Perhatian Kepada Pendatang!!

Terima Kasih Kerana Sudi Menyinggah.. Segala Komen Dari Kalian Amat Dialu-alukan.. Maaf Jika Terdapat Kasar Bahasa Atau Tersalah Kata.. Diri Ini Hanyalah Hamba Allah Yang Lemah.. Sekian..

Hari Ini Aku Amat Panas..!!

Seperti Tajuk Di Atas, Aku Amat Panas Hari Ini.. Bukan Sebab Cuaca Tetapi Kerana Director Office Ku Ini, Boss Paling Besar Dan Buncit.. Mulanya Hari Ini Aku Sudah Cukup Gembira Bekerja Shif Pagi.. Lapar Tidak Perlulah Cerita Dari Pagi Sampai Ke Tengahari Duduk Menghadap Kerja Sampai Nak Terkeluar Mata..

Dalam Pukul 1.30 Petang Tadi, Tengah Aku Sedap Menjamu Selera(Waktu Rehat), Tiba-Tiba Director Panggil Semua Staff Turun Untuk Di Maki Hamun(Meeting).. Aku Yang Tengah Sedap Menjamah Makanan Yang Berada Di Hadapan Muka Aku Ini Pun Terpaksa Berhenti.. Rezeki Oh Rezeki.. Apalah Nasibmu..

Seperti Biasa, Boss(Director) Ini Amat Celaka!! Selalunya Jika Ada Meeting Pasti Ada Yang Kena.. Dan Aku Betul Pada Kali Ini.. Memang Kami Di Call Centre Yang Kena.. Ketidakpuasan Hatinya Adalah Pada Cuti Kami Yang Banyak.. Cuba Korang Bayangkan, Cuti Kami Ini Banyak Bukan Kerana Kami Tidak Ingin Mengambilnya, Tetapi Kerana Cuti Ganti Kami Dari Tahun Lepas Masih Ada Berbaki Lagi.. Dari Mana Datangnya Cuti Ganti Ini? Daripada PH(Public Holiday) Yang Kami Di Suruh Bekerja.. Seperti Contoh, Thaipusam Hari Itu Aku Kerja, Jadi Syarikat Berhutang Dengan Aku.. Kenapa Pulak Berhutang? Sebab Boss(Director Buncit Lagi Buduh) Tidak Mahu Membayar OT Atau Dengan Kata Lain, Overtime).

Dia Yang Tidak Membenarkan Staff Untuk Claim OT Membuatkan Cuti Kami Jadi Berganda Dan Bertambah Setiap Kali PH.. Cuti AL(Annual Leave) Aku Sahaja Masih Ada Berbaki Sebanyak 15 Hari.. Bercampur Dengan Cuti-Cuti Ganti Yang Aku Ada Kira-Kira Semuanya Adalah Dalam Berjumlah 24 Hari.. 24 Hari Baru Cuti Tahun Lepas, Tahun Ini Tidak Dikira Lagi..

Yang Paling Aku Panas.. Bila Dia Mula Berkira Dengan Staff.. Sudahlah Makanan Di Office Tiada Di Sponsor(Sendiri Punya Fasal), Claim OT Tak Boleh, Kerja Lebih Masa Tidak Dikira, Cuti Tak Boleh(Asal Nak Cuti Je Alasan, Staff Tak Cukup), Malah Waktu Kerja Kami Turut Nak Di Ambil Kira Sekali.. Aku Paling Marah Sebab Perkara Inilah.. Sekarang Ini Kami Bekerja 9 Jam Dan 2 Hari Cuti.. Semua Shif Sama, Tidak Kira Pagi, Petang Dan Malam.. Bila Cuti Kami Makin Bertambah, Dia Mula Nak Memekak.. Salah Siapa Yang Tidak Mahu Bayar OT.. Bukan Salah Kami.. Jika Tak Mahu OT, Tak Mahu Cuti Kami Bertambah, Beri Saja Kami Cuti Pada PH Itu.. Habis Cerita..

Bila Manager Aku Mula Bertegang Urat Dengannya, Dia Mula Nak Naik Baran.. Kenapa Pulak? Bukan Salah Manager Kami, Apatah Lagi Salah Kami.. Salah Diri Sendiri Tak Mahu Lihat Tetapi Suka Menyalahkan Orang Lain.. Dia Memberi Cadangan Untuk Menutup Call Centre.. Nak Tahu Macam Mana Nadanya Berkata? "I Fikir Haa, I Nak Close Aja Call Centre Ni.. Nak Buat Apa? Depa Bukan Ada Buat Kerja Sangat Pun.. Bising Aja Banyak.. Mengalahkan Member.. Biaq Pi Depa Cari Keja Lain.." Katanya Dengan Pelat Penangnyer.. Aku Kalau Ikut Rasa Hati, Time Dia Kata Nak Close Call Centre Tu Lagi Aku Dah Nak Kasi Hadiah Knuckle Sandwich Atau Nama Melayunya Sandwich Penumbuk.. SEDAP!!.. Bagi Kat Muka.. Biar Dia Rasa.. Nak Mengugut Pun Biarlah Bertempat, Dah La Buat Staff Macam Kuli Batak.. Dengan Kedekut Dia, Sampai Boleh Pakai BMW 5 Series Dan Toyota Alphard, Kami Ni Pekerja Biasa Cuma Pakai Motor Dan Kereta Cabuk.. Semoga Allah Berikan Pengajaran Pada Boss Yang Kedekut Macam Dia Ni..

PA : Nak Berhenti Kerja.. At Least, Ada Lagi Tempat Lain Yang Treat Pekerja Dengan Baik Berbanding Dia... Macam Hampeh.. Kerja Dengan Abang Aku Ok Jugak.. Hmmm..

Maafkan Bahasaku Yang Agak Keterlaluan Kali Ini.. Agak Panas..

Dikarang Oleh Pujangga Asmara Pada 17.02.2009Hi5 Comment Emoticons Onion head 3

5 Kata-Kata Puitis:

ONE ZABA berkata...

adat la makan gaji...

~d!b@~ berkata...

ye, akak rase elok la PA intai2 peluang lain PA..

banyak lagi keje lain & kompeni yg leh treat staffs much better than that!

tapi, tggu kompem dpt keje br benti, jangan mandai2 benti dulu.. kang ternganga!

pastu akak lak yg salah sbb mberi pendapat sebegini rupa hukhuk!

PeErA berkata...

PA,,
sabar ey,,
jgn ikutkn sgt pns kt atie tu,,,
insyaALLAH boss awk tu akn dpt pengajaran,,kite same2 berdoa la,,
kite manusia ni same je kt ats bumi neh,,berlagak cmne pn,,kedekut cmne pn,,akhirat jgk tmpt kite akn kembali,,

p/s:kebahagiaan di dunia dan akhirat

Atikah Hakita berkata...

jgn ler marah2 PA...standard lah...keje mkn gaji kan..
what to do...

Pujangga Asmara berkata...

To All :

PA sabo lg ni.. hehe.. tapi diorg semua puji PA sbb berani lawan cakap dia masa meeting hari tu.. maybe tak sangka kot sebab selama ni PA senyap ajer.. diorang pun semua penakut, ape boss cakap semua ikut.. PA tak buleh mcm tu.. as senior kena jaga kebajikan pekerja lain jgk.. kalo ikutkan rasa sakit ati ni, nak je g pancitkan tayar keta BMW dia tuh.. puas ati.. hahahah