Perhatian Kepada Pendatang!!

Terima Kasih Kerana Sudi Menyinggah.. Segala Komen Dari Kalian Amat Dialu-alukan.. Maaf Jika Terdapat Kasar Bahasa Atau Tersalah Kata.. Diri Ini Hanyalah Hamba Allah Yang Lemah.. Sekian..

Ibuku Yang Pembohong!!

Jangan Salah Sangka.. Itu Cuma Tajuk.. Ianya Tiada Kena Mengena Dengan Diriku.. Isi Yang Aku Cuba Sampaikan Ada Dibawah.. Aku Mendapat E-mail Ini Dari Seorang Rakan.. Sila Baca Sehingga Habis Dan Tinggalkan Komen Anda.. Sekian..

Memang Sukar Untuk Orang Lain Percaya, Tapi Itulah Yang Berlaku. Ibu Saya
Memang Seorang Pembohong!! Sepanjang Ingatan Saya Sekurang-Kurangnya 8 Kali
Ibu Membohongi Saya. Saya Perlu Catatkan Segala Pembohongan Itu Untuk
Dijadikan Renungan Anda Sekalian.

Cerita Ini Bermula Ketika Saya Masih Kecil. Saya Lahir Sebagai Seorang Anak
Lelaki Dalam Sebuah Keluarga Miskin. Makan Minum Serba Kekurangan. Kami
Sering Kelaparan. Adakalanya, Selama Beberapa Hari Kami Terpaksa Makan
Berlaukkan Ikan Masin Dikongsi Satu Keluarga. Sebagai Anak Yang Masih Kecil,
Saya Sering Saja Merungut. Saya Menangis Mahukan Nasi Dan Lauk Yang Banyak.
Tapi Ibu Cepat Memujuk. Ketika Makan, Ibu Sering Membahagikan Bahagian
Nasinya Untuk Saya. Sambil Memindahkan Nasi Ke Mangkuk Saya, Ibu Berkata :
"Makanlah Nak Ibu Tak Lapar." *PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA*

Ketika Saya Mulai Besar Ibu Yang Gigih Sering Meluangkan Waktu Senggangnya
Untuk Pergi Memancing Di Tali Air Berhampiran Rumah. Ibu Berharap Dari Ikan
Hasil Pancingan Itu Dapat Memberikan Sedikit Makanan Untuk Membesarkan Kami
Adik-Beradik. Pulang Dari Memancing, Ibu Memasak Gulai Ikan Yang Segar Dan
Mengundang Selera. Sewaktu Saya Memakan Gulai Ikan Itu, Ibu Duduk Disamping
Kami Dan Memakan Sisa Daging Ikan Yang Masih Menempel Di Tulang Daripada
Bekas Sisa Ikan Yang Saya Makan Tadi. Saya Sedih Melihat Ibu Seperti Itu..
Hati saya Tersentuh Lalu Dengan Menggunakan Sudu Saya Memberikan Ikan Itu
Kepada Ibu. Tetapi Ibu Dengan Cepat Menolaknya. Ibu Berkata : "Makanlah Nak,
Ibu Tak Suka Makan Ikan." *PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA*

Di Usia Awal Remaja, Saya Masuk Sekolah Menengah. Ibu Pergi Ke Kedai Dengan
Membawa Sejumlah Penyapu Lidi Dan Kuih-Muih Untuk Menyara Persekolahan
Saya, Abang Dan Kakak. Suatu Dinihari Lebih Kurang Pukul 1.30 Pagi Saya
Terjaga Dari Tidur. Saya Melihat Ibu Membuat Kuih Dengan Beremankan Sebuah
Pelita Di Hadapannya. Beberapa Kali Saya Melihat Kepala Ibu Terhangguk
Kerana Mengantuk. Saya Berkata : "Ibu, Tidurlah, Esok Pagi Ibu Kena Pergi
Kebun Pula." Ibu Tersenyum Dan Berkata : "Cepatlah Tidur Nak, Ibu Belum
Mengantuk Lagi." *PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA*

Di Hujung Musim Persekolahan, Ibu Meminta Cuti Kerja Supaya Dapat Menemani
Saya Pergi Ke Sekolah Untuk Menduduki Peperiksaan Penting. Ketika Hari Sudah
Siang, Terik Panas Matahari Mulai Menyinari, Ibu Terus Sabar Menunggu Saya
Di Luar Dewan. Ibu Seringkali Saja Tersenyum Dan Mulutnya Terkumat-Kamit
Berdoa Kepada Illahi Agar Saya Lulus Ujian Peperiksaan Ini Dengan Cemerlang.
Ketika Loceng Berbunyi Menandakan Ujian Sudah Selesai, Ibu Dengan Segera
Menyambut Saya Dan Menuangkan Kopi Yang Sudah Disiapkan Dalam Botol Yang
Dibawanya. Kopi Yang Kental Itu Tidak Dapat Dibandingkan Dengan Kasih Sayang
Ibu Yang Jauh Lebih Kental. Melihat Tubuh Ibu Yang Dibasahi Peluh, Saya
Segera Memberikan Cawan Saya Itu Kepada Ibu Dan Menyuruhnya Minum. Tapi Ibu
Cepat-Cepat Menolaknya Dan Berkata : "Minumlah Nak, Ibu Tak Haus!!"
*PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT*

Setelah Pemergian Ayah Kerana Sakit, Iaitu Selepas Saya Baru Beberapa Bulan
Dilahirkan, Ibulah Yang Mengambil Tugas Sebagai Ayah Kepada Kami Sekeluarga.
Ibu Bekerja Mengambil Upah Di Kebun, Membuat Penyapu Lidi Dan Menjual
Kuih-Muih Agar Kami Tidak Kelaparan. Tapi Apalah Sangat Kudrat Seorang Ibu.
Kehidupan Keluarga Kami Semakin Susah Dan Susah. Melihat Keadaan Keluarga
Yang Semakin Parah, Seorang Pakcik Yang Baik Hati Dan Tinggal Berjiran
Dengan Kami, Datang Untuk Membantu Ibu. Anehnya, Ibu Menolak Bantuan Itu.
Jiran-Jiran Sering Kali Menasihati Ibu Supaya Menikah Lagi Agar Ada Seorang
Lelaki Yang Akan Menjaga Dan Mencarikan Wang Untuk Kami Sekeluarga. Tetapi
Ibu Yang Keras Hatinya Tidak Mengendahkan Nasihat Mereka. Ibu Berkata :
"Saya Tidak Perlukan Cinta Dan Saya Tidak Perlukan Lelaki Untuk Menyara Kami." *PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA*

Setelah Kakak Dan Abang Habis Belajar Dan Mula Bekerja, Ibu Sudah Pun Tua.
Kakak Dan Abang Menyuruh Ibu Supaya Berehat Sahaja Di Rumah. Tidak Payahlah
Lagi Bersusah Payah Dan Bersengkang Mata Untuk Mencari Duit. Tetapi Ibu
Tidak Mahu. Ibu Rela Pergi Ke Pasar Setiap Pagi Menjual Sedikit Sayur Untuk
Memenuhi Keperluan Hidupnya. Kakak Dan Abang Yang Bekerja Jauh Di Kota Besar
Sering Mengirimkan Wang Untuk Membantu Memenuhi Keperluan Ibu, PunBegitu
Ibu Tetap Berkeras Tidak Mahu Menerima Wang Tersebut. Malahan Ibu Mengirim
Balik Wang Itu Dan Ibu Berkata : "Jangan Susah-Susah, Ibu Ada Duit." ?
*PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM*

Setelah Tamat Pengajian Di Universiti, Saya Melanjutkan Lagi Pelajaran Ke
Peringkat Sarjana Di Luar Negara. Pengajian Saya Di Sana Dibiayai Sepenuhnya
Oleh Sebuah Syarikat Besar. Sarjana Itu Saya Sudahi Dengan
Cemerlang, Kemudian Saya Pun Bekerja Dengan Syarikat Yang Telah Membiayai
Pengajian Saya Juga Di Luar Negara. Dengan Gaji Yang Agak Lumayan, Saya
Berhajat Untuk Membawa Ibu Menikmati Penghujung Hidupnya Di Luar Negara.
Pada Pandangan Saya, Ibu Sudah Puas Bersusah Payah Untuk Kami. Hampir
Seluruh Hidupnya Habis Dengan Penderitaan, Eloklah Kalau Hari-Hari Tuanya
Ini Ibu Habiskan Dengan Keceriaan Dan Keindahan Pula. Tetapi Ibu Yang Baik
Hati, Menolak Ajakan Saya. Ibu Tidak Mahu Menyusahkan Anaknya Ini Dengan
Berkata : "Tak Payahlah, Ibu Tak Biasa Tinggal Di Negara Orang." *PEMBOHONGAN
IBU YANG KETUJUH*

Beberapa Tahun Berlalu, Ibu Semakin Tua.. Suatu Malam Saya Menerima Berita
Ibu Diserang Penyakit Kanser. Ibu Mesti Dibedah Secepat Mungkin. Saya Yang
Ketika Itu Berada Jauh Diseberang Samudera Terus Segera Pulang Untuk
Menjenguk Ibunda Tercinta. Saya Melihat Ibu Terbaring Lemah Di Katil
Hospital Setelah Menjalani Pembedahan. Ibu Yang Kelihatan Sangat Tua,
Menatap Wajah Saya Dengan Penuh Kerinduan. Ibu Menghadiahkan Saya Sebuah
Senyuman Biarpun Agak Kaku Kerana Terpaksa Menahan Sakit Yang Menjalari
Setiap Inci Tubuhnya.. Saya Dapat Melihat Dengan Jelas Betapa Seksanya
Penyakit Itu Telah Memamah Tubuh Ibu Sehingga Ibu Menjadi Terlalu Lemah Dan
Kurus. Saya Menatap Wajah Ibu Sambil Berlinangan Air Mata. Saya Cium Tangan
Ibu Kemudian Saya Kecup Pula Pipi Dan Dahinya. Di Saat Itu Hati Saya Terlalu
Pedih, Sakit Sekali Melihat Ibu Dalam Keadaan Seperti Ini. Tetapi Ibu Tetap
Tersenyum Dan Berkata : "Jangan Menangis Nak, Ibu Tak Sakit." *PEMBOHONGAN
IBU YANG KELAPAN*

Setelah Mengucapkan Pembohongan Yang Kelapan Itu, Ibunda Tercinta Menutup
Matanya Untuk Yang Terakhir Kali....

PA : Ape Pendapat Korang? Aku Berterus Terang, Apabila Membaca Email Ini, Air Mataku Memang Mengalir Laju.. IBU!!!.... Maafkan Aku... Banyak Dosa Aku Padamu.. Sesungguhnya Kasih Sayang Dan Juga Jasanya Memang Tak Akan Terbayar Oleh Anda Sendiri... Sedari Mengandungkan Kita, Menyusukan Kita Dan Juga Membesarkan Kita Sehingga Dewasa.. Kasih Dan Sayangnya Tidak Pernah Luntur.. Sayangi Dan Hargailah Mereka.. Bagi Yang Tidak Mempunyai Ibu Lagi, Berdoalah Agar Mereka Dicucuri Rahmat Dan Sentiasa Bahagia Di Sana Bersama-Nya.. Amin...


Dikarang Oleh Pujangga Asmara Pada 14.02.2009Hi5 Comment Emoticons Onion head 3

10 Kata-Kata Puitis:

khasyikelvin_ berkata...

hargai ibu bapa kita
selagi boleh.
kerana itu kewajipan
kita sebagai anak.

Tanpa Nama berkata...

.. tercabar aku sbgai lelaki... menitik gak air mata aku..teringat apa yg mak aku dah buat selama nih...tak terbalas rasanya... mak saya sayang mak..!

~d!b@~ berkata...

mom's love always the greatest!!

Tanpa Nama berkata...

aku termenitik air mata bila baca ni.... besarnyer pengorbanan ibu aku selama ni untuk aku(baru aku sedar).... aku sayang ibu aku sgt9..........

pink_butterfly berkata...

enchek abg PA~


waaa, saja ja nak meng'emo'kan diriku...siap tukar lagu 'ibu' lak tuh....


sedey...

sob...sob...

Tanpa Nama berkata...

i love my mum.
and my mum love me.
;)



rindunya kat mak.......

Sis Lin berkata...

Selagi Ibu ada,hargai la mereka,bila dh tiada,nk kesali pun dh x guna lagi..I luV my mother...tp I miss my Dad..huwaaaaaaa

Tanpa Nama berkata...

da perna baca.

PeErA berkata...

huhu,,
sayang mak,,,
nk balik,,:(

nynnaa berkata...

huwh abanggg..
hahaha..
banyak urr...
ta larat na bace..
haha