Perhatian Kepada Pendatang!!

Terima Kasih Kerana Sudi Menyinggah.. Segala Komen Dari Kalian Amat Dialu-alukan.. Maaf Jika Terdapat Kasar Bahasa Atau Tersalah Kata.. Diri Ini Hanyalah Hamba Allah Yang Lemah.. Sekian..

Ceritera Mingguan Pujangga Asmara

Bismillah,

Terlebih Dahulu, Assalamualaikum Semua.. Lama Sudah Blog Pengarang Tidak Dihupdate.. Bukan Apa, Sibuk Teramat.. Hikss... Tapi Kali Ini Pengarang Akan Kumpulkan Apa Yang Berlaku Selama Hampir Dua Minggu Pengarang Menyepi Dalam Satu Entry.. Bolehkan? Okeh.. Entry Ini Mungkin Sepanjang Highway KL-Ipoh.. Kui Kui Kui..

01. Dimulakan Dulu Dengan Sambungan Entry Snooker & Shop Lot.. Ini Adalah Gambar-Gambar Yang Berjaya Dicuriambil..

http://img2.imageshack.us/img2/6634/29052009120.jpg
Inilah Dia Rak Dan Kotak Yang Kami Angkat..

http://www.go2convert.com/processed/1244365653516.jpeg
Pandangan Daripada Luar Shop Lot Ke Dalam

Gambar Tak Banyak.. Tak Tahu Apa Masalah Dengan Hosting.. Lagipun Bila Tengok-Tengok Balik Gambar Tu, Sama Je.. Kotak Jugak.. Hari Jumaat Minggu Lepas, 29.05.2009 Kami Berjaya Settlekan Mengangkat Kesemua Rak Dalam 30 Macam Tu Dan Kotak Hampir 150 Lebih.. Boss Belanja Makan Pizza Dan Ada Kasi Duit Kerana Kerja Keras Kami.. Hoho..

02. Apa Perasaan Korang Bila Duit Sebanyak RM20,000.00 Dihabiskan Untuk Sambung Belajar (Diploma) Tapi Diploma Itu Akhirnya Digantung Selama-Lamanya.. Hmm.. Itulah Sesuatu Yang Berlaku Pada Kawan Sekerja Pengarang Ini.. Katanya, Perkara Itu Terjadi Semata-Mata Hendak Menarik Kawannya Daripada Menyertai Pergaduhan.. Akibatnya Dia Dicekup Dan Akhirnya Dituduh Terlibat.. Maka, Diplomanya Digantung.. Memang Pengarang Sendiri Dengar Ceritanya Pun Agak Sedih, Duit Yang Digunakan Juga Bukan Datang Dari Biasiswa Ataupun Bantuan, Tetapi Duit Dari Keluarga Sendiri.. Namun, Dia Juga Sendiri Berkata, Perkara Sudah Nak Jadi, Turut Saja Kehendak Ilahi.. Bagusnya Dia Ni.. yang Tak Bagusnya, Lepas Aje Dari Peristiwa Tu, Dia Bertukar Profesion.. Daripada Computer Geek Kepada Playboy.. Main Perempuan Sini Sana, Telan Pil Khayal, Race Haram Dan Sebagainya.. Jangan Salah Anggap, Pengarang Bukan Nak Turut Serta Dalam Rancangan Dia Tetapi Pengarang Suka Duduk Bersembang Dengan Dia Mungkin Kerana Dia Pernah Belajar Sastera, Dengar Masalah Dia Dan Kadangkala Pengarang Bagi Nasihat Pada Dia.. Dengar Atau Tak Itu Pengarang Pun Tak Tahu..
Dan Untuk Makluman Semua, Dia Masih Lagi Dengan Gejalanya Itu.. Naudzubillah..

03. Kak Sue, Salah Seorang Colleagues Pengarang Semasa Bekerja Dengan Buncet Dahulu Tiba-Tiba Call Pengarang Dan Katanya Dia Mendapat Temuduga Untuk Bekerja Satu Hospital Dengan Pengarang.. Katanya Dia Juga Hendak Berhenti Bekerja Di Sana Kerana Tidak Tahan Pressure Dan Juga Segala Makian Buncet.. Alhamdulillah, Dia Seperti Benar-Benar Hendak Menukar Kerja.. Diharapkan Agar Dia Mendapat Kerja Yang Diapply.. Ameen..

04. Mendengar Suaranya Semalam..

05. Semalam Juga Pengarang Keluar Dengan Abang Pengarang Lebih Kurang Pukul 9 Malam Ke Sunway Piramid Mencari Kasut. Inilah Baru Pertama Kali Pengarang Beriya-Iya Mencari Kasut Yang Sesuai Untuk Tujuan Berjalan/Merayap/Mengorat.. Opss.. Yang Last Sekali Mungkin Tak Berapa Kena Di Situ.. Pengarang Mengajak Dia Kerana Dia Memang Arif Bab Memilih Dan Mencari Kasut Yang Sedap Dipakai Selain Murah Dan Berjenama.. Ehe.. Ya, Semalam Kami Singgah Di Al-Ikhsan Sunway Piramid Mencari Kasut Murah.. Jenama Yang Abang Pengarang Syorkan Adalah Adidas.. Yea, Dan Pengarang Sudah Pun Beli Kasut Jenama Itu.. Semalam Pula Ada Promosi Dimana Beli Sepasang Kasut Akan Dapat Membawa Pulang Awek Cashier Cantik.. Hahahah.. Percaya Ke? Pengarang Main-Main Je.. Cashier Semalam Pun Lelaki.. Dah Tua Pulak Tuh.. Wahaha.. Tapi Jurujual Wanitanya Yang Cantik, Siap Tanya Masa Pengarang Mencuba Kasut.. "Ok Tak? Nampak Hensom Awak Dengan Kasut Tu.. Taknak Cuba Pakai Dua-Dua Belah Ke?" .. Pengarang Jawab"Eh.. Takpelah.. Dah Ok Je Ni..".. Jurujual Berkata Semula, "Betul Taknak Cuba Dua-Dua Ni?" Sambil Melemparkan Senyuman Manis.. "Eh, Takpelah.. Dah Ok Dah Ni.. Saya Ambil Kasut Ni Yer.. Tolong Kira.. Sekali Dengan Cik Yer.. " .. Jurujual Itu Pun Tergelak Seketika Sambil Berjalan Menuju Ke Kaunter Bayaran.. Bukan Dia Je yang Tergelak, Abang Pengarang Yang Ada Kat Sebelah Pun Gelak Sambil Kata "Hahaha.. Nak Ngorat Kunun.. Nasib Baik Cun.. Ko Pun Satu Lembab, Dia Dah Kasi Green Light Tu, Apsal Ko Jual Mahal.. " Pengarang Pulak Jawab Sambil Memakai Kembali Kasut Pengarang "Dah Diorang Pun Jual Kasut Mahal.. Aku Pun Jual Mahal Jugaklah!" Selesai Pakai Kasut.. Pengarang Pergi Membayar.. Harga Kasut Tu Sebenarnya RM259.00.. Tapi Total Semua Yang Pengarang Bayar Hanya RM199.00.. Fuh.. Abeh Gaji Den.. Tapi Takpelah.. Sesekali Berbelanja Tak Mengapa.. Jangan Sampai Duit Tak Ada Langsung Nak Bergaya.. Tapi Nak Tahu Apa Jadi Lepas Pengarang Bayar Untuk Kasut Tu? Masa Kami Ambik Bungkusan Berisi Kasut Yang Pengarang Beli Itu, Pengarang Sempat Berseloroh Dengan Jurujual Tadi.. "Eh Cik, Murahnya Kasut Ni Termasuk Dengan Cik Sekali.. Kenapa Tercegat Lagi Ni? Jomlah Ikut Saya Balik.." Dia Pun Jawab "A'ah Memang Murah.. Sekarang Tengah Promosi, Beli Kasut Atau Pakaian Dapat Diskaun.. Nak Bawak Saya Ikut Sekali? Tak Bolehlah.. Sekarang Belum Habis Shif Lagi.. Tapi Kalau Nak No. Telefon Saya, Saya Boleh Bagi.. Janji Akan Call.. Boleh?" Katanya Sambil Senyum.. "Takpelah, Lain Kali Saya Datang.. Selamat Malam.." Jawab Pengarang..

Abang Pengarang Pulak Yang Melihat Jawapan Pengarang, Hanya Berpaling, Tepuk Dahi Dan Terus Berjalan.. Lepas Tu Kami Balik Dan Singgah Sekejap Untuk Makan.. Maklumlah Lapar Selepas Berjalan.. Lepak Sampai Pukul 11 Lebih Kami Pun Balik..

Sampai Je Rumah Kepala Pening.. Telan Panadol Dan Tidur.. Sekarang Pun Ada Pening Sikit.. Teringatkan Seseorangkah? Aduhhh...

06. Tak Sangka, Sedar Tak Sedar Sudah 100 Follower Blog Pengarang.. Ameen.. Terima Kasih Pada Yang Sudi Bertandang Dan Menemani Pengarang.. Nanti Senang-Senang Pengarang Datang Blog Kalian Yea...

PA : Jom Jalan-Jalan Nak? Hikss..

4 Kata-Kata Puitis:

~Cinta Cukulet~ berkata...

komen utk no 2 hehe..

itu sebenarnya dugaan utk dia ...walau nampak macam rugi, tapi ilmu yg dapat tak pernah rugi...kan bagus kalau dia manfaatkan.. semoga dia mendapat petunjuk dari Ilahi..aminn :)

PenuliS berkata...

dgr suara sape??..PA jth cinta dgn cashier tu ke??...

nurain berkata...

PA..yang no 4 tu..mesti bunge2 je kan?

The Exquisite Instigator berkata...

heh. rajin nye~