Perhatian Kepada Pendatang!!

Terima Kasih Kerana Sudi Menyinggah.. Segala Komen Dari Kalian Amat Dialu-alukan.. Maaf Jika Terdapat Kasar Bahasa Atau Tersalah Kata.. Diri Ini Hanyalah Hamba Allah Yang Lemah.. Sekian..

Saat Hilang Cintamu... (Episod 2)

Saat Hilang Cintamu...
(Episod 2)

Sedar Tak Sedar, Shahrul Sudahpun Tiba Di Tempat Kerjanya. Dia Yang Bekerja Sebagai Seorang Tukang Masak Di Sebuah Restoren Telah Memilih Kerjaya Itu Yang Sesuai Dengan Minatnya Sejak Kecil Lagi. Amir Juga Bekerja Di Tempat Yang Sama, Tetapi Kelibatnya Masih Belum Kelihatan.

Bekerja Disitu Membolehkan Dia Melihat Pelbagai Ragam Manusia, Ada Yang Elok Dan Ada Yang Tidak. Tetapi Dia Tidak Masuk Campur Didalam Urusan Orang Lain. Kerjanya Bermula Dari Pukul 8.30 Pagi Sehingga Pukul 10.00 Malam Dan Bercuti Selama 2 Hari Seminggu Serta Digajikan RM1100 Sebulan. Itu Sudah Memadai Bagi Shahrul Yang Sudah Bekerja Di Situ Selama 2 Tahun.

"Shahrul, Amir Mana? Jam Sudah Pukul 8.30 Pagi Tapi Abang Belum Nampak Batang Hidung Dia Pun." Tanya Abang Karim Iaitu Tuan Empunya Restoran Berkenaan.

"Erk..Saya Pun Tak Tahulah Bang, Sekejap Lagi Sampailah Dia Kot. Dia Ada Hal Sikit Tadi, Dan Keluar Rumah Pun Tergesa-Gesa." Balas Shahrul Cuba Melindungi Amir.

"Oh Yakah. Kalau Begitu Tak Mengapalah. Kau Pergilah Buat Kerja Kau Dulu. Andai Dia Masuk Nanti Kau Cakap Dengan Dia Abang Cari." Ujar Abang Karim Lalu Berlalu Pergi Ke Kaunter Wang.

"Okay Bang. Roger And Out. Akan Diberitahu." Kata Shahrul. Lalu Shahrul Pun Pergi Ke Bahagian Dapur Dan Menyiapkan Perkakas-Perkakas Dan Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Memasak. Seawal Pukul 9.00 Pagi Lagi Sudah Ramai Pelanggan Yang Masuk Keluar Restoran Abang Karim. Ramai Yang Memesan Makanan Sehingga Shahrul Tidak Menang Tangan Seorang Diri. 'Hish, Mana Amir Ni?Kalau Aku Nak Memasak Seorang Memang tak Termampu Membuatnya.' Kata Hati Shahrul.

Selang Beberapa Minit, Terlihat Bayang Amir Muncul Di Pintu Masuk Restoran Dan Dia Kelihatan Dalam Keadaan Tergesa-Gesa. Setibanya Dia Pada Shahrul, "Shah, Maafkan Aku. Aku Terlambat Sebab Menghantar Ika Pergi Ke Tempat Kerjanya. Jalan Memang Sibuk Tadi. " Kata Amir Kepada Shah.


"Emm. Yalah, Aku Faham. Kau Pergi Dulu Jumpa Abang Karim. Ada Hal Katanya Nak Berjumpa Kau." Balas Sharul.

"Oh, Okay Shah." Sela Amir. Lalu Amir Pun Mengenakan Apronnya Dan Pergi Ke Arah Abang Karim.

"Bang, Abang Cari Saya Ke?" Tanya Amir Setelah Sampai Ke Kaunter.

"Hah, Ada Kau Amir. Terkejut Aku Dibuatnya. Kau Dari Mana Ni?Aku Tak Sedar Pun Kau Masuk. Kenapa Lambat?" Tanya Abang Karim.

"Oh Jalan Jammed La Tadi Bang. Saya Hantar Ika Sekejap Tadi. Itupun Saya Dah Keluar Awal. Tak Sangka Pula Jalan Akan Sesibuk Itu." Jawab Amir.

"Oh, Kau Hantar Ika. Lain Kali Kalau Kau Agak-Agak Akan Lambat, Cubalah Call Ataupun Mesej Abang. Sekurang-Kurangnya Abang Tahu Kau Selamat. Dan Tak Payahlah Si Shahrul Terpaksa Menipu Untuk Melindungi Kau. Bukannya Abang Baru Kenal Kamu Dua Orang. Sudah Dua Tahun Pun Dan Bagi Abang, Kamu Berdua Tak Pernah Buat Perangai. Lagipun Abang Sudah Anggap Kau Dua Orang Macam Adik Abang Sendiri." Ujar Abang Karim. Lelaki Yang Berusia Awal 40an Itu Kelihatannya Cukup Bimbang Dengan Amir. Abang Karim Mengenali Ika Kerana Amir Pernah Membawa Ika Ke Restorannya Itu.

"Maafkan Saya Bang. Saya Janji Akan Beritahu Abang Sekiranya Ada Apa-Apa Berlaku Nanti." Kata Amir. 'Shah, Kau Memang Seorang Kawan Yang Baik. Sungguh Kau Tak Pandai Menipu, Kau Sanggup Membohongi Abang Karim Demi Melindungi Aku.' Bisik Hati Amir. Dia Berasa Terharu.

"Bagus, Macam Itulah Yang Abang Mahukan. Sudah, Kau Pergi Sambung Kerja Di Dapur, Tolong Si Shahrul. Kesian Dia Sejak Dari Tadi Seorang Diri Melayan Permintaan Makanan Tetamu." Ucap Abang Karim.

"Baik Boss," Jawab Amir Lalu Bergegas Ke Dapur. Sesampainya Dia Disitu, Dia Melihat Shahrul Dan Dia Pun Melemparkan Senyum Yang Lebar.

Melihat Keadaan Amir Itu, Shahrul Pun Berkata "Kau Ni Sudah Gila Ke Amir? Tersenyum Seorang Diri Macam Kerang Busuk. Sudah, Kau Pergi Hantar Pesanan Ini Ke Meja Tiga. Mereka Sudah Lama Menunggu." Suruh Shahrul.

"Yalah Yalah," Balas Amir Sambil Mencebik Bibir. Kemudian Dia Menyusun Makanan Dan Minuman Tersebut Ke Dalam Dulang Dan Membawa Pesanan Itu Ke Meja Yang Disebut Oleh Shahrul Tadi.

Dari Pagi Begini Lagi Pelanggan Sudah Ramai Yang Keluar Masuk Restoran Abang Karim, Belum Lagi Termasuk Waktu Makan Tengahari Dimana Ramai Pekerja-Pekerja Akan Keluar Makan. Kadangkala Sampaikan Mereka Berdua Tidak Menang Tangan Melayan Pesanan Pelanggan. Tapi Mereka Tidak Mengeluh Dan Mengambil Ini Sebagai Pengalaman Di Dalam Hidup Mereka.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Akhirnya Waktu Menutup Kedai Pun Tiba. Shahrul Sedang Menyusun Meja Dan Kerusi, Abang Karim Sedang Mengira Kutipan Hari Ini Dan Amir Sedang Menyapu Lantai Restoran. Beginilah Rutin Harian Mereka. Kadangkala Membosankan Tetapi Adakalanya Menyeronokkan.

"Bang, Kami Berdua Minta Izin Nak Balik Dulu Ya." Kata Shahrul Sambil Melihat Abang Karim Mengunci Pintu Restoran.

"Baiklah. Bawak Motor Tu Elok-Elok. Malam-Malam Begini Memang Perlukan Mata Yang tajam Melihat Jalan. Tambahan Lagi Korang berdua Sudah Penat Bekerja. Hati-hati Ya. Amir, Ingat Pesan Abang Pagi Tadi Ya. Abang Tak Mahu Peristiwa Sama Berulang." Ujar Abang Karim.

"Ya Bang. Saya Ingat. Insyaallah Jika Ada Apa-Apa Saya Akan Maklumkan Pada Abang." Jawab Amir.

"Bagus, Assalamualaikum." Kata Abang Karim.

"Waalaikumsalam," Jawab Shahrul Dan Amir Serentak. Lalu Mereka Melihat Abang Karim Memasuki Keretanya Dan Berlalu Dari Situ. Mereka Berdua Pun Bersama-Sama Bergerak Ke Arah Motosikal Masing-Masing Dan Pulang Ke Rumah Kerana Sudah Keletihan.

Tetapi, Sedang Mereka Berjalan Itu, Tiba-Tiba Mereka Terdengar Suara Perempuan Menjerit Tidak Jauh Dari Mana Mereka Berada......


====To Be Continued====


PA : Episod 2 Tamat.Nantikan Episod 3..Hihi..Wah,Dah Macam Azizah Arifin Pulak Aku..Ngeee..

3 Kata-Kata Puitis:

GadisKasutConverse berkata...

setiap kali membaca novel,reen bygkn situasi yg sdg dibaca..br leh lbh terasa..he3.

p/s bila mau smbg??;)

Pujangga Asmara berkata...

Reen :

nanti PA akan sambg..bt masa ni PA sibuk sikit dgn kerja..hihi..cuti nnt or sng2 PA akan sambg yer..mekasih sbb support novel yg xseberapa nih..huhu..

ape2 jer berkata...

huh last dia wat x sbar lak nk tau pe jd isk3