Perhatian Kepada Pendatang!!

Terima Kasih Kerana Sudi Menyinggah.. Segala Komen Dari Kalian Amat Dialu-alukan.. Maaf Jika Terdapat Kasar Bahasa Atau Tersalah Kata.. Diri Ini Hanyalah Hamba Allah Yang Lemah.. Sekian..

Saat Hilang Cintamu... (Episod 4)

Saat Hilang Cintamu...
(Episod 4)

Di Keesokan Paginya, Iaitu Hari Sabtu Shahrul Bangun Agak Lewat Kerana Mengikut Giliran, Dia Bercuti Pada Hari Tersebut. Selesai Dari Solat Subuhnya Pagi Tadi, Dia Terus Tertidur Kerana Keletihan Dengan Kejadian Semalam. Ya. Kejadian Yang Menimpa Wanita Tersebut Membuatkan Dia Berasa Penat. Jam Diatas Mejanya Sudah Menunjukkan Pukul 10.22 Pagi. Shahrul Bingkas Bangun Dan Masuk Ke Bilik Air. Selesai Mandi Dia Pun Menyarung Kain Pelekat, Mengenakan Baju T-Shirt Dan Melangkahkan Kaki Turun Ke Bawah. Dia Turun Sampai Ke Anak Tangga Yang Terakhir Dan Sesampainya Disitu, Dia Melihat Amir Sedang Tidur Nyenyak Diatas Sofa. Lalu Shahrul Pun Menepuk-Nepuk Pipi Amir Untuk Membangunkannya.. Pap!! Sedas Di Pipi Amir Membuatkan Dia Terus Terjaga.

"Aik Bang. Letih Nampak. Sampai Pukul Berapa Kau Teman Perempuan Tu? Kau Balik Tadi Naik Apa?" Tanya Shahrul Sejurus Melihat Amir Menggeliat.

"Hoi, Sakitlah. Tampar Macam Apa Entah. Aku Balik Dalam Pukul 2.30 Pagi Kot. Aku Temankan Najihah Sampai Ibu Bapa Dia Datang. Lepas Diorang Datang Aku Cabutlah Naik Teksi. Bas Mana Ada Pagi-Pagi. Disebabkan Mengantuk Sangat, Aku Tidur Atas Sofa Ni." Jawab Amir.

"Ni Siapa Pulak Najihah Ni? Perempuan Mana Pulak Kau Cakapkan Ni?" Tanya Shahrul.

"Najihah Tu, Nama Awek Yang Kau Selamatkan Semalamlah. Aku Tengok Pada Kad Pengenalannya Masa Registerkan Dia.

"Ohh.. Kau Nak Sarapan Tak? Jom Keluar Makan.. Aku Belanja.. Tapi Cepat Siap. Offer Ni Akan Tamat Dalam Masa 3 Saat!" Kata Shahrul Ingin Mengenakan Amir Yang Sedang Mamai.

"Kau Nak Belanja? Kau Bagi Aku 5 Minit. Aku Siap.. Rezeki Jangan Ditolak. Bahaya Jangan Dicari. Aku Kalau Orang Nak Belanja Ni Memang Terima Sahaja Dengan Hati Terbuka.." Jawab Amir Seraya Tergelak.

"Tumpang Lalu? Nanti Aku Lambat Offer Tamat Pulak. Kau Tu, Nak Pergi Pakai Kain Pelekat Ke?" Amir Sempat Membahan Shahrul Yang Sedang Berdiri Disebelahnya.

"Ish Dia Ni. Pergi Jelah Mandi. Aku Nak Salin Pakaian Dahulu." Pintas Shahrul.

Dalam 10 Minit Kemudian, Shahrul Pun Turun. Dilihatnya Amir Sudahpun Berada Di Bawah Menghisap Rokok.

"Lambatlah Kau Ni. Bersolek Ke Apa?" Herdik Amir.

"Kau Nak Cepat-Cepat Nak Buat Apa? Tunggu Sajalah. Pergi Makan Di Kedai Abang Karim Sajalah. Mahu Tak?" Tanya Shahrul.

"Emm.. Bolehlah.. Bagus Juga. Dapat Kita Ceritakan Kejadian Semalam Kepadanya. Sekaligus Mengambil Motosikal Aku Yang Ditinggalkan Di Sana Semalam. Harap-Harap Budak Lelaki Yang Kau Kau Belasah Semalam Tak Buat Apa-Apa Pada Motosikal Aku. Itu Sajelah Harta Pusaka Aku." Rintih Amir Cemas.

"Dah Dah. Jom Pergi. Jangan Fikir Bukan-Bukan." Desak Shahrul Supaya Amir Mempercepatkan Langkahnya.

Di Atas Motosikal, Amir Menceritakan Segala Yang Berlaku Selepas Mereka Berpisah Apabila Dia Menaiki Ambulan Untuk Menemani Najihah. Dari Waktu Dia Didalam Ambulans Sampailah Ke Waktu Najihah Membukakan Matanya. Mengikutnya, Najihah Adalah Pendiam. Tidak Langsung Bertegur Sapa Dengannya Apabila Dia Menegur. Mungkin Kerana Masih Trauma Dengan Apa Yang Terjadi Padanya. Sesampainya Ibu Dan Bapa Najihah, Dia Menerangkan Apa Yang Terjadi Dan Terus Balik Ke Rumah. Selebihnya, Sehinggalah Dia Bangun Dikejutkan Shahrul. Shahrul Hanya Mendengar Dengan Tenang...

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Sampai Saja Di Restoran Abang Karim, Amir Pun Memberitahu Apa Yang Telah Terjadi Semalam. Abang Karim Kelihatan Agak Geram. Mukanya Naik Merah Mendengar Cerita Yang Dikeluarkan Oleh Amir. Shahrul Hanya Duduk Di Meja Sambil Membaca Surat Khabar. Air Minuman Sudah Lama Dibuatnya. Dia Lebih Suka Pergi Ke Dapur Tempat Dia Bekerja Untuk Membuat Sendiri Makan Minumnya. Dia Kelihatan Tidak Berminat Dengan Apa Yang Berlaku.
Sedang Dia Asyik Membelek Surat Khabar, Dia Didatangi Oleh Amir.

"Shah, Marah Sungguh Abang Karim Bila Tahu Ada Budak-Budak Buat Hal Dekat Dengan Restorannya. Tengok Sajalah Mukanya Itu. Merah Padam Kerana Marah." Kata Amir Dengan Nada Perlahan Takut Didengar Oleh Majikannya Itu.

"Biarlah Amir. Janji Kita Sudah Beritahu Apa Yang Patut Sudahlah." Jawab Shahrul Selamba.

""Eh, Kita Pergi Melawat Najihah Sebentar Lagi Mahu Tidak? Aku Rasa Elok Juga Dia Bertemu Dengan Jejaka Yang Telah Menyelamatkannya. Tak Begitu?"Ajak Amir Dengan Sambil Tersenyum.

"Malaslah Aku. Kau Nak Pergi, Pergilah Seorang. Aku Nak Berehat Saja Hari Ini."Balas Shahrul Menolak.

"Ala Kau Ni Shah. Besok Pun Cuti Lagi. Janganlah Pemalas Sangat. Lepas Makan Kita Pergi Ya!" Desak Amir.

"Ish, Yalah Yalah."Jawab Shahrul Dengan Nada Terpaksa.

Nasib Baiklah Motor Yang Ditinggalkannya Malam Tadi Tidak Apa-Apa. Dia Yang Sejak Dari Rumah Bimbang Jika Motosikalnya Diusik Oleh Geng-Geng Lelaki Semalam Berasa Lega Kerana Motosikal Kesayangannya Itu Tidak Dipengapa-Apakan. Selesai Saja Sarapan, Mereka Pun Berangkat Menuju Ke Hospital Dimana Wanita Yang Ditolong Mereka Semalam Berada.

====To Be Continued====


PA : Selesai Sudah Chapter 4.. Bersambung Lagi..

0 Kata-Kata Puitis: