Perhatian Kepada Pendatang!!

Terima Kasih Kerana Sudi Menyinggah.. Segala Komen Dari Kalian Amat Dialu-alukan.. Maaf Jika Terdapat Kasar Bahasa Atau Tersalah Kata.. Diri Ini Hanyalah Hamba Allah Yang Lemah.. Sekian..

Saat Hilang Cintamu... (Episod 1)

Saat Hilang Cintamu...
(Episod 1)


Diawal Pagi Itu, Kelihatan Shahrul Yang Sudah Selesai Membuat Solat Subuhnya Sedang Bersiap Memakai Pakaian Untuk Pergi Ke Tempat Kerjanya..Anak Muda Itu Yang Baru Saja Berumur 20 Tahun,Sudah Bekerja Daripada Mula Dia Habis Menduduki Peperiksaan SPM(Sijil Pelajaran Malaysia) Lagi. Akibat Masalah Keluarga Yang Tidak Dapat Dia Elakkan, Hasratnya Untuk Menyambung Pelajaran Kian Terkubur. Namun Dia Tidak Mudah Mengalah Dan Dia Menanggap Segala Yang Terjadi Ini Sebagai Hikmah Dan Dugaan Dari-Nya. Shahrul Yang Dari Tadi Sibuk Memakai Pakaian Kian Terlupa Kepada Amir, Kawan Serumahnya Yang Dari Tadi Tidak Kedengaran Sebarang Bunyi Pun. Barangkali Sedang Nyenyak Tidur.


"Amir, Oh Amir. Kau Dah Bangun Ke Belum?" Teriak Shahrul Dari Luar Sambil Mengetuk Pintu Bilik Amir Yang Sejak Dari Tadinya Tertutup. Selang Beberapa Ketika, Oleh Kerana Tiada Sebarang Jawapan Dari Kawannya Itu, Shahrul Pun Bertindak Masuk Ke Dalam Bilik Tersebut. Terkejutnya Shahrul Melihat Amir Masih Terlena Sambil Menarik Selimutnya. "Hoi Amir, Bangunlah.Waktu Subuh Dah Nak Habis Dah Ni Kau Tidur Lagi?" Jerit Shahrul Lalu Mengambil Bantal Amir Dan Menghempuk Ke Muka Kawannya Itu.

"Aduh.. Sakitlah. Sabarlah.Aku Nak Bangunlah Ni. Yang Kau Menjerit Macam Tarzan Pagi-Pagi Ni Kenapa?Aduhai.." Ujar Amir Lantas Bangkit Dari Katilnya. Pantas Amir Menggapai Jam Locengnya Dan Melihat,"Mak Oii..Dah Nak Pukul 6.40 Pagi!! Kenapa Kau Tak Kejutkan Aku Lagi Awal Shah??"Marah Amir Kepada Shahrul.

"Entahlah, Mungkin Sebab Aku Dah Jerit Berpuluh-Puluh Kali Tapi Kau Sedap Lagi Tidur. Lain Kali Aku Simbah Dengan Air Aje Kalau Kau Liat Lagi Nak Bangun.." Balas Shahrul. Mereka Berdua Memang Sahabat Karib Sejak Daripada Sekolah Menengah Lagi. Amir Selalu Menolong Shahrul Disaat Dia Susah Dan Begitu Juga Sebaliknya. Bezanya Shahrul Telah Kehilangan Ibu Bapa Sejak 2 Tahun Lepas Kerana Kemalangan Jalan Raya. Manakala Amir Pula Adalah Anak Kepada Seorang Ahli Korporat Terkenal, Tetapi Dia Tidak Pernah Memandang Harta Ibu Dan Bapanya. Oleh Sebab Itulah Amir Mengambil Keputusan Untuk Mencari Kerja Sendiri, Dan Belajar Berdikari Sungguhpun Telah Ditegah Oleh Ayahnya Kerana Bimbang Akan Memalukan Dan Menjatuhkan Maruahnya Sebagai Orang Ternama.

"Kau Kerja Ke Hari Ni Shah? Aku Nak Minta Kau Tolong Aku Seperkara Bolehkah?" Tanya Amir Sebelum Shahrul Keluar Daripada Biliknya Itu.

"Hah, Tolong Apa Pulak Ni? Kalau Nak Tolong Menjawab Telefon Makwe-Makwe Kau Tu, Aku Minta Maaf Awal-Awal. Banyak Lagi Benda Lain Aku Kena Buat." Balas Shahrul. Kerap Kali Telefon Rumah Berbunyi Dan Acapkali Kedengaran Suara Wanita Yang Betul-Betul Menggoda Bertanyakan Mengenai Amir. Amir Ini Bukan Saja Tergolong Dari Golongan Yang Berada, Malah Mempunyai Pakej Rupa Yang Menarik Membuatkan Ramai Wanita Yang Jatuh Hati Padanya.

"Ish,Bukanlah. Aku Nak Minta Tolong Kau Hidupkan Motosikal Aku Tu. Nanti Buatnya 'Dia' Meragam, Payah Pulak. Kau Bukan Tak Tahu Motor Aku Tu, Kuat Merajuk, Melebihi Daripada Perempuan. Kau Tolong Ya. Aku Nak Solat Dan Mandi Mungkin Ambil Masa Sikit." Pinta Amir.

"Emm. Yalah, Aku Turun Dulu. Aku Nak Buat Air Minuman. Kau Tu, Jangan Sambung Tidur Pulak Sudahlah." Kata Shahrul. Selepas Meninggalkan Bilik Amir, Shahrul Pun Turun Ke Dapur Dan Membuat Air Minuman. Di Cicahnya Roti Yang Dibeli Dari Kedai Runcit Semalam Dengan Air Minuman Itu.

Selesai Bersarapan, Shahrul Pun Pergi Memanaskan Enjin Motosikalnya Dan Juga Motosikal Milik Amir. Shahrul Merupakan Seorang Yang Bijak Membaiki Motosikal, Kerana Dia Pernah Belajar Daripada Arwah Ayahnya Dahulu. Bukan Itu Saja, Dia Juga Pandai Memasak Dan Mengemas Rumah Hasil Tunjuk Ajar Arwah Ibunya.

'Mana Si Amir Ni. Lambat Betul Dia Bersiap. Mengalahkan Orang Perempuan. Takkan Dia Tidur Balik Kot,' Bisik Hati Shahrul. "Amir Oh Amir. Lambatnya Kau Ni. Nanti Lambat Sampai Tempat Kerja Pulak. Cepatlah Sikit. Apa Kau Buat Lama Sangat Tu??" Teriak Shahrul Dari Bawah Rumah Sambil Melihat Jam Di Tangannya Yang Sudah Hampir Pukul 7.30 Pagi.

"Ish, Kau Ni Shah. Aku Adalah Ni. Tadi Aku Tengah Jawab Call. Ika Telefon Aku Dan Suruh Aku Pergi Ambil Dia Dekat Rumah Dan Hantar Dia Pergi Kerja. Aku Nak Kena Cepat Ni, Aku Pergi Dulu Yer." Balas Amir Sambil Menuruni Tangga. Dia Juga Tergesa-Gesa Memakai Kasutnya.

"Emm, Yelah. Pergilah Lekas. Nanti Marah Pulak Ika Tu. Bawak Tu Hati-Hati. Ingatlah Orang Tersayang." Sakat Shahrul.

"Aku Tahulah. Yang Kau Ni Nak Buat Iklan Berhati-Hati Memandu Pulak Kenapa?Eh, Kau Tak Nak Pergi Kerja Lagi Ke Ni Shah?" Tanya Amir.

"Mahunya Aku Tak Pergi Kerja. Sekejap Lagi Aku Pergilah. Kau Tu Lekaslah Pergi Ambil Ika. Nanti Dia Marah Kau Pulak. Pergi Cepat!!" Suruh Shahrul.

"Ya Ya Aku Tahulah. Susah Sangat Kau Lah Pergi Ambil Dia. Kau Pulak Lagi Bimbangkan Dia Lebih Daripada Aku Ni, Boyfriendnya." Marah Amir.

"Kalau Ika Tu Syok Kat Aku, Awal-Awal Lagi Aku Dah Terpacul Depan Pintu Rumahnya. Bukan Macam Kau. Nak Tunggu Dia Jauh Sekali Apatah Lagi Datang Awal. Nasib Ika Lah Dapat Boyfren Macam Kau," Shahrul Mengekek Ketawa.

Mendengar Kata Shahrul, Amir Pun Turut Menghambur Ketawa Yang Kuat. "Hahaha.. Sudahlah. Aku Pergi Dulu. Kau Jangan Lupa Kunci Apa Yang Patut. Nanti Dimasuki Pencuri Pulak Rumah 'Banglo' Kita Ni. Hahaha. Assalamualaikum." Gelak Amir.

"Baiklah. Waalaikumsalam." Balas Shahrul. 'Emm..Siapalah Yang Nak Memecah Masuk Rumah Teres Bujang Ni. Bukannya Ada Harta Benda Yang Boleh Diambil Pun. Amir Amir,Kau Punya Tergesa-Gesa Sampaikan Tak Sempat Nak Sarapan. ' Bisik Hati Shahrul. Selepas Melihat Amir Berlalu, Shahrul Pun Bersiap Dengan Topi Keledarnya Dan Mengunci Pintu Rumah. Selepas Itu Dia Pun Pergi Ke Tempat Kerjanya....


====To Be Continued====


PA : Haaa..Ini Adalah Episod Pertama Novel yang Aku Reka.Humm,Aku Tahu Kualiti Bahasanya Teruk,Tapi Apakan Daya,Dulu Masa Sekolah Menengah Aku Tak Belajar Sastera.Dan Aku Pun Tak Sambung Belajar.Novel Ni Dibuat Sekadar Suka-Suka Aje.Pada Yang Tak Mahu Baca Tak Apa...Aku Tak Kisah..

5 Kata-Kata Puitis:

ZARA MUSTAFA berkata...

Huhu..baguih2..mane lg smbungan? ehe.. irah pun ngah nak mula wat novel ni.baru dpt idea ms lepak tepi pantai td.hiks

Pujangga Asmara berkata...

Wah irah..p pantai ka td?xajak pun..hihi...PA nak wat sambungan byk episod....emmm..nnt ada masa PA sambg..hiksss

GadisKasutConverse berkata...

permulaan yg baik.
waaaa..menarik!=)

Pujangga Asmara berkata...

Reen :

Hihi..mekasih reen...tapi PA taw PA nyer novel ni xla bagus mana..juz PA make usefull time dgn tulis novel..letih jgk asyik membaca je..kdg2 terasa nak menulis jgk..hikss..

Tanpa Nama berkata...

hehe
ok jek
merendah diri pulok hahaha