Perhatian Kepada Pendatang!!

Terima Kasih Kerana Sudi Menyinggah.. Segala Komen Dari Kalian Amat Dialu-alukan.. Maaf Jika Terdapat Kasar Bahasa Atau Tersalah Kata.. Diri Ini Hanyalah Hamba Allah Yang Lemah.. Sekian..

Semua Dalam Satu.. Entry Yang Berjela-Jela..

Bismillah,

Firstly, Pengarang Sudah Kena Tag.. Banyak Woo.. Sampai Tak Ingat.. Ada Antaranya Yang Pengarang Volunteer Buat Dan Ada Yang Terkena.. Hohoho..

Tag Pertama :

1. Orang Kat Luar Sana Tak Kenal Kamu. Perjelaskan Siapa Kamu?
-->Seorang Lelaki.
-->Berumur Lingkungan Awal 20-an.
-->Homeplace : Selangor ; Kampung : Perak.
-->Bekerja.
-->Lurus BadigolBendol.
-->Suka Bermain Gitar Bila Sunyi.. Sepi.. Tiada Teman..
-->Like To Drive.
-->Suka Membaca. Suka Tidur. Suka Segalanya.

2.Sikap Kamu Yang Mantap?
-->Suka Berkawan, Tapi Tak Tahu Kalau Orang Tu Suka Berkawan Dengan Pengarang.
-->Independence.
-->Loving Person. Lagi-Lagi Bila Dah Jatuh TanggaCinta
-->Sukakan Kekemasan.
-->Suka Tidur. Hahaha.. Mantap Tak Tu?
-->Tidak Suka Menonjolkan Masalah Pada Orang. Tapi Dalam Blog Bukan Main Lagilah.. Hoho..

3.Sikap Kamu Yang Sangat Jelek..
-->Kadangkala Moody Tak Tentu Fasal.
-->Pencemburu. Tapi Taklah Tahap Tertinggi.
-->Terkadangkala Emosional.
-->Selebihnya, Ntahlah...

4.Apakah Gadjet Yang Kamu Selalu Bawa?
-->Gadget? Hmm.. Apa Yer.. Tak Ada Apa Kot. Handphone Taklah Penting Sangat. Rasanya Tak Pakai Pon Takpe. Kalau Mp3 Player Pun Sama. Nak Dengar Kat Office Boleh, Kat Rumah Pon Boleh, Dah Ada Speaker Dah.. So, Tiada Gadget Yang Pengarang Selalu Bawa.. Kalau Motosikal Boleh Terima Tak? Kakakaka..

5.Dah Berapa Handphone Kamu Pakai Selama Ini? Senaraikan Brandnya.. Termasuk Jenama Hp Yang Tengah Guna Sekarang..
-->Mula-Mula Sekali Pengarang Pakai Hp Kat Bawah Ni. Nokia 3210. Old Skool.. Pakai Hp Ni Masa Umur 15 Tahun. Masih Ada Lagi. Simpan Sebab Kenangan. Cuma Bateri Dia Problem. Cepat Habis..
Kemudian Pengarang Beralih Kepada Nokia 6510 Seperti Gambar Di Bawah, Tak Silap Pakai Hp Ni Masa Umur 16 Tahun. Hp Ni Dah Hilang Ke Mana Ntahlah. Sebab Abang Pengarang Bagi Pinjam Kepada Kawannya Sampai Sekarang Tak Pulangkan.

Lepas Tu, Pengarang Dapat Hadiah Daripada Emak Pengarang, Berupa Nokia 6280. Sampai Sekarang Masih Ada Cuma Pengarang Tak Pakai. Bagi Abang Pengarang. Pengarang Tak Mahu Jual Sebab Berharga. Emak Yang Bagi..



Kemudian, Pengarang Pakai 2 Hp. Masa Ni Kaya Sikit. Sebab Dah Keje. Umur Pun Dah 20-an. Lepas Habis Study. Nokia N-Gage Dan Juga Nokia N70.


Malang Sekali, Hp N-Gage Telah Dijual. N70 Ada Lagi, Tapi Problemnya Sama Macam 3210, Bateri Problem, Cepat Habis. Jadi Pengarang Beransur Kepada Adik Dia. Rasanya Semua Tahu. Tengok Gambar Bawah :

N73 Ni Pengarang Pakai Lagi Sampai Sekarang. Walaupun Rupa Dah Buruk Sikit, Tapi Tak Apalah. Bukan Nak Buat Apa Pun. Pengarang Jarang Pegang Hp. Dulu Yalah Aktif, Masa Ada Makwe. Sekarang Single Mingle Nak Mesej Pun Malas. Terus Call Je Kalau Nak Cakap Dengan Sesiapa. Dan, Kalau Anda Semua Perasan, Pengarang Guna Semua Brand Nokia. Yup. Sebab Senang, Bagus Dan Murah. Pernah Juga Dulu Fikir Nak Tukar Pakai Hp Sony Ericson Tapi Malas. Pakai Je Yang Mana Ada.. Hohoho.. So, Itu Dia Penerangan Ringkas Mengenai Hp-Hp Yang Pengarang Pernah Pakai.

6.Siapakah Best Friends Kamu..
-->Ada Je, Kerja Kot. Aie..

7.Siapakah Yang Paling Kamu Sayang Selain Family Kamu? Dan, Kenapa Kamu Sayang Dia?
--> Tiada Sesiapa Lagi Yang Istimewa Untuk Disayangi.
-->..................................(Blank)

8.Lagi 10 Tahun Kamu Nak Jadi Apa?
-->Nak Jadi Batman Boleh Tak?

9.Kata-Kata Hikmah Yang Pernah Kamu Dengar & Paling Kamu Suka..
-->Pengarang Paling Suka : 'Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu Disembahyangkan.' Hoho..

10.Dalam Blog Kamu Sudah Ade Berapa Followers?
-->Ada 84 Orang. Terima Kasih Pada Yang Follow.. Hikss..

11.Senaraikan Followers Yang Paling Kamu Suka..
-->Semua Pengarang Suka.. Nanti Ada Free-Free, Pengarang Singgah Blog Semua Yer..

12.Makhluk Tuhan Yang Paling Hot Mahu Di Tag :
-->Bunga.
-->Ryehanna.
-->Cik Rerama.
-->Diba.
-->Honey Bee.
-->Purple Roses.
-->Cik Sri
-->LiaZatia.
-->Nurul.
-->Cik Ian.

Mesti Pelik Bukan Kenapa Pengarang Tag Semua Perempuan. Sebab Pengarang Nak Tahu Apa Jawapan Diorang Bab Handphone Tu.. Kakaka. Selalunya Orang Perempuan Ni Pakai Hp Mesti Banyak Tukar-Tukar.. Apa-Apa Pun, Wait N See.. Hohoho.. Buat Tak Ada Gambar Pun Tak Apa, Tapi Pengarang Mahu Anda Yang Ditag Menceritakan Mengenai Handphone Itu.. Hikss.. Buat Jangan Tak Buat.. Pengarang Akan Check Nanti.. Dan Kepada Wanita-Wanita Lain Yang Nak Buat Pon Boleh Buat Jugak.. Hoho..

Tag Kedua :

Arahan:
1) Anda Perlu Printscreen Wallpaper Anda Yang Tengah Gune Sekarang Jangan Tipu-Tipu Ekk Tak Suke...

Okay Siap.. Nah.. Gambo Kereta Turbo. Hohoho.. Desktop Disembunyikan.. Rasanya Tak Perlulahkan? Sebab Banyak Data-Data Office Dekat Desktop Tu.. P&C..

2)Bagitahu Kenapa Anda Suka Wallpaper Anda Itu...
-->Hohoho.. Perlu Ke Diberitahu? Okay.. Kereta Itu Adalah Kereta Idaman Pengarang.. Honda Civic 2.0..

3) Tag 10 People :
-->Kepada Semua Follower, Kawan-Kawan Yang Nak Jawab, Boleh Jawab.. Hehe..

TAG SUDAH SETTLE!!

.
.
.
.

AWARD PULAK!!

FIRST


SECOND

:: RULES ::

* Copy Image Di Atas
** Tulis Sebarang Komen Mengenai Pemberiannya
*** Beri Kepada Mana-Mana Bloggers Yang Kamu Suka (Unlimited)

::ANSWER::

*Done
**
Pengarang Mengenali Kak Eidafatiha Dari Dunia Blog. Walaupun Tak Pernah Berjumpa Tapi Pengarang Tahu Kak Eidafatiha Seorang Yang Penyayang. Lagi-Lagi Dengan Anaknya. Beruntung Anak Itu. Terima Kasih Kak Untuk Award Yang Diberi Ini..
***Semua Orang Boleh Ambil.. Unlimited Tu.. Hikss..

Kedua-Dua Award Ni Diberi Oleh Kak Eidafatiha Dan Juga Cik Dazz. Time Kasih Kerana Masih Ingat Pada Pengarang..

PA : Fuh.. Panjangnya... Letih Menaip..

Aiyok..Tak Tahu.. Encik Polis!!

Bismillah,

Sejak Dari Balik Kerja Tadi.. Pengarang Rasakan Amat Bosan. Sudahlah Bekerja Berseorangan, Melayan Karenah Ahli Di Talian Dan Kerja Bertimbun(Kerja Lama, Belum Quit Lagi). Dalam Kepala Ni Tak Tahu Nak Buat Apa Dah.. Walaupun Dah Berada Dekat Rumah. Nak Keluar, Takde Teman. Nak Duduk Rumah, Bosan. Nak Tengok TV Cerita Tak Menarik.

Tapi Semenjak Dua Menjak Ni, Semasa Pengarang Pulang Dari Tempat Kerja, Ada Saja Polis Trafik Buat Sekatan Jalanraya(Road Block). Tak Tahu Apa Pula Masalah Kali Ni Tapi Kebanyakan Yang Ditahan Adalah Lori Berat, Van, Dan Kereta Modified. Nasib Baiklah Penunggang Motosikal Seperti Pengarang Tidak Ditahan.(Seronok Giler!!) Buat Sekatan Pula Selepas Selekoh, Memang Tak Nampak, Jadi Sesiapa Yang Laju Tu Paham-Paham Jelah. Memang Kena Tahan.

Oleh Kerana Bosan, Pengarang Menyambung Chapter Saat Kehilangan Cintamu Episod 4. Ada Di Bawah. Kalau Nak Baca Yang Sebelum-Sebelum Ni, Klik Pada Labelnya.

PA : Mahu Tengok TV.. Internet Ada Pun Macam Takde. Tak Tahu Nak Buat Apa.. Huhu..

Saat Hilang Cintamu... (Episod 4)

Saat Hilang Cintamu...
(Episod 4)

Di Keesokan Paginya, Iaitu Hari Sabtu Shahrul Bangun Agak Lewat Kerana Mengikut Giliran, Dia Bercuti Pada Hari Tersebut. Selesai Dari Solat Subuhnya Pagi Tadi, Dia Terus Tertidur Kerana Keletihan Dengan Kejadian Semalam. Ya. Kejadian Yang Menimpa Wanita Tersebut Membuatkan Dia Berasa Penat. Jam Diatas Mejanya Sudah Menunjukkan Pukul 10.22 Pagi. Shahrul Bingkas Bangun Dan Masuk Ke Bilik Air. Selesai Mandi Dia Pun Menyarung Kain Pelekat, Mengenakan Baju T-Shirt Dan Melangkahkan Kaki Turun Ke Bawah. Dia Turun Sampai Ke Anak Tangga Yang Terakhir Dan Sesampainya Disitu, Dia Melihat Amir Sedang Tidur Nyenyak Diatas Sofa. Lalu Shahrul Pun Menepuk-Nepuk Pipi Amir Untuk Membangunkannya.. Pap!! Sedas Di Pipi Amir Membuatkan Dia Terus Terjaga.

"Aik Bang. Letih Nampak. Sampai Pukul Berapa Kau Teman Perempuan Tu? Kau Balik Tadi Naik Apa?" Tanya Shahrul Sejurus Melihat Amir Menggeliat.

"Hoi, Sakitlah. Tampar Macam Apa Entah. Aku Balik Dalam Pukul 2.30 Pagi Kot. Aku Temankan Najihah Sampai Ibu Bapa Dia Datang. Lepas Diorang Datang Aku Cabutlah Naik Teksi. Bas Mana Ada Pagi-Pagi. Disebabkan Mengantuk Sangat, Aku Tidur Atas Sofa Ni." Jawab Amir.

"Ni Siapa Pulak Najihah Ni? Perempuan Mana Pulak Kau Cakapkan Ni?" Tanya Shahrul.

"Najihah Tu, Nama Awek Yang Kau Selamatkan Semalamlah. Aku Tengok Pada Kad Pengenalannya Masa Registerkan Dia.

"Ohh.. Kau Nak Sarapan Tak? Jom Keluar Makan.. Aku Belanja.. Tapi Cepat Siap. Offer Ni Akan Tamat Dalam Masa 3 Saat!" Kata Shahrul Ingin Mengenakan Amir Yang Sedang Mamai.

"Kau Nak Belanja? Kau Bagi Aku 5 Minit. Aku Siap.. Rezeki Jangan Ditolak. Bahaya Jangan Dicari. Aku Kalau Orang Nak Belanja Ni Memang Terima Sahaja Dengan Hati Terbuka.." Jawab Amir Seraya Tergelak.

"Tumpang Lalu? Nanti Aku Lambat Offer Tamat Pulak. Kau Tu, Nak Pergi Pakai Kain Pelekat Ke?" Amir Sempat Membahan Shahrul Yang Sedang Berdiri Disebelahnya.

"Ish Dia Ni. Pergi Jelah Mandi. Aku Nak Salin Pakaian Dahulu." Pintas Shahrul.

Dalam 10 Minit Kemudian, Shahrul Pun Turun. Dilihatnya Amir Sudahpun Berada Di Bawah Menghisap Rokok.

"Lambatlah Kau Ni. Bersolek Ke Apa?" Herdik Amir.

"Kau Nak Cepat-Cepat Nak Buat Apa? Tunggu Sajalah. Pergi Makan Di Kedai Abang Karim Sajalah. Mahu Tak?" Tanya Shahrul.

"Emm.. Bolehlah.. Bagus Juga. Dapat Kita Ceritakan Kejadian Semalam Kepadanya. Sekaligus Mengambil Motosikal Aku Yang Ditinggalkan Di Sana Semalam. Harap-Harap Budak Lelaki Yang Kau Kau Belasah Semalam Tak Buat Apa-Apa Pada Motosikal Aku. Itu Sajelah Harta Pusaka Aku." Rintih Amir Cemas.

"Dah Dah. Jom Pergi. Jangan Fikir Bukan-Bukan." Desak Shahrul Supaya Amir Mempercepatkan Langkahnya.

Di Atas Motosikal, Amir Menceritakan Segala Yang Berlaku Selepas Mereka Berpisah Apabila Dia Menaiki Ambulan Untuk Menemani Najihah. Dari Waktu Dia Didalam Ambulans Sampailah Ke Waktu Najihah Membukakan Matanya. Mengikutnya, Najihah Adalah Pendiam. Tidak Langsung Bertegur Sapa Dengannya Apabila Dia Menegur. Mungkin Kerana Masih Trauma Dengan Apa Yang Terjadi Padanya. Sesampainya Ibu Dan Bapa Najihah, Dia Menerangkan Apa Yang Terjadi Dan Terus Balik Ke Rumah. Selebihnya, Sehinggalah Dia Bangun Dikejutkan Shahrul. Shahrul Hanya Mendengar Dengan Tenang...

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Sampai Saja Di Restoran Abang Karim, Amir Pun Memberitahu Apa Yang Telah Terjadi Semalam. Abang Karim Kelihatan Agak Geram. Mukanya Naik Merah Mendengar Cerita Yang Dikeluarkan Oleh Amir. Shahrul Hanya Duduk Di Meja Sambil Membaca Surat Khabar. Air Minuman Sudah Lama Dibuatnya. Dia Lebih Suka Pergi Ke Dapur Tempat Dia Bekerja Untuk Membuat Sendiri Makan Minumnya. Dia Kelihatan Tidak Berminat Dengan Apa Yang Berlaku.
Sedang Dia Asyik Membelek Surat Khabar, Dia Didatangi Oleh Amir.

"Shah, Marah Sungguh Abang Karim Bila Tahu Ada Budak-Budak Buat Hal Dekat Dengan Restorannya. Tengok Sajalah Mukanya Itu. Merah Padam Kerana Marah." Kata Amir Dengan Nada Perlahan Takut Didengar Oleh Majikannya Itu.

"Biarlah Amir. Janji Kita Sudah Beritahu Apa Yang Patut Sudahlah." Jawab Shahrul Selamba.

""Eh, Kita Pergi Melawat Najihah Sebentar Lagi Mahu Tidak? Aku Rasa Elok Juga Dia Bertemu Dengan Jejaka Yang Telah Menyelamatkannya. Tak Begitu?"Ajak Amir Dengan Sambil Tersenyum.

"Malaslah Aku. Kau Nak Pergi, Pergilah Seorang. Aku Nak Berehat Saja Hari Ini."Balas Shahrul Menolak.

"Ala Kau Ni Shah. Besok Pun Cuti Lagi. Janganlah Pemalas Sangat. Lepas Makan Kita Pergi Ya!" Desak Amir.

"Ish, Yalah Yalah."Jawab Shahrul Dengan Nada Terpaksa.

Nasib Baiklah Motor Yang Ditinggalkannya Malam Tadi Tidak Apa-Apa. Dia Yang Sejak Dari Rumah Bimbang Jika Motosikalnya Diusik Oleh Geng-Geng Lelaki Semalam Berasa Lega Kerana Motosikal Kesayangannya Itu Tidak Dipengapa-Apakan. Selesai Saja Sarapan, Mereka Pun Berangkat Menuju Ke Hospital Dimana Wanita Yang Ditolong Mereka Semalam Berada.

====To Be Continued====


PA : Selesai Sudah Chapter 4.. Bersambung Lagi..

Happy Birthday To U

Bismillah,

Pagi Ini Hujan Yang Teramat Lebat.. Starting Dari 5.30 Pagi.. Kenapa Pengarang Boleh Tahu? Tingkap Bilik Terbuka, Jadi Bila Hujan Lebat Turun, Habis Disembur Ke Pengarang.. Kakaka.. Abeh Basah Tadi.. Tu Nasib Baik Terjaga.. Pengarang Ingatkan Abang Pengarang yang Ayah Pengarang yang Kejutkan Pengarang Untuk Bangun, Sebab Pengarang Bila Tido, Tido Mati Yer. Tapi Rupa-Rupanya Hujan Yang Kejutkan..


Al-Kisah, Masa Nak Datang Kerja Pagi Tadi Basah Kuyup Redah Hujan Pulak, Pengarang Terserempak Dengan Dua Kemalangan. Satu Kereta Dan Satu Motor. Pengarang Pun Ada Tolong Mereka Ni Tolong Tengok.. Tapi Taklah Teruk. Mungkin Sebab Hujan Tu Menyebabkan Mereka Ni Kemalangan..

But, That's Not The Point Speaking Londonlah Pulak Kau Ni, Entry Kali Ini Untuk Mengucapkan Selamat Hari Jadi Kepada Seorang 'Kawan Baik' Pengarang Yang Bernama..... Aisha. Semoga Panjang Umur Dan Dimurahkan Rezeki. Kerja Rajin-Rajin. Nanti Boleh Belanja Makan Eh, Tak Malu Betul.. Kakaka.. Semalam Pengarang Ada SMS Kata-Kata Carutan Indah Pada Dia Dan Directly Terus Dia Call.. Hehe..

Sudah Berjanji Padanya Untuk Belikan Kek Serta Hadiah Dia Paksa.. Haihhh... Kek, Yang Mana Sesuai? Lihat Gambar Dibawah :

VS

(Gambar Google Saja.. Kakaka)

Hadiah Apalah Nak Dibagi Ni.. Ada Suggestion Apa-Apa Tak? Hehehe.. Sebab Hari Sabtu Ni Baru Nak Sambut, Kerana Dia Sekarang Ada Diluar Negeri(Luar Dari Selangor)Study. Sabtu Ni Dia Nak Balik Untuk Celebrate Bersama Pengarang.. Hihi.. So, Sempat Lagi Mencari Hadiah.. Kakaka..

PA : Apa-Apa Pun, Pagi Yang Gelap, Kini Sudah Terang.. Yeah.. Hujan Semakin Berhenti.. Sejuknya.. Ya.. Saya Peminat Band Hujan.. Kakaka.. Sokonglah Barangan Band Buatan Malaysia.. Selamat Meneruskan Hari Anda.. Hiksss..

Award Dari Cik Dazz

Bismillah,

Yeah.. Pengarang Dapat Award.. Yea Yeah... Kakaka.. Award Ni Datang Dari Cik Dazz Tapi Rasanya Penulis Dari GoodGirlBadBlog.Blogspot.Com Tuan Empunya Yang Asal.
Apa-Apa Pun, Terima Kasih Diucapkan Pada Dazz Sebab Ingat Pada Pengarang Ni.. Hiksss..


1. The Winner Can Put The Logo On His/Her Awesome Blog.
2. Link The Person You Received Your Award From.
3. Nominate At Least 7 Other Blogs.
4. Put Links Of Those Blogs On Yours.
5. Leave A Message On The Blogs Of Those You've Nominated!

So, Kepada Yang Masih Belum Ada Menerima Award Ini, Dinasihati Untuk Ambil Yer..Ugut Nih. Jangan Segan Silu.. Heee..

PA : Lawa Award Dia.. Pink Gitu..

Cikgu Nurul Ain

Bismillah,

Semenjak Tiga Menjak Ini, Pengarang Asyik Teringatkan Peristiwa Masa Silam, Iaitu Semasa Umur Belasan Tahun.(Sekarang Dah Puluhan) Banyak Peristiwa Yang Terjadi Pada Pengarang Antaranya Kemalangan Masa Form 5(Tingkatan 5). Teruk Jugak Tapi Nasib Baik Tak Ada Yang Patah.

Semasa Di Sekolah Dulu, Pengarang Sering Menjadi Tumpuan Oleh Cikgu-Cikgu Kelas, Terutamanya Cikgu Matematik. Entahlah, Tak Tahu Apa Yang Dia Tertarik Sangat Dengan Pengarang, Tapi Setiap Kali Dia Masuk Kelas Untuk Mengajar, Bila Tiba Je Time Soalan, Pengarang Mesti Kena Dengan Dia.. Confirm.. Bukan Nak Megah Tapi.. Tak Suka Ar Cikgu!!! (Member-Member Kelas Semua Cop Pengarang Murid Kesayangan Cikgu.. Kakakaka) Jeles Ar Tuh..

Memang Malu Pun Ada Sampaikan Rasa Nak Menyorok Je Belakang Member Bila Tiba Time Soalan. Hahaha.. Tapi Nyorok Macammana Pun Tetap Kena Jugak.. Dah Nasib Kaulah Labu..
Apa-Apapun, Pengarang Mengucapkan Berbanyak Terima Kasih Pada Kesemua Cikgu Yang Mengajar Pengarang Dahulu. Sehingga Berjaya Hidup Sekarang Ni, Semua Atas Jasa Cikgu..

Sedih Sangat Bila Tengok Ada Anak Murid Zaman Sekarang Yang Tak Reti Langsung Nak Hormat Cikgu. Kecik Lagi Dah Berani Tendang Cikgu, Siap Bawak Geng Semua.. Apa Nak Jadilah Dengan Dunia Sekarang Ni..

PA : Cikgu Math, Yang Namanya Cikgu Nurul Ain(Macam Nama Erra Fazira Dalam Cerita Mertua VS Menantu).. Masa Kat Kelas Dulu Selalu Sebut-Sebut Nama Pengarang, Tapi Masa Jumpa Waktu Pengarang Ambil Sijil SPM Dulu, Usahkan Sebut, Tegur Pun Tak.. Dah Lupa Kot Kat Pengarang.. Kakaka..

Rindu Pada Kampung

Bismillah,

Sebenarnya Ini Tag Yang Pengarang Terima Daripada PakCikDot. Terima Kasih Kerana Masih Ingat Pada Pengarang. Walaupun Setahu Pengarang Masih Ada Tag Dari PakCik Yang Pengarang Belum Jawab Lagi.. Heeee.. Tak Ada Masa.. Hari Ni Ada Free Sikit, Tu Yang Jawab Tu.. Soalannya Seperti Berikut :

(Upload Picture Yang Anda Gemari Dan Jawab Soalan Dibawah)



Kenapa Anda Suka Gambar Ini?

Ya.. Pengarang Amat Sukakan Gambar Ini.. Tajuknya, Perumahan Kampung.. Sangat Indah Dan Cantik(Gambar FlickR, Tak Tau Sape Punya.. Pinjam Ye)
. Sukakan Gambar Ini Sebab Pengarang Terlalu-Lalu Merindukan Kampung Pengarang, Nenek, Makcik Dan Saudara-Mara Serta Suasana Kampung Yang Sunyi, Aman, Cantik, Sejuk, Banyak Nyamuk Dan Macam-Macam Lagilah.. Rindunya....

Bila Kali Terakhir Makan Pizza?

Agaknya Adalah Dalam Dua Bulan Lepas.. Pengarang Jarang Makan Pizza.. Tak Kenyang.. Kakakaka..


Lagu Terakhir Yang Anda Dengar?


Betul Nak Tahu Ni?? Jangan Menyesal.. Hahaha.. Pengarang Last Dengar Lagu Dari Band OAG. Lagu Pertama yang Berjaya Membawa Nama Mereka Naik --> Slumber (Klik Kat Lagu Kalau Nak Download).. Wah.. Promot Lagu Pulak Tu.. Kakakaka..


Apa Yang Anda Buat Selain Selesaikan Tag Ini?


Hmmm.. Tengah Buat Apa Yer.. Duduk Tersipu-Sipu Ajer.. Hiksss.. Tak Buat Apa Pun.. Heee...

Selain Nama Sendiri Anda Suka Dipanggil Dengan Panggilan Apa?

Hmmm... Nama Muhammad Atau Shahrul.. Tak Tahu Kenapa, Tapi Minat Dua Nama Ni.. Nama Asal(Sebenar) Pengarang Tiada Muhammad Dan Berhampiran Dengan Nama Shahrul.. Hihi.. Nama Sebenar Pengarang?? Tekalah Sendiri.. Kakakaka..

Tag Lagi 5 Orang *Soalan Seterusnya Ada Kaitan Dengan Org Yang Anda Tag!

Tak Ada Sesiapa Kot.. Maaf.. Huhu.. Tapi Kalau Ada Yang Nak Buat, Silakan.. Hiksss..

PA : Rindukan Kampung... Huhu..

Award Yang Cantek..

Bismillah,

Ya.. Pengarang Berhasil Mendapatkan Award Dari Seseorang Bernama Cik Kak Rerama.. Ehehe.. Suka Dia Panggil Pengarang Sebagai Enchek Abang PA.. Hahaha.. Tak Tahu Kenapa..


Tengoklah Tu Posing Dia.. Posing Maut.. Ahahaha.. Apa-Apa Pun Mekasih Diucapkan..


PA : Dah Lama Rasanya Tak Dapat Award.. Mekasih Yann... Hiksss...

Encik Lee Pas Yang Handsome

Bismillah,

Okeh.. Hari Ini Pengarang Nak Bercerita Pula Tentang Encik Lee Pas. Pada Orang Perempuan Mesti Geli Kan Bila Tajuk Yang Pengarang Letak Adalah Lipas?? Itu Fasal Pengarang Bubuh Tajuk Entry Encik Lee Pas Yang Handsome.. Hehehe..

Cerita Ini Berkisar Mengenai Lipas Yang Berada Di Dalam Rumah Pengarang. Kadang-Kadang Pengarang Juga Pelik, Lepas Dah Dibunuh, Mesti Datang Pulak Lipas Yang Lain. Mesti Kes Balas Dendam Nih. Hmm.. Mungkin Sebab Pengarang Dah Terbunuh Abang Atau Ahli Keluarga Serta Sepupu Sepapat Dia Dengan Ridsect.

Pernah Dua Tiga Kali, Semasa Pengarang Sedang Sedap Tidur, Tiba-Tiba Diganggu Oleh Makhluk Allah Yang Kecil Ini. Tengah Sedap Mimpikan Sesuatu, Terasa Seperti Ada Rasa Berduri-Duri Di Lengan Yang Membuatkan Pengarang Rasa Tak Selesa. Rupa-Rupanya Dia Tengah Duduk Bertenggek Dekat Lengan Pengarang.. Duduk Diam-Diam Sudahlah, Ni Tergesel-Gesel Tangan Dia Yang Berduri Tu Dekat Lengan Orang. Karate Kang Baru Tahu..(Lepas Tu Pengarang Tepis Terus Hilang Dia Ntah Ke Mana)

Ada Juga Pernah Berlaku Sekali Tragedi Di Mana Pengarang Kena Ambush Dengan Lipas Ni(Masa Zaman Sekolah Dulu). Masa Tu Pengarang Baru Terbangun Dari Tido. Itupun Sebab Pengarang Ada Terdengar Bunyi Bising. Tiba-Tiba Saje Dia(Lipas) Terbang Ke Depan Muka Pengarang. Apa Lagi, Pengarang Yang Tengah Mamai Tadi Pun Terkejut Lalu Mengelak Dan Melompat Dari Atas Katil. Nasib Baiklah Sedar Masa Tu. (Kalau Pengarang Tengah Menguap Tak Tutup Mulut, Memang Confirm Telan Lipas Tu) Hahaha.. Trauma Sampai Sekarang. Ish Ish Ish, Kalau Masuk Dalam Mulut Tak Tahulah Apa Jadi. Bahaya Betullah Lipas Zaman Sekarang Nih.. (Disebabkan Ini, Pengarang Tak Tidur Dalam Bilik Tu Selama Seminggu Sebab Takut Lipas Ni Bersembunyi Bawah Katil.. Haha..)

PA : Pastikan Rumah Anda Bersih Yer. Sebab Kalau Tak, Toksah Kata Lipas, Semut/Anai-Anai/Tenuk Pon Boleh Datang.. Hahaha.. Amaran Oleh Pujangga Asmara.. Bukan Pihak Kerajaan Yer.. Ahakss..

Rumah Berhantu...

Bismillah,

Di Keheningan Malam.. Termenung Ku Berseorang.. Tak Lena Mata Dipejam(Eceh, Lagu Bila Rindulah Pulak.. Heee) Ya!! Di Malam Yang Sunyi Ini Kita Bercerita Tentang Cerita Hantu Pulak.. Start Over Balik.. Dikala Bulan Mengambang.. Hahaha.. Tipu Ajer.. Topik Yang Dibuat Semata-Mata Menarik Perhatian.. (Kalo Orang Takut Cerita Hantu Tak Masuk Kot.. Huhu)

Cerita Hari Ini Berkisar Mengenai Penduduk Di Rumah Pangsa Tempat Abang Sulung Pengarang Yang Tinggal Bersama Isteri Dan Anak-Anaknya(Padahal Seorang Anak Je, Perempuan). Ya, Kadang-Kadang Pengarang Pelik Bila Datang Bertandang Ke Rumah Abang Pengarang. Apabila Siang Pengarang Datang Singgah, Rumah Tertutup Bersama Tingkap. Tak Satu Rumah Pun Yang Terbuka. Manakala Waktu Malam Pula, Semua Lampu Rumah Menyala Tapi Tak Dengar Suara Walau Sikit Pun.

Kadangkala Berada Di Sana, Membuatkan Pengarang Rasa Seram Sejuk. Paling Kuat Pun Dapat Dengar Azan. Itu Aje. Bila Ditanya Pada Abang Pengarang, Katanya "Orang Kat Sini Kurang Bergaullah Dik. Dah Lebih Setahun Yop(Ya, Dia Bahaskan Dirinya Sebagai Yop) Tinggal Sini, Orang Sebelah Rumah Pun Jarang Menegur. Kalau Kita Tegur, Itu Jelah. Nak Harap Dia Tegur Balik, Entah Bila. Apatah Lagi Bila Bagi Juadah Macam Kuih Ke, Bihun Ke, Mee Goreng Ke. Nak Diharapkan Diorang Pulang Balik Dulang/Bekas Memang Susah.. Nak Minta Sendiri Macam Kurang Sopanlah Pulak."

Bila Pengarang Dengar Macam Tu, Timbul Rasa Pelik. Kenapa Penduduk Di Sini Sebegitu Rupa Perangai Mereka. Mungkin Pendapat Korang Mereka Ini Sibuk. (Ya, Sibuk.. Tapi Takkan Sampai Setahun Sibuknya) Dan Rasanya, Lebih Elok Bergaul Mesra Sesama Jiran Dan Bukan Duduk Terperuk Dalam Rumah. Agaknya, Nama Jiran Sebelah Rumah Abang Pengarang Pun, Abang Pengarang Tu Tak Tahu Atau Lupa..

Well, Internet Di Rumah Pengarang Dah Beroperasi Seperti Sedia Kala.. Alhamdulillah.. (Yeay, Boleh Online Hari-Hari!!)

PA : Kenalilah Jiran Sebelah Menyebelah Anda. Sambil Mengeratkan Silaturrahim Sambil Membuat Kenalan.. Macam Kita Ini, Blogger. Rajin Berkunjung Ke Blog Lain Dapat Mengeratkan Silaturrahim Sesama Kita.. Hiksss..