon Puasa Ganti.. Orang Perempuan Takpe, Tapi Kalau Lelaki Tu, Hehehe.. heheSekarang Banyak Orang Yang Buat Rumah Terbuka.. Seperti PA Sendiri, Pada Hari Jumaat Dan Ahad Yang Lepas, Kami Pergi Beraya Ke Rumah Kawan-Kawan Masa Zaman Sekolah Menengah Dulu.. Kira Reunion Dan Beraya Sekali.. Hari Jumaat Beraya Rumah Kawan Dan Hari Ahad Pulak Pergi Beraya Ke Rumah Guru Tingkatan Masa Sekolah Dahulu.. Memang Best Jumpa Semula Dengan Kawan-Kawan Lama.. Banyak Perubahan Yang Berlaku Pada Kami Lepas Bertahun Berpisah Masa Akhir Sekolah Dahulu.. Cikgu Pun Terkejut Dengan Perubahan PA Yang Dahulunya Masa Zaman Sekolah Agak Pendiam Dan Mempunyai Susuk Tubuh Agak Berisi Tapi Kini Sebaliknya.. Kawan-Kawan Pun Terkejut Sama.. Photobucket

Fisya Telah Meninggal Dunia Pada 19.08.2009 Tak Lama Lepas PA Dapat Berita Dia Dimasukkan Ke ICU.. Meninggal Akibat Penyakit H1N1.. Kasihan Pada Keluarga Arwah Dan Juga Tunangnya.. Sebab Arwah Dan Tunangnya Baru Sahaja Bertunang.. Takziah.. Redha Sajalah Dengan Takdir Ilahi.. Allah Lebih Menyayanginya..

Raya Kali Ini Disambut Dengan Ayah Di Kampung Lepas Mak Dah Tiada.. 20.09.2009(Ahad) Yakni Hari Raya, Bangun Pagi Itu Sebelum Pergi Sembahyang Raya, PA Bangun Secepat Mungkin Untuk Makan Nasi Himpit Dan Kuah Kacang.. Hihi.. Bukan Selalu Makan Makanan Faveret PA Ni.. Kat KL Susah Nak Dapat.. Lagipun Selalunya Bila Raya Je Orang Buat Nasi Himpit Dengan Kuah Kacang Ni.. Benda Lain PA Tak Sentuh Time Raya, Benda Ni Jela Dok Makan.. Photobucket Apa-Apa Pun, Sila Kawal Pemakan Kalau Tidak Berat Naik Balik.. Hua Hua Hua..

P/S : Ada Sesiapa Nak Bagi Duit Raya Tak? Photobucket Hehehe.. Nak RM886...


By The Way, Ini Ada Kad Raya Or Should We Say Sampul Raya Yang Diberi PakcikDot.. Duitnyer Mana Pakcik?? Sampul Aje.. Ceh.. Hehe, Mekasih..



SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN~

13.08.2009 Kembalinya Pujangga Asmara

Bismillah,

http://img159.imageshack.us/img159/3918/diaryfm7.jpg

~Diari Ku~

Assalamualaikum Buat Semua Teman Blogger.. Lama Sudah Rasanya Daku Tak Mengupdatekan Blog A.K.A Diari Burukku Ini.. Luka Pemergian Bonda Tercinta Kian Terubat.. Sekarang Hidupku Mulai Tenang Namum Kadangkala Fikiran Melayang Memikirkan Ibunda.. Tapi Aku Redha Dengan Kepergiannya.. Ayah Sudah Pun Berhijrah Ke Kampung.. Itulah Hajatnya Dari Dulu, Balik Ke Kampung Untuk Menjaga Nenekku Di Sana..

Sekarang Hidupku Mulai Sibuk.. Sibuk Mencari Duit, Bekerja Untuk Menghilangkan Rasa Sunyi Dan Sedih.. Kawan-Kawan Lamaku Pun Sudah Lama Tidak Aku Hubungi.. Bukan Sombong, Tapi Aku Sememangnya Sibuk.. Apa-Apa Pun, Terima Kasih Pada Kawan Blogger Semua Yang Mengambil Berat.. Aku Akan Menjengah Ke Blog Kalian Nanti..

Tadi, Sewaktu Aku Sedang Tidur Dalam Lebih Kurang Pukul 6.30 Petang, Lepas Pulang Dari Tempat Kerja Aku Dikejutkan Dengan Panggilan Seorang Kakak.. Dikenali Sebagai Kak Ros.. Menyampaikan Berita Buruk.. Katanya, Fisha(Seorang Kawan Aku) Dah Masuk Ke GH Kuantan Kerana Positive H1N1.. Lagi Katanya, Dia Cuma Ada 30% Untuk Hidup Dan Sekarang Berada Di ICU Untuk Rawatan Selanjutnya.. Hati Aku Mulai Tak Tenang Sejak Mendapat Berita Ini.. Jadi Pada Kawan Semua, Pastikan Korang Jaga Kesihatan Elok-Elok Kerana Setahu Aku Sudah Banyak Kematian Yang Disebabkan Influenza A H1N1 Ni.. Di Hospital Aku Sendiri Sudah Lebih 30 Orang Yang Disyaki Menghidap H1N1.. Ya Allah, Semoga Fisha Sembuh...

Lastly, Takziah Dan Al-Fatihah Buat Ustaz Asri Dan Yasmin Ahmad.. Semoga Roh Mereka Ditempatkan Dikalangan Yang Soleh Dan Solehah... Sekian..

Jaga Kesihatan Elok-Elok Ya Semua.. Aku Akan Kembali Lagi Untuk Mengupdate Blog Sekiranya Ada Kelapangan... Amin..

09.07.2009 - Kembalinya Ke Rahmatullah

Bismillah,

http://img159.imageshack.us/img159/3918/diaryfm7.jpg

~Diari Ku~

Sudah 5 Hari Setelah Kepergiannya Ke Rahmatullah.. Sudah 5 Hari Aku Tidak Melihat Wajahnya.. Sudah 5 Hari Aku Merinduinya.. Ibunda, Akhirnya Kau Pergi Jua Ke Sisi Yang Maha Esa.. Ibu Telah Menghembuskan Nafas Terakhirnya Pada Hari Ahad Lalu Pada Pukul 10 Pagi Di Sebuah Hospital Swasta.. Sangat Sedih Hati Aku Apabila Ibu Yang Sangat Disayangi Dan Dicintai Pergi Meninggalkan Kami Sekeluarga.. Rasanya Seperti Baru Semalam Aku Dilahirkannya, Mendengar Suaranya, Bercakap Dengannya.. Dialah Yang Mengajar Aku Menjadi Insan Yang Baik Dan Berguna.. Dia Juga Mengajar Aku Hidup Berdikari.. Dan Aku Amat Menyayanginya.. Tapi Apakan Daya, Yang Pergi Tetap Pergi.. Semoga Dia Sentiasa Aman Di Sana... Maafkan Adik Jika Ada Tersalah Kata, Terkasar Bahasa Sepanjang Ibu Menjaga Adik Selama Lebih 20 Tahun.. Jasa Ibu Tak Akan Adik Lupakan... Al-Fatihah..

Sharipah Binti Ibrahim
58 Tahun
Perak

21.06.2009 - 1st Time..

Bismillah,

http://img159.imageshack.us/img159/3918/diaryfm7.jpg

~Diari Ku~

Mulanya Di Sebelah Petang Kami Pergi Mengambil Angin Di Shah Alam, Sekitar Tasik Shah Alam Itu.. Pergi Menghirup Udara Segar Di Sana Sambil Mencuci Mata.. Tengah Sedap Duduk-Duduk, Kawan Kami, Awie(Sorang Lagi Pekerja Sedepartment) Mengatakan Dia Bosan Duduk Termenung Mengadap Tasik. Mahukan Ada Wanita Menjadi Peneman.. Lalu Di Telefonnya Kawan Sehospital Untuk Meneman, Ummi Namanya..

Setelah Berfikir Panjang, Rasanya Pukul 6.20 Petang Bukanlah Masa Yang Terbaik Membawa Anak Dara Orang Untuk Keluar..Hi5 Comment Emoticons Onion head Jadinya Dalam Pukul 8 Kami Pun Keluar Menuju Ke Uptown Damansara.. Sambil Ditemani Oleh Ummi, Kawan Si Awie Diikuti Musha Dan Aku.. Mulanya Awie Cadangkan Untuk Pergi Membeli Belah, Tapi Maklumlah Cadangan Ditolak Serta Merta Sebab Duit Gaji Pon Dah Nak Abis.. Tragisnya Duit Dia Sendiri Pon Ada 18 Ringgit Dalam Wallet.. Hi5 Comment Emoticons Onion head Jadi Kami Pon Bawa Ummi Pergi Makan Sesuatu Yang Tak Pernah Aku Dan Musha Makan Yakni Chicken Chop! Semalam Adalah Kali Pertama Aku Makan Makanan Itu.. Selama Ini Aku Tak Pernah Mencuba, Tak Pernah Tahu Akan Rasanya..

Mula Sampainya Chicken Chop Itu(Dalam Kuali) Sampaikan Terpercik Keluar Kuah Yang Sedang Mendidih Didalamnya.. Suapan Pertama, Sedap.. Suapan Kedua, Lazat, Suapan Ketiga, Tak Peduli Apa Lagi Dah, Air Milo Segelas Habis.. PEDAS!!! Hi5 Comment Emoticons Onion head Pedasnya Sampaikan Peluh Keluar Daripada Muka Aku.. Awie, Musha Dan Juga Ummi Yang Melihat Gelagat Aku Tergelak Terbahak-Bahak.. Maklumlah, Aku Dah Lama Tak Makan Pedas.. Semenjak Ada Masalah.. Awie Kata Sedap.. Ya, Memang Sedap Sampaikan Dia Makan Licin Sehingga Menjilat Kuali.. Peliknya, Musha Memilih Makanan Yang Sama Tapi Tak Sepedas Yang Aku Rasa.. Arghhh!! Rupa-Rupanya Awie Beli Di Kedai Yang Berlainan Dengan Musha.. Patutlah Musha Makan Sambil Lewa Je..Hi5 Comment Emoticons Onion head Lagipun Makan Menggunakan Pisau Dan Garpu Bukanlah Senang..

Selesai Makan Chicken Chop, Dalam Pukul 9.30 Malam Gitu Kami Pon Pergi Tengok Wayang.. Cerita 'The Last House On The Left'. Mulanya Cerita Ni Memang Aku... Tido.. Seriously!! Memang Aku Tidur.. Haha.. Sampai Awie Kat Sebelah Tepuk Bahu Aku Suruh Tengok Cerita Tu.. Yang Lawaknya Aku Boleh Pulak Terkeluar Kata "Ala Mak, Besok Orang Cutilah.. Besok Pagi Kejut.." .. Apa Lagi, Diorang Gelaklah.. Orang Yang Dok Depan Dan Belakang Kami Pon Gelak.. Malu Jugak Aku.. Hahaha.. Awie Kata Rugi Dah Bayar Duit Tiket Movie Tapi Tak Tengok(Sebab Dia Yang Belanja, Ntah Dari Mana Datang Duit Dia Aku Pon Tak Tahu)..Rasanya Bulan Ni Saja Dah 2 Kali Aku Pergi Cinema.. Minggu Lepas Menonton 'Terminator Salvation'.. Minggu Ni Pulak Nak Tengok 'Transformer'.. Tapi Dengar Khabar Angin, Tiket Sold Out.. Hi5 Comment Emoticons Onion head 3 Hahaha.. Biasalah, Cerita Meletop.. Mesti Ramai Orang Tengok Punya Lagi Pulak Tarikh Keluar Movie Tu Hari Rabu, Tiket Half Prize.. Ada Rezeki Kita Tengok.. Oho.. Seronok Rasanya Dapat Keluar Daripada Selalu Duduk Lepak Dalam Rumah Aje..Hi5 Comment Emoticons Onion head 3



Apa-Apa Pun.. 'Selamat Hari Bapa' Kepada Ayahku Yang Disayangi.. Hi5 Comment Emoticons Onion head 3

Hari Ini - 13.06.2009

Bismillah,

http://img159.imageshack.us/img159/3918/diaryfm7.jpg

~Diari Ku~

Hari Ini, Sepanjang Perjalanan Ke Tempat Kerja, MENGANTUK!.. Hi5 Comment Emoticons Onion head Mungkin Sebab Tak Cukup Tidur.. Hmm.. Letih Dan Penat.. Semalam Kerja Petang Dan Hari Ni Pulak Kerja Pagi.. Apa-Apapun, Sampai Ke Tempat Kerja, 6.55 Pagi, Punch Card, Duduk Mengelamun Sekejap Dan 7.20 Pagi Keluar Breakfast Dengan Colleagues Di Restoran Bidara. Oh, Kadang-kala Terasa Malas Nak Makan Di Luar Disebabkan Harga Makanan Yang Mahal.. Makan Di Cafe Hospital Jauh Lebih Murah.. Nasi Lemak Kosong Berharga RM2.50 = Nasi Lauk Ayam Dan Sayur Di Cafe.. Well, Untuk Staff Ada Diskaun.. Heheh.. Hi5 Comment Emoticons Onion head

Ya, Hari Ini, Tak Tersangka, Aku Boleh Terjumpa Dengan Awek Cashier Yang Bekerja Di Kedai Kasut Tempoh Hari.. Hi5 Comment Emoticons Onion head 3 Kali Ini Di Kedai Makan Yang Sama Kami Makan Sedang Breakfast Itu.. Pengarang Ada Ternampak Seorang Perempuan Tak Jauh Dari Tempat Kami Sekawan Sedang Duduk, Macam Kenal Tapi Tak Tersangka Pula Dia Adalah Orang Yang Sama. Masa Kami Berempat Sekawan Sedang Berborak, Dia Pun Datang Ke Meja Dan Bertanya Sama Ada Aku Kenal Lagi Dengan Dia.. Mulanya Tak Cam, Tapi Lepas Dia Beritahu Dia Bekerja Di Kedai Kasut Itu, Aku Teringat Kembali.. Kali Ini Dia Telah Berikan Nombor Telefonnya.. Rasa Segan Pula Nak Menolak Kerana Kawan-Kawan Ada Bersama Lagi Pula Dia Sudah Datang Dekat..

Sempat Lagi Berseloroh Dengannya..

Dia : Hai Awak.. Ingat Saya Lagi?

Aku : Ermm.. Macam Kenal.. Tapi Lupalah.. Kita Ada Jumpa Kat Mana-Mana Ke? Hi5 Comment Emoticons Onion head

Dia : Saya Yang Kerja Kedai Kasut Tu Lah.. Awak Ada Beli Kasut Hari Tu.. Lupa Dah? Sampai Hati.. Hi5 Comment Emoticons Onion head

Aku: Oh.. Awak Orangnya.. Eh, Awak Pun Breakfast Dekat Sini Ke? Tak Pernah Nampak Pun..

Dia : A'ah.. Teman Kawan.. Dia Ajak Breakfast Luar So I Ikut Jelah.. Hihi.. Ingat Pun Awak Yer.. Hi5 Comment Emoticons Onion head

Aku : Ingat Jugaklah Sikit-Sikit.. Oh, Teman Kawan.. Saya Ingatkan Awak Stalk Saya.. Hahaha..

Dia : Alamak, Kantoi.. Saya Memang Nak Stalk Awak Pun.. Hi5 Comment Emoticons Onion head

Aku : Ceh, Memain Pulak Dia..

Dia : Awak, Ni Nombor Telefon Saya, Nanti Senang Contactlah Saya Yer.. Hari Tu Saya Nak Bagi Tapi Awak Nak Balik Cepat Sangat.. (Sambil Menulis Nombor Telefonnya Dan Menghulurkan Pada Aku) Hi5 Comment Emoticons Onion head 2

Aku : Eh, Ermm.. Ok.. Terima Kasih..

Dia : Ok.. Bye Awak..

Aku : Ok.Bye..

Selepas Itu, Dia Dan Kawannya Yang Menaiki Motosikal Nouvo Terus Lesap Dari Pandangan.. Kawan-Kawan Yang Ada Depan Aku Mulalah Pandang Dengan Pandangan Yang Kurang Menyenangkan.. Jeles Lar Tuh.. Fairuz.. Sedap Jugak Namanya..

Ceritera Mingguan Pujangga Asmara

Bismillah,

Terlebih Dahulu, Assalamualaikum Semua.. Lama Sudah Blog Pengarang Tidak Dihupdate.. Bukan Apa, Sibuk Teramat.. Hikss... Tapi Kali Ini Pengarang Akan Kumpulkan Apa Yang Berlaku Selama Hampir Dua Minggu Pengarang Menyepi Dalam Satu Entry.. Bolehkan? Okeh.. Entry Ini Mungkin Sepanjang Highway KL-Ipoh.. Kui Kui Kui..

01. Dimulakan Dulu Dengan Sambungan Entry Snooker & Shop Lot.. Ini Adalah Gambar-Gambar Yang Berjaya Dicuriambil..

http://img2.imageshack.us/img2/6634/29052009120.jpg
Inilah Dia Rak Dan Kotak Yang Kami Angkat..

http://www.go2convert.com/processed/1244365653516.jpeg
Pandangan Daripada Luar Shop Lot Ke Dalam

Gambar Tak Banyak.. Tak Tahu Apa Masalah Dengan Hosting.. Lagipun Bila Tengok-Tengok Balik Gambar Tu, Sama Je.. Kotak Jugak.. Hari Jumaat Minggu Lepas, 29.05.2009 Kami Berjaya Settlekan Mengangkat Kesemua Rak Dalam 30 Macam Tu Dan Kotak Hampir 150 Lebih.. Boss Belanja Makan Pizza Dan Ada Kasi Duit Kerana Kerja Keras Kami.. Hoho..

02. Apa Perasaan Korang Bila Duit Sebanyak RM20,000.00 Dihabiskan Untuk Sambung Belajar (Diploma) Tapi Diploma Itu Akhirnya Digantung Selama-Lamanya.. Hmm.. Itulah Sesuatu Yang Berlaku Pada Kawan Sekerja Pengarang Ini.. Katanya, Perkara Itu Terjadi Semata-Mata Hendak Menarik Kawannya Daripada Menyertai Pergaduhan.. Akibatnya Dia Dicekup Dan Akhirnya Dituduh Terlibat.. Maka, Diplomanya Digantung.. Memang Pengarang Sendiri Dengar Ceritanya Pun Agak Sedih, Duit Yang Digunakan Juga Bukan Datang Dari Biasiswa Ataupun Bantuan, Tetapi Duit Dari Keluarga Sendiri.. Namun, Dia Juga Sendiri Berkata, Perkara Sudah Nak Jadi, Turut Saja Kehendak Ilahi.. Bagusnya Dia Ni.. yang Tak Bagusnya, Lepas Aje Dari Peristiwa Tu, Dia Bertukar Profesion.. Daripada Computer Geek Kepada Playboy.. Main Perempuan Sini Sana, Telan Pil Khayal, Race Haram Dan Sebagainya.. Jangan Salah Anggap, Pengarang Bukan Nak Turut Serta Dalam Rancangan Dia Tetapi Pengarang Suka Duduk Bersembang Dengan Dia Mungkin Kerana Dia Pernah Belajar Sastera, Dengar Masalah Dia Dan Kadangkala Pengarang Bagi Nasihat Pada Dia.. Dengar Atau Tak Itu Pengarang Pun Tak Tahu..
Dan Untuk Makluman Semua, Dia Masih Lagi Dengan Gejalanya Itu.. Naudzubillah..

03. Kak Sue, Salah Seorang Colleagues Pengarang Semasa Bekerja Dengan Buncet Dahulu Tiba-Tiba Call Pengarang Dan Katanya Dia Mendapat Temuduga Untuk Bekerja Satu Hospital Dengan Pengarang.. Katanya Dia Juga Hendak Berhenti Bekerja Di Sana Kerana Tidak Tahan Pressure Dan Juga Segala Makian Buncet.. Alhamdulillah, Dia Seperti Benar-Benar Hendak Menukar Kerja.. Diharapkan Agar Dia Mendapat Kerja Yang Diapply.. Ameen..

04. Mendengar Suaranya Semalam..

05. Semalam Juga Pengarang Keluar Dengan Abang Pengarang Lebih Kurang Pukul 9 Malam Ke Sunway Piramid Mencari Kasut. Inilah Baru Pertama Kali Pengarang Beriya-Iya Mencari Kasut Yang Sesuai Untuk Tujuan Berjalan/Merayap/Mengorat.. Opss.. Yang Last Sekali Mungkin Tak Berapa Kena Di Situ.. Pengarang Mengajak Dia Kerana Dia Memang Arif Bab Memilih Dan Mencari Kasut Yang Sedap Dipakai Selain Murah Dan Berjenama.. Ehe.. Ya, Semalam Kami Singgah Di Al-Ikhsan Sunway Piramid Mencari Kasut Murah.. Jenama Yang Abang Pengarang Syorkan Adalah Adidas.. Yea, Dan Pengarang Sudah Pun Beli Kasut Jenama Itu.. Semalam Pula Ada Promosi Dimana Beli Sepasang Kasut Akan Dapat Membawa Pulang Awek Cashier Cantik.. Hahahah.. Percaya Ke? Pengarang Main-Main Je.. Cashier Semalam Pun Lelaki.. Dah Tua Pulak Tuh.. Wahaha.. Tapi Jurujual Wanitanya Yang Cantik, Siap Tanya Masa Pengarang Mencuba Kasut.. "Ok Tak? Nampak Hensom Awak Dengan Kasut Tu.. Taknak Cuba Pakai Dua-Dua Belah Ke?" .. Pengarang Jawab"Eh.. Takpelah.. Dah Ok Je Ni..".. Jurujual Berkata Semula, "Betul Taknak Cuba Dua-Dua Ni?" Sambil Melemparkan Senyuman Manis.. "Eh, Takpelah.. Dah Ok Dah Ni.. Saya Ambil Kasut Ni Yer.. Tolong Kira.. Sekali Dengan Cik Yer.. " .. Jurujual Itu Pun Tergelak Seketika Sambil Berjalan Menuju Ke Kaunter Bayaran.. Bukan Dia Je yang Tergelak, Abang Pengarang Yang Ada Kat Sebelah Pun Gelak Sambil Kata "Hahaha.. Nak Ngorat Kunun.. Nasib Baik Cun.. Ko Pun Satu Lembab, Dia Dah Kasi Green Light Tu, Apsal Ko Jual Mahal.. " Pengarang Pulak Jawab Sambil Memakai Kembali Kasut Pengarang "Dah Diorang Pun Jual Kasut Mahal.. Aku Pun Jual Mahal Jugaklah!" Selesai Pakai Kasut.. Pengarang Pergi Membayar.. Harga Kasut Tu Sebenarnya RM259.00.. Tapi Total Semua Yang Pengarang Bayar Hanya RM199.00.. Fuh.. Abeh Gaji Den.. Tapi Takpelah.. Sesekali Berbelanja Tak Mengapa.. Jangan Sampai Duit Tak Ada Langsung Nak Bergaya.. Tapi Nak Tahu Apa Jadi Lepas Pengarang Bayar Untuk Kasut Tu? Masa Kami Ambik Bungkusan Berisi Kasut Yang Pengarang Beli Itu, Pengarang Sempat Berseloroh Dengan Jurujual Tadi.. "Eh Cik, Murahnya Kasut Ni Termasuk Dengan Cik Sekali.. Kenapa Tercegat Lagi Ni? Jomlah Ikut Saya Balik.." Dia Pun Jawab "A'ah Memang Murah.. Sekarang Tengah Promosi, Beli Kasut Atau Pakaian Dapat Diskaun.. Nak Bawak Saya Ikut Sekali? Tak Bolehlah.. Sekarang Belum Habis Shif Lagi.. Tapi Kalau Nak No. Telefon Saya, Saya Boleh Bagi.. Janji Akan Call.. Boleh?" Katanya Sambil Senyum.. "Takpelah, Lain Kali Saya Datang.. Selamat Malam.." Jawab Pengarang..

Abang Pengarang Pulak Yang Melihat Jawapan Pengarang, Hanya Berpaling, Tepuk Dahi Dan Terus Berjalan.. Lepas Tu Kami Balik Dan Singgah Sekejap Untuk Makan.. Maklumlah Lapar Selepas Berjalan.. Lepak Sampai Pukul 11 Lebih Kami Pun Balik..

Sampai Je Rumah Kepala Pening.. Telan Panadol Dan Tidur.. Sekarang Pun Ada Pening Sikit.. Teringatkan Seseorangkah? Aduhhh...

06. Tak Sangka, Sedar Tak Sedar Sudah 100 Follower Blog Pengarang.. Ameen.. Terima Kasih Pada Yang Sudi Bertandang Dan Menemani Pengarang.. Nanti Senang-Senang Pengarang Datang Blog Kalian Yea...

PA : Jom Jalan-Jalan Nak? Hikss..

Ofis Lama Yang Berpenunggu

Bismillah,

Ya.. Sesuai Dengan Tajuk, Hari Ini, Malam Ini Pengarang Ingin Menceritakan Mengenai Hantu.. Semalam Pengarang Cuba Ditakuti Oleh Cik Kak Rerama.. Haha.. Jangan Pandang Belakang Yer.. Memang Lawak.. Sekarang Cuba Tengok Di Monitor Komputer/Laptop Anda.. Hahaha.. Tapi Tragisnya, Pengarang Memang Pernah Ternampak Lembaga Yang Dipanggil Hantu/Pontianak Ini.. Jikalau Sekali Saja Tidak Apa, Tetapi Dua Kali.. Seperti Gambar Dibawah :

http://gemistri.com/misteri/images/stories/misteri/kuntilanak.jpg

Ya, Dua Kali Pengarang Nampak Lembaga Seperti Di Atas.. Bayangan Rupa Yang Sama.. Perempuan Berambut Panjang Dan Berpakaian Serba Putih.. Ofis Lama Pengarang Yang Terletak Di Phileo Damansara Merupakan Tempat Pembangunan Pejabat yang Berdekatan Dengan The Star.. Disini, Keadaan Semasa Paginya Teramatlah Sibuk Dan Dipenuhi Dengan Manusia.. Tapi Tak Ramai Yang Tahu Keadaan Semasa Waktu Malam.. Semasa Waktu Malam, Pengarang Selalu Mendengar Bunyi-Bunyian Pelik Seperti Bunyi Guli Dan Tapak Kaki.. Tapi Kejadian Itu Menjadi Kenyataan Apabila Pengarang Terlihat Kelibat Wanita Berkenaan(Seperti Gambar Diatas) Yang Berada Tidak Jauh(Lebih Kurang 20 Kaki) Dari PengarangYang Sedang Leka Membuat Kerja Semasa Shift Malam.. Memang Agak Ketakutan Apabila Melihat Lembaga Itu.. Akibat Terkejut, Pengarang Yang Sedang Mendengar Lagu Rock/Pop, Dengan Pantas Menukar Lagu Ke Lagu Nasyid..

Besoknya Pengarang Demam.. Dalam 2 Hari Pengarang MC.. Dan Selepas Itu Pengarang Tiada Diganggu Lagi.. Akan Tetapi, Lebih Kurang Sebulan Kemudian, Datang Semula Bayangan Tersebut.. Untuk Pengetahuan Semua, Kedudukan Tempat Duduk Pengarang Adalah Bersebelah Cermin.. Cermin Yang Agak Besar.. Dan Sudah Menjadi Kebiasaan Pengarang Untuk Menaikkan Tirai Cermin Setiap Kali Kerja Malam Dan Membuka Cermin Untuk Angin Malam.. Nyata Sekali Semasa Pengarang Membuka Tirai, Lembaga Itu Berada Di Luar, Berdekatan Pokok Besar Di Luar.. Ya, Pejabat Pengarang Bersebelahan Dengan Pokok-Pokok Seperti Hutan..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjIF6ByBIX0df4aZHBghe6vgnOK7dv26iPojAUr5GD5oq0hRLYCgChxtzGFa4LEqh7R65mJ-j7mV-uudLSiOdjCpTgEuW99EVBlNAwDVbje5lkS79JGVT06iW0mx52GawoSrXQVi1D89XA/s400/Alone-1.jpg

Akibat Daripada Itu, Pengarang Pun Baca Doa Apa Yang Patut(Bukan Doa Makan Yer) Sambil Menutup Mata Dan Selesai Membaca, Pengarang Buka Mata Dan Puffff.. Bayangan Itu Tiada Lagi.. Keesokan Harinya, Pengarang Beritahu Kepada Boss Department Pengarang Mengenai Bayangan Wanita Berambut Panjang Dan Berbaju Putih Itu.. Memang.. Kata Boss Pengarang, Pengarang Bukan Orang Pertama Yang Memberitahu Perkara Serupa.. Sebelum Ini Juga Pernah Terjadi Pada Staff Yang Lama Sering Dikacau Makhluk Itu.. Allahualam..

Oleh Kerana Itu, Kami Kini Berpindah Ke Tempat Lain, Yang Lebih Strategik, Dan Berdekatan Dengan Perumahan(Office Sekarang).. Sebelah Adalah Rumah Flat Dan Juga Shopping Spree.. Alhamdulillah Tiada Gangguan Lagi Selama Bekerja Disini.. Tapi Buat Penghuni Baru Office Lama Kami, Diharapkan Agar Mereka Selamat...

Perkara Sama Berlaku Ditempat Lain Dimana Abang Pengarang Sendiri Pernah Melihat Bayangan Wanita Tanpa Kaki Berambut Panjang Di Taman Permainan Dikawasan Perumahan Kami Memandangnya Tepat.. Katanya Dia Tidak Nampak Rupa, Ditutupi Rambut Panjang Dan Memakai Kain Putih.. Apa-Apa Pun, Itu Sudah Menjadi Kenangan Hidup Kami.. Diharapkan Perkara Sebegini Tidak Lagi Menghantuinya.. Dan Juga Pengarang..

Sekian..

PA : Cerita Diatas Adalah Benar, Terpulang Kepada Anda Samaada Mahu Mempercayainya.. Kepada Yang Pernah, Shocking Isn't It?


http://i43.photobucket.com/albums/e385/the_vangrdx/hantu.jpgSay No To Pengundi Hantu!!!

Menjual Barangan Avon..

Bismillah,

Pengarang Sedang Membelek-Belek Semua Barang Avon Yang Telah Dibeli Semalam.. Hehehe.. Terkejut Sorang Akak Tu Apabila Melihat Pengarang Membeli Barang Avon Banyak Sangat :

Kak Sue : Wah Kau Ni Beli Untuk Girlfriend Ke Banyak Benar Kau Borong..

PA : Alahai Kak, Saya Beli Je.. Sebab Dah Lawa.. Hahaha.. Makwe Pon Bukan Ada Nak Bagi Hadiah-Hadiah Nih.. Kalau Tak Saya Bawak Dia Biar Dia Pilih Sendiri Mana Dia Nak.. Saya Ni Dahlah 'Kayu' Bab Memilih Barang Ni. Tapi Jam Ni Lawa Kan Kak?(Sambil Telek-Telek) Talinya Putih.. Seswai Untuk Perempuan.. Heh..

* * * * * * * * * * * * * * * *

Whose The Lucky Girl.. Hihihi.. Warghhhh.. Akak, Tak Boleh Kasi Diskaun Ke Ambik Barang Banyak Nih?? Saya Ambik Bukan Nak Meniaga Macam Akak..

PA : Wahhhh!!! Bila Kira-Kira Balik, Semua Barang Pengarang Ambil Berjumlah Dalam RM170.70. Terkezuttt.. Ada Sesiapa Nak Beli? Hehehe..

Kawan Makan Kawan..

Bismillah,

Salam Kepada Semua Blogger.. Today I Want To Discuss About Friendship.. Yer, PA(Bukan Pengarang Buat Entry Ini) Nak Bertanya, Apa Maknanya Kawan Pada Anda? Adakah :

1. Kawan Itu Suatu Makanan?
2. Kawan Itu Satu Permainan?
3. Kawan Itu Yang Sering Berada Di Samping Kita Sewaktu Kita Susah Dan Senang..
4. Atau Kawan Itu Orang Yang Paling Backstabber?

Ya.. Jawapan Anda Itu Pilihan Anda.. PA Yakin Mesti Anda Pilih No. 3 Bukan? Kadangkala Kita Selalu Mengangungkan Kawan, Betul Tak? Ya, PA Pernah Dengar Tentang "Kawan Lebih Bagus Dari Kekasih Kerana Kawan Sentiasa Ada Bersama Ketika Suka Dan Duka", Yeah.. Something Like That..

Semalam PA Dapat Satu Call Dari No. Yang Tak Dikenali. Perbualan Adalah Seperti Begini :

Watak Utama : Unknown(Orang Yang Menelefon), PA(Myself)

PA : Err.. Halu...

Unknown : Aku Nak Balik.. (Her Crying Made Me Barely Hear What She Said And Yes, It's She-A Girl)

PA : Eh, Nak Balik Mana Pulak Ni?? Sapo Nih? Cik Salah No. Ke Nih??

Unknown : Salah No Apa Pulak.. Ini Kau Kan PA.. Kau Ni Saje Je Buat Tak Kenal Aku.. (Menangis Makin Kuat)

PA : Lar.. Engkau Ke.. Mana Aku Nak Cam.. Menangis Kuat Sangat Buat Apa..

Unknown : Aku Sedihlah.. Aku Tersangat Sedih..

PA : Apa Dah Jadi? Cuba Cerita Dekat Aku.. Dah Dah.. Janganlah Nangis.. Aku Lemah Betul Kalau Orang Perempuan Nangis Nih.. Pengsan Aku Kang..

Unknown : Kau Ni Melawak Pulak Yer.. Pakwe Aku Pukul Akulah PA.. Huhuhu(Sambil Menangis Teresak-Esak)

PA : Eh, Dia Pukul Kau Lagi? Kan Aku Dah Cakap, Pergi Lapor Polis.. Dia Boyfriend Kau Aje Tahu Tak? Bukan Tunang Apatah Lagi Suami Kau.. Dia Tak Ada Hak Nak Pukul Anak Orang..

Unknown : Itu Aku Tak Kisah Sangat.. Tapi Aku Marah Sangat Pasal Benda Lain...

PA : Kau Ni Dah Gila Ke? Laki Tu Pukul Kau Tapi Kau Kata Tak Apa? Dah Pening Ke Lepas Kena Pukul Dnegan Dia? Dayus Punya Laki.. Mangkuk Hayun Betul.. Pukul Perempuan.. Bla Bla Bla(Menyumpah-Nyumpah Pakwe Dia)

Unknown : Aku Bengang Dengan Kawan Akulah PA.. Dia Cerita Yang Bukan-Bukan Dengan Pakwe Aku.. Aku Tak Tahulah Kenapa Dia Buat Aku Macam Tu.. Segala Fitnah Dia Tabur.. Bila Pakwe Aku Tahu Tu Yang Dia Mengamuk Tu..

PA : Kau Confirmkan Ke Kawan Kau Tu Yang Cerita Tu? Ntah Kau Pun Tuduh Dia Jugak..

Unknown : Aku Confirmlah.. Geramnya Aku.. Tadi Aku Cuba Call Dia Tapi Dia Tak Angkat.. Makin Betullah Apa Yang Aku Fikir..

PA : Ish.. Cuba Slow Sikit Cakap Tu.. Nak Pekak Telinga Aku Dengar Kau Menjerit.. Janganlah Nak Marah Aku Pulak.. Hahaha.. Hmm.. Mana Tahu Kot Kawan Kau Tu Tengah Buang Air Besar Ke...

Unknown : Aku Tampar Jugak Kau Ni Karang.. Sedihnya Aku.. Kawan Baik Aku Sendiri Buat Aku Macam Ni PA.. Aku Ingat Dia Kawan Aku.. Tapi Kawan Makan Kawan.. Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi..

PA : Wah.. Macam Karam Singh Walia Lah Kau..

Unknown : Malaslah Aku Nak Cakap Dengan Kau.. Aku Cakap Betul-Betul Kau Main-Main Pulak..

PA : Weh Rileklah.. Aku Bergurau Ajer.. Abes Tu, Kau Nak Aku Buat Apa? Nasihat Aku Bukan Kau Dengar Pun.. Aku Suruh Bagitahu Polis Kau Taknak.. Pakwe Kau Tu, Ni Bukan Pertama Kali Kau Bagitahu Aku Dia Pukul Kau... Tapi Banyak Kali...

Unknown : Itu Bukan Topiknya, Tapi Kawan Aku.. Orang Yang Aku Anggap Kawan Baik, Yang Aku Sharekan Masalah Aku, Rahsia Aku, Sanggup Buat Aku Macam Ni.. Aku Nak Balik Rumahlah.. Tak Mahu Bertentang Mata Dengan Dia.. Sakit Hati Aku..

PA : Ler.. Kau Bagitahu Aku Pon, Bukan Aku Boleh Ambil Kau.. Kau Kat Mana, Aku Kat Mana.. Jauh Tu.. Jangan Buat Kerja Gila.. Siasat Dulu, Jangan Main Tuduh.. Fitnah Nanti Jadinya..

Unknown : Yelah Yelah..

PA : Weh, Mak Kau Sehat?

Unknown : Tuppp...(Letak Telefon)..

PA : Eh, Salah Ke Aku Bertanya.. Ceh... Main Letak Je..


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


PA : Kesimpulannya, To Friends.. Bila Kawan Dicerita Masalah Apatah Lagi Rahsia.. Keep It And Guard It As Your Own Live... Itu Amanah Yang Diberikan.. Kalau Terjadi Macam Gini Siapa Yang Susah.. Aihhh.. Aku Jugak Yang Susah.. Ish Ish Ish.. Hahaha..

Aiyok..Tak Tahu.. Encik Polis!!

Bismillah,

Sejak Dari Balik Kerja Tadi.. Pengarang Rasakan Amat Bosan. Sudahlah Bekerja Berseorangan, Melayan Karenah Ahli Di Talian Dan Kerja Bertimbun(Kerja Lama, Belum Quit Lagi). Dalam Kepala Ni Tak Tahu Nak Buat Apa Dah.. Walaupun Dah Berada Dekat Rumah. Nak Keluar, Takde Teman. Nak Duduk Rumah, Bosan. Nak Tengok TV Cerita Tak Menarik.

Tapi Semenjak Dua Menjak Ni, Semasa Pengarang Pulang Dari Tempat Kerja, Ada Saja Polis Trafik Buat Sekatan Jalanraya(Road Block). Tak Tahu Apa Pula Masalah Kali Ni Tapi Kebanyakan Yang Ditahan Adalah Lori Berat, Van, Dan Kereta Modified. Nasib Baiklah Penunggang Motosikal Seperti Pengarang Tidak Ditahan.(Seronok Giler!!) Buat Sekatan Pula Selepas Selekoh, Memang Tak Nampak, Jadi Sesiapa Yang Laju Tu Paham-Paham Jelah. Memang Kena Tahan.

Oleh Kerana Bosan, Pengarang Menyambung Chapter Saat Kehilangan Cintamu Episod 4. Ada Di Bawah. Kalau Nak Baca Yang Sebelum-Sebelum Ni, Klik Pada Labelnya.

PA : Mahu Tengok TV.. Internet Ada Pun Macam Takde. Tak Tahu Nak Buat Apa.. Huhu..

Happy Birthday To U

Bismillah,

Pagi Ini Hujan Yang Teramat Lebat.. Starting Dari 5.30 Pagi.. Kenapa Pengarang Boleh Tahu? Tingkap Bilik Terbuka, Jadi Bila Hujan Lebat Turun, Habis Disembur Ke Pengarang.. Kakaka.. Abeh Basah Tadi.. Tu Nasib Baik Terjaga.. Pengarang Ingatkan Abang Pengarang yang Ayah Pengarang yang Kejutkan Pengarang Untuk Bangun, Sebab Pengarang Bila Tido, Tido Mati Yer. Tapi Rupa-Rupanya Hujan Yang Kejutkan..


Al-Kisah, Masa Nak Datang Kerja Pagi Tadi Basah Kuyup Redah Hujan Pulak, Pengarang Terserempak Dengan Dua Kemalangan. Satu Kereta Dan Satu Motor. Pengarang Pun Ada Tolong Mereka Ni Tolong Tengok.. Tapi Taklah Teruk. Mungkin Sebab Hujan Tu Menyebabkan Mereka Ni Kemalangan..

But, That's Not The Point Speaking Londonlah Pulak Kau Ni, Entry Kali Ini Untuk Mengucapkan Selamat Hari Jadi Kepada Seorang 'Kawan Baik' Pengarang Yang Bernama..... Aisha. Semoga Panjang Umur Dan Dimurahkan Rezeki. Kerja Rajin-Rajin. Nanti Boleh Belanja Makan Eh, Tak Malu Betul.. Kakaka.. Semalam Pengarang Ada SMS Kata-Kata Carutan Indah Pada Dia Dan Directly Terus Dia Call.. Hehe..

Sudah Berjanji Padanya Untuk Belikan Kek Serta Hadiah Dia Paksa.. Haihhh... Kek, Yang Mana Sesuai? Lihat Gambar Dibawah :

VS

(Gambar Google Saja.. Kakaka)

Hadiah Apalah Nak Dibagi Ni.. Ada Suggestion Apa-Apa Tak? Hehehe.. Sebab Hari Sabtu Ni Baru Nak Sambut, Kerana Dia Sekarang Ada Diluar Negeri(Luar Dari Selangor)Study. Sabtu Ni Dia Nak Balik Untuk Celebrate Bersama Pengarang.. Hihi.. So, Sempat Lagi Mencari Hadiah.. Kakaka..

PA : Apa-Apa Pun, Pagi Yang Gelap, Kini Sudah Terang.. Yeah.. Hujan Semakin Berhenti.. Sejuknya.. Ya.. Saya Peminat Band Hujan.. Kakaka.. Sokonglah Barangan Band Buatan Malaysia.. Selamat Meneruskan Hari Anda.. Hiksss..